10 Februari 2011

Rayuan Derma Idham Care (IDCARE)

7 Rabiul Awal 1432H.

Saya merayu kepada semua pengunjung Blog Cina Islam untuk menyumbang ZAKAT/DERMA ke dalam NGO Idham Care (IDCARE) untuk menampung perbelanjaan kegiatan kebajikan dan kemasyarakat.

Dengan penubuhan IDCARE maka akaun Tabuan Amal DUN Titi Serong yang menjadi tabung untuk menyalurkan sumbangan pelbagai pihak sebelum ini , adalah dalam proses di non aktifkan.

Insya Allah kami akan mengagihkan semua sumbangan tersebut untuk membiayaan kegiataan bagi memenuhi hasrat penubuhan Idham Care seperti berikut :-

1. Menyatukan semua golongan masyarakat .
2. Menganjurkan sebarang aktiviti bagi faedah masyarakat khususnya berkaitan dengan peningkatan taraf hidup, pendidikan, kemahiran dan integriti/jatidiri.
3. Memperbaiki rohani dan jasmani serta meninggikan akhlak dan iktisad masyarakat.
4. Memperbaiki semangat persahabatan dan persefahaman seluruh masyarakat.
5. Menggalakkan masyarakat bertanggungjawab didalam hal ehwal tatarakyat dan kemasyarakatan dengan mengambil peranan yang berguna dalam masyarakat.
6. Mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada seluruh masyarakat.
7. Menanam semangat kasih sayang dan taat setia kepada Negara.
8. Menganjurkan kerjasama dengan badan-badan NGO sama ada diperingkat daerah, negeri dan peringkat nasional dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.

Antara kegiatan yang kami rasakan memerlukan bantuan segera adalah seperti berikut dan ianya dapat direalisasikan dengan sumbangan yang disalurkan oleh pelbagai pihak.

1. Bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal
2. Bantuan mangsa bencana seperti kebakaran, ribut dan banjir.
3. Lawatan kepada warga terlantar, fakir miskin, sakit dan sebagainya
4. Bantuan peralatan sukan dan yang berkaitan untuk remaja.
5. Bantuan untuk megadakan perayaan hari besar Islam seperti ceramah dan sebagainya.
6. Segala kegiatan yang difikirkan bersesuai dengan keadaan semasa bagi membantu pelbagai pihak dengan program yang bersesuaian.

Salurkan sumbangan ikhlas tersebut ke Akaun berikut :

Nama Akaun : IDHAM CARE
Nama bank : Maybank
No. Akaun : 558417102650.

40 terbunuh di Kharga

07 Rabiul Awal 1432 H.

KUMPULAN penentang kerajaan Hosni Mubarak menunjuk perasaan di luar bangunan Parlimen negara itu di Kaherah, semalam.

PENUNJUK perasaan antikerajaan berkumpul berhampiran kereta kebal yang mengawal Muzium Mesir, berhampiran Medan Tahrir, semalam.

KAHERAH: Kumpulan pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin berkata semalam, sekurang-kurangnya 40 penunjuk perasaan terbunuh di Kharga, selatan negara itu ketika revolusi rakyat di seluruh Mesir masuk hari ke-16 semalam.

Ikhwan, dalam kenyataannya berkata, pasukan keselamatan Mesir mensasarkan penunjuk perasaan antikerajaan di daerah itu dengan peluru hidup.

Sementara itu, Medan tahrir di Kaherah terus sesak dengan penunjuk perasaan yang menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Sehingga ini, pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch berkata, hampir 300 orang terbunuh akibat tunjuk peerasaan itu, se selepas pegawainya melawat sembilan hospital. Dalam pada itu, Naib Presiden, Omar Suleiman berkata, kerajaan tidak lagi boleh bertolak ansur dengan tunjuk perasaan yang sudah berlarutan begitu lama.

Omar berkata demikian ketika 50,000 penunjuk perasaan menghalang Perdana Menteri, Ahmed Shafiq daripada memasuki pejabatnya di Kaherah sambil mendesak beliau meletak jawatan bersama-sama anggota Kabinetnya yang lain.

Orang ramai juga berarak ke Kementerian Dalam Negeri dan bangunan Parlimen di ibu negara itu meskipun kerajaan berjanji untuk melakukan pembaharuan pada perlembagaan dan menaikkan gaji kakitangan awam.

Omar juga berkata, kerajaan mempunyai rancangan dan jadual untuk pemindahan kuasa secara aman.

Di Iskandariah, bandar kedua terbesar Mesir, ramai penunjuk perasaan meluahkan rasa marah terhadap sikap Amerika Syarikat dalam menangani revolusi di negara itu.
Sementara itu, beribu-ribu pekerja di bandar Suez dan Ismailia melancarkan mogok.

Metro/-

Pulau Pinang anjur perarakan Maulidur Rasul

07 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Mohd Sabri Said.

PULAU PINANG, 10 Feb: Seperti biasa, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan Majlis Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1432H/2011M bertempat di Padang Kota Lama pada 15 Februari ini bermula jam 7.00 pagi.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagaimana tahun lalu temanya tetap sama iaitu 'Wasattiyah Tunggak Kecemerlangan Ummah' yang menjurus kepada maksud melahirkan kesederhanaan dalam Islam.

Menurutnya, memandangkan program ini merupakan kesinambungan kepada program tahun lepas kebanyakan pengisianya tidak berubah, cuma individu yang terbabit sahaja yang berganti contohnya ceramah Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Sheikh Faisol Omar dari Jabatan Agama Islam Kedah dan persembahan nasyid dari Jabatan Penjara Pulau Pinang iaitu johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010.

Katanya lagi, bacaan kitab Bidayat As-Sul Fi Tafdil Rasul selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri tetap disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa dan Ahli Majlis Syura Negeri Pulau Pinang, Rosli Othman bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang pada 12 dan 13 Februari.

Ia, tambahnya akan diikuti Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada 14 Februari di Masjid Negeri bermula jam 7.00 malam yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata, seramai 4,000 peserta pembarisan dijangka akan mengambil bahagian pada perarakan tahun ini yang melibatkan Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, badan berkanun, badan bukan kerajaan serta lain-lain.

Pada hari yang sama juga, katanya diadakan Perhimpunan Ummah di Dewan Sri Pinang di mana antara pengisiannya ialah anugerah khas Maulidur Rasul kepada personaliti yang mencipta nama peringkat negara dan antarabangsa, pelancaran Dana Wakaf oleh Yang Dipertua Negeri, ceramah Maulidur Rasul serta persembahan nasyid.

Katanya, kali ini juga Radio Pulau Pinang (Mutiara FM) telah mengadakan jalinan kerjasama untuk menyiarkan ceramah agama dari tokoh agama dari negeri atau kebangsaan selama 10 siri yang bertemakan Maulidur Rasul bermula dari 10 hingga 20 Februari di samping memperkenalkan Pameran Tamadun Islam pada 15 Februari di tempat yang sama.

"Dengan pemberitahuan ini tiada lagi mana-mana pihak mengambil peluang menghentam kerajaan negeri kononnya tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sepertimana kekecuhan di tahun lepas," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.
Harakahdaily/-

Kelantan beri jaminan tidak naik tarif air

07 Rabiul Awal 1432 H.

Kerajaan Kelantan pimpinan PAS hari ini memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif air kerana mengambil kira bebanan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikkan beberapa barangan keperluan harian.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memberikan jaminan itu berkata, kerajaan negeri sepatutnya menaikkan tarif air pada Oktober tahun lalu.

"Bagaimanapun setelah mengambil kira bebanan yang ditanggung rakyat ekoran kenaikan beberapa barangan lain antaranya petrol, kerajaan negeri membuat keputusan tidak akan menaikkan tarif air," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tempoh jaminan kerajaan negeri untuk tidak menaikkan tarif air itu.

"Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menaikkan tarif air, walaupun kita mengakui bahawa kita memikul bebanan yang berat kerana untuk pam air ke tangki memerlukan penggunaan elektrik dan untuk menyalurkan bekalan air yang bersih perlu menggunakan klorin, yang kos kedua-duanya juga telah meningkat," katanya.
Individu berkuasa

Mengenai isu debat berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini, Mursyidul Am PAS itu menjelaskan kesediaannya untuk berdebat dengan "individu berkuasa" merujuk kepada Menteri Besar di peringkat negeri dan Perdana Menteri di peringkat pusat.

"Kalau ada orang nak berdialog dengan saya mengenai Islam, saya nak orang berkuasa, tidak orang biasa...kalau dalam negeri Menteri Besar, kalau pusat Perdana Menteri," katanya.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun, semalam Nik Abdul Aziz menafikan beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya itu sebaliknya berkata beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak berkuasa yang lain dan bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Harakahdaily/-

Hormati larangan umat Islam rai Valentine Day

07 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan Valentine Day.

“Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine,” tulisnya di laman Twitter.

Menurutnya, itu adalah antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan menjauhi budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Orang bukan Islam nak rai terserah, kami tidak ganggu.

“Itu hak anda asalkan jangan berlebihan dari norma ketimuran kita. Salam perpaduan,” ujarnya.

Harakahdaily/-

CUEPACS dakwa gaji kakitangan awam tak naik

7 Rabiulawal 1432H.[MOD]-

KUALA LUMPUR: CUEPACS mendakwa beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras empat, tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan kursusnya yang menjadi syarat wajib untuk menikmati anjakan itu.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.

Beliau berkata, sewajarnya isu anjakan gaji bagi mereka yang lulus PTK aras empat diselesaikan awal bagi mengelak masalah teknikal pada masa depan berikutan pemansuhan PTK berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Sehubungan itu, katanya, CUEPACS mencadangkan supaya kumpulan yang sudah lulus PTK tahun lalu dikecualikan daripada kursus BTN untuk anjakan gaji mereka.

“Sehingga kini CUEPACS menerima lebih 15 aduan daripada penjawat awam termasuk dari Sabah yang masih menunggu untuk mengikuti kursus BTN semata-mata mengharapkan menerima anjakan gaji.

“Kebiasaannya sebaik saja mengikuti kursus BTN, penjawat awam akan ditawarkan anjakan gaji secara automatik,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. (Berita Harian)

Mubarak terus terima tekanan

07 Rabiul Awal 1432 H.

PENUNJUK perasaan membanjiri Dataran Tahrir dalam usaha mengembalikan demokrasi di Mesir, semalam.
Penunjuk perasaan Mesir tolak amaran udang-undang tentera

KAHERAH: Penunjuk perasaan antikerajaan meningkatkan tekanan terhadap Presiden Hosni Mubarak dengan terus berhimpun di Dataran Tahrir pada hari ke-16 semalam dan menyekat jalan masuk ke bangunan Parlimen.

Laporan juga diterima dari beberapa tempat bahawa mogok dan tindakan industri dilaksanakan.

Amaran Naib Presiden, Omar Suleiman, kelmarin agar tunjuk perasaan dihentikan segera bagi mengelak rampasan kuasa, tidak dihindarkan rakyat yang mahu Mubarak berundur segera.

Malah, penunjuk perasaan bertindak lebih berani dengan menyekat jalan ke bangunan Parlimen yang terletak beberapa blok dari Dataran Tahrir yang menyak-sikan perhimpunan antikerajaan terbesarnya semalam sejak bantahan rakyat bermula lebih dua minggu lalu.

Bagaimanapun, keadaan di bangunan Parlimen itu masih terkawal berikutan tentera melindunginya sejak bantahan bermula.

Di Terusan Suez – laluan perdagangan penting di antara lautan Mediterranean dan Laut Merah, kira-kira 6,000 pekerja mengadakan mogok.

Wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), melaporkan tindakan industri juga diadakan di seluruh negara. Malam kelmarin, Suleiman berkata, krisis itu harus ditamatkan segera.

“Kita tidak mahu menggunakan peralatan polis untuk berdepan dengan rakyat Mesir,” katanya dalam kenyataan ketika beratus ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir.

Beliau berkata, jika dialog dengan pembangkang dan penunjuk perasaan gagal menghentikan bantahan, rampasan kuasa akan berlaku dan ia akan mencetuskan perkara yang tidak diingini.

Kumpulan pembangkang mengecam kenyataan itu. Ikhwanul Muslimin, kumpulan pembangkang terbesar Mesir yang diharamkan, berkata pihaknya masih terbuka untuk menghadiri dialog tetapi tidak akan beranjak dengan tuntutan agar Mubarak berundur segera.

“Presiden harus berundur dan era baru harus bermula sekarang,” kata jurucakapnya, Mohammed Mursi.

Kumpulan itu bersama beberapa kumpulan pembangkang dan penunjuk perasaan menyertai dialog yang dimulakan Suleiman sejak beberapa hari lalu.

Abdul-Rahman Samir, jurucakap pakatan golongan muda – antara penganjur tunjuk perasaan – menuduh Suleiman sengaja mewujudkan senario bahaya.

“Beliau mengancam untuk mengenakan undang-undang tentera yang bermakna semua orang di dataran Tahrir akan ditembak. Namun, apa yang dia akan buat jika baki 70 juta rakyat Mesir berjuang bersama kami,” katanya.

Berita Harian/-

Slogan 1 Malaysia : Gimik BN menipu rakyat

07 Rabiul Awal 1432 H.

PARIT BUNTAR, 9 Feb : Slogan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib Razak tidak lebih dari sekadar kosmetik yang amat tulen d merupakan gimik BM untuk menipu rakyat , begitulah perumpamaan yang selayaknya diberi kepada idea pemimpin tertinggi BN berdasarkan pendekatan kerajaan kepada seluruh rakyat, demikian pandangan Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau memberi respon demikian terhadap perkembangan terkini negara yang kononnya dikatakan amat harmoni dari aspek hubungan antara kaum dengan pengenalan slogan hikmat BN tersebut .

"Mana-mana negara pun akan diperhati oleh orang luar, itulah antara peranan Duta negara luar berada di sesebuah negara itu, Malaysia tidak terkecuali, tapi BN tidak ambil peduli isu ini, mereka hanya sibuk cari salah parti lawan dan kumpul duit poket melalui rakyat,berbanding usaha menaikkan imej negara" katanya ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga ADUN Titi Serong mengulas artikel Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang mengkritik prestasi hubungan antara kaum di Malaysia sejak Najib meneraju negara selepas Pak Lah meletak jawatannya.

Di dalam ulasan bekas duta itu beliau telah mengemukakan 5 isu yang berat yang berlaku di hadapan mata Perdana Menteri sendiri, Najib Razak selaku PM sepatutnya ambil berat dengan mengambil langkah memurnikan semula isu tersebut, tetapi sebaliknya berlaku.

Dalam pada itu menurut Khalil slogan 1 Malaysia ini terbukti lagi ia kosmetik dengan pendedahan demi pendedahan oleh MP Pakatan Rakyat baru-baru ini.

"isu pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta ada gambaran bagaimana 1 Malaysia hanya gimik sahaja" katanya.

"Adakah jejambat tersebut diperlukan oleh rakyat pada masa ini? wang rakyat sudah tidak ada harga lagi di mata pemimpin BN, sewenang-wenangnya wang rakyat dibazirkan, dalam masa sama pelajar miskin tiada wang saku buat belanja alas perut di sekolah, katanya.

Jelasnya lagi, setelah diselidik tentang beban hutang rakyat, menurut laporan yang diperolehi Ahli Parlimen Gombak, didapati hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia dan adalah suatu yang perlu kepada perhatian serius.

“BN telah gagal untuk ke sekian kalinya dalam menjaga kebajikan rakyat dan kini rakyat semakin hilang kuasa membeli kesan hutang yang membebankan,” ujarnya.

"Dalam kesibukan PM Menonjolkan 1 Malaysia, dalam masa yang sama rakyat terus dihimpit kesusahan, nampak sangat mereka menjadikan slogan itu sebagai gimik" jelasnya.

Pakatan Rakyat mengemukakan jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban rakyat, plan pengurangan beban inilah yang selalu di perkecil serta dipersenda oleh pimpinan BN.

“Persoalannya sampai bilakah BN mahu terus menipu rakyat dengan cukai yang melampau setiap kali membeli kereta berkuasa kecil dengan harga RM40,000 dan RM16,000 cukai khusus buat kerajaan? adakah ini 1 Malaysia yang dimaksudkan? ,rakyat perlu bertindak menghentikan perbuatan BN yang jijik ini,” jelasnya ketika mengakhiri sesi temubual.

Krisis Mesir - Mubarak terus terima tekanan

7 Rabiulawal 14323H.[MOD]-
KAHERAH: Penunjuk perasaan antikerajaan meningkatkan tekanan terhadap Presiden Hosni Mubarak dengan terus berhimpun di Dataran Tahrir pada hari ke-16 semalam dan menyekat jalan masuk ke bangunan Parlimen. Laporan juga diterima dari beberapa tempat bahawa mogok dan tindakan industri dilaksanakan.

Amaran Naib Presiden, Omar Suleiman, kelmarin agar tunjuk perasaan dihentikan segera bagi mengelak rampasan kuasa, tidak dihindarkan rakyat yang mahu Mubarak berundur segera. Malah, penunjuk perasaan bertindak lebih berani dengan menyekat jalan ke bangunan Parlimen yang terletak beberapa blok dari Dataran Tahrir yang menyak-sikan perhimpunan antikerajaan terbesarnya semalam sejak bantahan rakyat bermula lebih dua minggu lalu.

Bagaimanapun, keadaan di bangunan Parlimen itu masih terkawal berikutan tentera melindunginya sejak bantahan bermula.

Di Terusan Suez – laluan perdagangan penting di antara lautan Mediterranean dan Laut Merah, kira-kira 6,000 pekerja mengadakan mogok.

Wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), melaporkan tindakan industri juga diadakan di seluruh negara. Malam kelmarin, Suleiman berkata, krisis itu harus ditamatkan segera. “Kita tidak mahu menggunakan peralatan polis untuk berdepan dengan rakyat Mesir,” katanya dalam kenyataan ketika beratus ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir.

Beliau berkata, jika dialog dengan pembangkang dan penunjuk perasaan gagal menghentikan bantahan, rampasan kuasa akan berlaku dan ia akan mencetuskan perkara yang tidak diingini.

Kumpulan pembangkang mengecam kenyataan itu. Ikhwanul Muslimin, kumpulan pembangkang terbesar Mesir yang diharamkan, berkata pihaknya masih terbuka untuk menghadiri dialog tetapi tidak akan beranjak dengan tuntutan agar Mubarak berundur segera.

“Presiden harus berundur dan era baru harus bermula sekarang,” kata jurucakapnya, Mohammed Mursi.

Kumpulan itu bersama beberapa kumpulan pembangkang dan penunjuk perasaan menyertai dialog yang dimulakan Suleiman sejak beberapa hari lalu.

Abdul-Rahman Samir, jurucakap pakatan golongan muda – antara penganjur tunjuk perasaan – menuduh Suleiman sengaja mewujudkan senario bahaya.

“Beliau mengancam untuk mengenakan undang-undang tentera yang bermakna semua orang di dataran Tahrir akan ditembak. Namun, apa yang dia akan buat jika baki 70 juta rakyat Mesir berjuang bersama kami,” katanya. – AFP/Agensi

Gelombang Merah - gimik politik Umno

7 Rabiulawal 1432H.[MOD]-

KUALA LUMPUR, 10 Feb — PAS Kelantan menyifatkan langkah Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah di negeri itu sebagai “gimik politik” menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Bagi kita ini satu gimik politik Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi dengan hasrat mahu menampakkan mereka mempunyai slogan baru untuk menghadapi PAS di Kelantan.

“Rakyat di Kelantan tidak akan terpengaruh dengan gimik politik ini, malah kita percaya pengundi terutamanya pengundi muda tidak akan terpedaya dengan slogan terbaru Umno ini,” kata Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Malah beliau percaya langkah terbaru Umno Kelantan itu tidak akan memberikan kesan terhadap sokongan pengundi kepada PAS dan kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Rakyat Kelantan boleh menilai serta buat penilaian dengan baik, mereka boleh buat keputusan tepat dengan memilih PAS dan kita lihat sehingga kini mereka masih memberikan kepercayaan kepada PAS untuk memerintah negeri ini.

“Ia tidak akan memberi kesan untuk mempengaruhi pengundi di sini,” kata Mohd Zaki.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran itu berkata, PAS tidak hipokrit seperti Umno yang hanya mendekati pengundi setiap kali pilihan raya akan diadakan.

“Pengundi terutamanya pengundi muda akan tetap bersama kita, mereka akan tetap bersama kita daripada pergi kepada Umno.

“Kita sudah mendekati mereka sudah lama, kita konsisten dan kita bukan hanya seperti Umno yang bergerak setiap empat tahun sekali,” katanya.

Awal minggu ini Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya.

Menurut Mustapa, BN semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan berdasarkan keputusan pada dua pilihan raya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada Julai 2009 dan DUN Galas pada November lepas.

Pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai 2009, BN berjaya mengurangkan majoriti 1,352 undi yang diraih PAS pada pilihan raya umum 2008 kepada hanya 65 undi dan pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November tahun lepas, BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 1,190 undi berbanding 646 undi pada 2008.

Mustapa berkata keputusan pada dua pilihan raya kecil itu jelas menunjukkan golongan muda di Kelantan mahukan satu perubahan.

Beliau percaya golongan muda kini sudah berpihak kepada BN kerana mereka yakin dengan kemampuan BN untuk membawa pelbagai perubahan yang diperlukan bagi merubah landskap Kelantan menjadi sebuah negeri berdaya saing daripada aspek ekonomi.

Tambah Mohd Zaki, dua pilihan raya kecil di Kelantan itu tidak boleh dijadikan ukuran bahawa pengundi muda telah kembali kepada Umno.

“Bagi kita pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan petunjuk kerana bila ada pilihan raya kecil Umno-BN dengan semua jentera akan turun dengan menawarkan pelbagai janji kepada rakyat.

“Dengan janji macam-macam kepada rakyat, ini adalah cara kempen Umno-BN kalau ada pilihan raya kecil yang kita akan tolak walapupun mereka menang,” katanya.

Sementara itu Pengarah Pilihan Raya PAS Kelanatan Abdul Fatah Harun pula berkata parti Islam itu tidak bimbang terhadap usaha terbaru Umno Kelantan untuk merampas negeri itu.

“Kita tidak gentar untuk hadapi taktik terbaru Umno ini, bila Umno gunakan cara berdepan macam ini PAS tidak akan kalah.

“PAS hanya akan kalah bila Umno guna gerakan senyap, strategi yang bercanggah dengan Islam dan amalan demokrasi,” katanya.

Beliau juga yakin pengundi di Kelantan tidak akan mudah terpengaruh dengan strategi Umno Kelantan itu.

Bagaimanapun, Adun Bukit Tuku itu berkata, PAS Kelantan tidak akan berdiam diri sebaliknya akan bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan Kelantan.

“Sudah pasti... kita akan tetap pertahankan Kelantan, kalau Umno guna strategi ini kita juga ada strategi kita sendiri.

“Kalau Umno kuat, kita akan pastikan PAS Kelantan lebih kuat daripada Umno kerana kita tidak mahu menang disebabkan kelemahan orang lain,” katanya.(MInsider)

Ekonomi Islam penyelesaian krisis



7 Rabiulawal 1432H.[MOD]-

Barat kini mempertikaikan akan perlunya beralih kepada ekonomi Islam sebagai alternatif dari sistem ekonomi kapitalis riba. Ia berikutan Barat kini berada dalam dilema dan sedang berusaha mencari jalan keluar yang lebih aman dan efektif.

Pakar ekonomi di Barat menyarankan supaya beralih kepada ekonomi Islam serta menjauhi perbuatan riba dan spekulasi.

Ini kerana, perbuatan tersebut merupakan penyebab utama yang mencetuskan krisis ekonomi global sejak akhir-akhir ini yang meruntuhkan sejumlah bank besar dunia terutamanya bank terbesar keempat di dunia, Bank Amerika Leman Bradz.

Ekonomi Islam jadi alternatif

Pakar ekonomi Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Abdul Halim Umar berkata, pada ketika ini, Barat sememangnya sedang berusaha keluar dari krisis ekonomi yang semakin serius ini. Pakar ekonomi juga mengakui bahawa sistem kapitalis seharusnya diatur dengan benteng moral dan campur tangan daripada pihak pemerintah.

“Benteng yang dimaksudkan adalah ekonomi Islam. Seperti yang diketahui, sistem ekonomi Islam mengharamkan pelbagai perbuatan dalam pelbagai bentuk yang boleh mendatangkan kerugian kepada ekonomi, contohnya seperti menipu, membuat spekulasi dan interaksi yang penuh dengan riba.

Bunga yang diperoleh daripada riba akan terus bertambah dalam bentuk spekulasi (hutang) kepada peminjamnya. Sikap ini secara tidak langsung boleh merosakkan peredaran ekonomi kerana apabila berakhirnya tempoh pembayaran balik, pihak peminjam masih belum mampu melunaskan segala hutang maka pemberi hutang (pemiutang) terpaksa mengambil tindakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, proses jual beli akan tergendala dan seterusnya boleh merugikan proses perdagangan di antara kedua-dua pihak.

Peruncit mengeluh kekurangan bekalan minyak masak dalam botol

7 Rabiulawal 1432H.[MOD] -

KUALA LUMPUR - Peruncit di sekitar Lembah Klang hari ini mengeluh kerana tidak mendapat bekalan minyak masak dalam botol yang secukupnya daripada pengilang bagi menampung permintaan pengguna.

Mereka mendakwa masalah ini timbul ekoran tindakan pengilang mengurangkan bekalan minyak masak dalam botol tetapi menambah pengeluaran minyak masak dalam bungkusan plastik.

Tinjauan di sekitar Chow Kit, Setiawangsa dan Wangsa Maju di sini mendapati kebanyakan kedai runcit telah kehabisan bekalan minyak dalam botol.

Peniaga mendakwa bahawa mereka dimaklumkan oleh pembekal bahawa pihak pengilang telah mengurangkan penghantaran jumlah bekalan minyak masak dalam botol kerana bimbang mengalami kerugian. - Bernama

Nota
Tinjauan krew Cina Islam semalam di beberapa pasar besar di sekitar Parit Buntar mendapati rak-rak minyak masak mulai kosong dan dikosongkan. Apakah akan berlaku semula krisis bekalan minyak semula bagi menyokong kenaikan harga ? Tunggu dan lihat.

Ketuanan Melayu Umno tidak laku kepada anak muda

Oleh : Muhammad Aizat Mohd Salleh
7 Rabiulawal 1432H.[MOD]-

Apabila memperkatakan tentang ketuanan Melayu, maka kita akan bercakap mengenai hak orang Melayu. Hari ini banyak pihak begitu lantang menyuarakan berkenaan itu terutama daripada Umno dan NGO Pro-Umno.
Bagi anak muda, sesetengah mereka berasa tidak ada keperluan ‘terpekik-pekik’ seperti mana yang dilakukan sesetengah pihak. Mungkin kerana anak muda hari ini tidak tahu langsung, ataupun barangkali sudah faham benar.Bagi anak muda, khususnya pasca-Merdeka yakni mereka yang lahir selepas Merdeka ataupun sepuluh tahun selepas merdeka, Ketuanan Melayu tidak boleh dipaksa kepada mereka untuk diperjuangkan. Lebih lagi anak muda yang faham.

Sejarah

Bukan bermaksud anak muda ini gagal menghayati sejarah, jauh sekali ‘menderhaka’ perjuangan tokoh-tokoh Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Malah ada dikalangan mereka, walaupun tidak melaluinya (situasi perjuangan kemerdekaan), lebih menjiwai melalui penceritaan tokoh dan dokumentari.

Jika dahulu, pelajar dipaksa memahami sejarah melalui buku-buku teks sejarah yang kadangkala faktanya lebih berat sebelah yakni hanya memaparkan perjuangan tokoh Umno yang pro-penjajah. Mereka seumpama Dr Burhanuddin dilabel sebagai tokoh berhaluan kiri, walaupun beliau juga memperjuangkan kemerdekaan yang bersifat anti-penjajah.

Namun, anak muda hari ini, maklumat dan aksesnya lebih luas. Ada facebook, blog, e-book, wikipedia dan pelbagai lagi sumber maklumat untuk mengetahui sejarah.

Bahkan buku-buku sejarah orang Melayu yang bersifat analisis semakin banyak diterbitkan. Misalnya karya Dr Syed Hussin Ali bertajuk Melayu: Masalah dan Masa Depan dan The Malay Dillema karya Tun Dr Mahathir. Malah karya bertajuk Membina dan Meruntuh Malaysia yang ditulis oleh Datuk Ahmad Mustafa Hassan juga sebagai catatan sejarah berkenaan perjuangan Melayu era dahulu dan kini.

Tidak boleh tipu anak muda

Anak muda hari ini tidak lagi boleh ditipu dengan sejarah, apatah lagi ditipu dengan perjuangan menuntut Ketuanan Melayu.

Anak muda akan mempersoalkan dicelah manakah perjuangan Ketuanan Melayu, namun dalam masa yang sama hak mereka untuk mendapatkan biasiswa di dalam pendidikan yang sepatutnya diberikan kepada kesemua anak-anak Melayu dinafikan.

Anak muda juga akan mempersoalkan siapakah sebenarnya pejuang sebenar Ketuanan Melayu pada hari ini, apabila usul di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan ditolak oleh Adun Umno. Sedangkan anak muda boleh membaca sejarah tentang perjuangan Melayu itu.

Anak muda boleh dengan mudah mendapatkan fakta dengan luas dan dapat membezakan bagaimana harga barang yang melambung naik pada hari ini di negara Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara jauh lebih murah yang sama majunya dengan Malaysia.

Begitu juga anak muda akan mempersoalkan berkenaan ‘kekeringan’ peluang pekerjaan di negara tanah tumpah air mereka ini jika hendak dibandingkan dengan negara yang sudah merdeka sama seperti Malaysia. Semua itu anak muda ketahui.

Justeru untuk menipu ‘bulat-bulat’ anak muda dengan perjuangan Ketuanan Melayu sebagai pembela adalah tindakan yang meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri.

Walhal nasib anak muda hari ini tidak juga berubah. Sudahlah perlu membayar semula pinjaman pendidikan, dengan peluang pekerjaan yang tidak menentu serta gaji yang tidak sepadan dengan harga barang dan perbelanjaan. Belum lagi memikirkan bagaimana tempat tinggal, jauh sekali mahu mendirikan rumah tangga.

Saya tidak pasti, bilakah akan berlaku ‘pemuda membakar diri’ kerana kesempitan ini. Kita jangan rasa tidak mungkin berlaku. Ini kerana sifat anak muda itu adalah tidak mudah dijangka (unpredictable).

Hutang isi rumah membimbangkan


7 Rabiulawal 1432H.[MOD] -


PETALING JAYA – Peningkatan hutang isu rumah yang ditanggung rakyat sekarang amat membimbangkan kerana ia akan merendahkan kuasa beli pengguna, sekali gus mengurangkan aliran tunai dan melembapkan ekonomi domestik.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keadaan ini merunsingkan kerana antara puncanya tanggungan rakyat berkenaan pinjaman perumahan dan kenderaan menjadi sebahagian besar bayaran pinjaman keluarga setiap bulan.

Menurutnya, mengikut laporan statistik dari Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010, hutang isi rumah negara sudah mencecah RM557 bilion, bersamaan dengan 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik.

“Daripada hutang berjumlah RM557 bilion ini, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion pinjaman peribadi dan RM225 bilion pinjaman perumahan.

“Jumlah hutang kad kredit yang ditanggung rakyat adalah tinggi, dianggarkan RM200 bilion, menunjukkan rakyat menggunakan kad kredit untuk menanggung perbelanjaan harian,” katanya pada sidang media mingguan PKR semalam.

Selain itu, Azmin mendakwa harga kereta di Malaysia menjadi mahal disebabkan tiga jenis cukai, iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

“Kereta di bawah 1,500cc akan dikenakan sekurang-kurangnya 70 peratus cukai jika dipasang di Malaysia, iaitu 60 peratus untuk cukai eksais dan 10 peratus untuk cukai jualan, manakala cukai 100 peratus untuk kereta import, iaitu 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.

“Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil dijual pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan,” katanya.

Azmin mendakwa harga rumah semakin meningkat menjadi bebanan kepada rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.

“Dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil,” katanya.

Kata Azmin lagi, PKR akan adakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar bagi menghapus dan menyelesaikan masalah yang semakin menekan rakyat pada hari ini.(Sinar Harian)

Beri tanah, bantu Melayu, ekuiti hanya 6-7%

7 RabiulAwal 1432H.MOD -
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas berkata beliau yakin golongan Melayu dan bumiputera akan berjaya mencapai sasaran kadar ekuiti sebanyak 30 peratus menjelang 2015.

Jelasnya, kadar berkenaan dapat dicapai sekiranya masalah membabitkan golongan itu dapat diselesaikan di peringkat pelaksana – khususnya pihak berkuasa tempatan.

Katanya, berdasarkan kajian DPMM, kadar ekuiti golongan itu pada masa kini hanyalah sekitar enam hingga tujuh peratus sahaja.

"Tapi kita tidak seharusnya beri angka sahaja. Semua orang boleh bercakap tapi kita perlukan tindakan yang konkrit untuk membantu bumiputera," kata Syed Ali (atas, kanan) dalam satu sidang media di pejabatnya di Bukit Damansara hari ini.

Tambahnya, isu melibatkan undang-undang kecil, termasuk melibatkan pelesenan dan dasar pemilikan tanah perlu diperbaiki memandangkan pihak berkuasa tempatan merupakan pihak yang paling dekat dengan golongan peniaga bumiputera.

Masalah melibatkan pembiayaan golongan peniaga itu juga perlu diselesaikan, termasuk bagi menyelesaikan soal pemilikan kedai dan memperbaiki sistem pengedaran runcit.

"Semua hutang kedai-kedai ini selesaikan dengan satu kaedah pembiayaan. Jika tidak, jika kedai mereka dilelong (timbul masalah).

"Teruslah beri tanah kepada (peniaga bumiputera). Kalau kita boleh beri tanah kepada orang berekar-ekar, ini orang yang (minta cuma seluas) sepuluh (kaki persegi) pun tak boleh kasi?

"Jadi perlu diselesaikan sekaligus. (Ini memerlukan) satu badan pembiayaan dan sistem baru yang komprehensif," katanya lagi.

Isu berkenaan merupakan antara yang akan diketengahkan dalam Makmal Sosioekonomi Melayu yang diterajui DPMM, kata Syed Ali lagi.

Makmal berkenaan merupakan salah satu inisiatif bawah TERAJU yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Isu berhubung kuota ekuiti bumiputera itu timbul ekoran bantahan anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) ke atas pelupusan kuota berkenaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE), seperti didedahkan seorang anggota majlis itu semalam.(MKini)