10 Februari 2011

Ekonomi Islam penyelesaian krisis



7 Rabiulawal 1432H.[MOD]-

Barat kini mempertikaikan akan perlunya beralih kepada ekonomi Islam sebagai alternatif dari sistem ekonomi kapitalis riba. Ia berikutan Barat kini berada dalam dilema dan sedang berusaha mencari jalan keluar yang lebih aman dan efektif.

Pakar ekonomi di Barat menyarankan supaya beralih kepada ekonomi Islam serta menjauhi perbuatan riba dan spekulasi.

Ini kerana, perbuatan tersebut merupakan penyebab utama yang mencetuskan krisis ekonomi global sejak akhir-akhir ini yang meruntuhkan sejumlah bank besar dunia terutamanya bank terbesar keempat di dunia, Bank Amerika Leman Bradz.

Ekonomi Islam jadi alternatif

Pakar ekonomi Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Abdul Halim Umar berkata, pada ketika ini, Barat sememangnya sedang berusaha keluar dari krisis ekonomi yang semakin serius ini. Pakar ekonomi juga mengakui bahawa sistem kapitalis seharusnya diatur dengan benteng moral dan campur tangan daripada pihak pemerintah.

“Benteng yang dimaksudkan adalah ekonomi Islam. Seperti yang diketahui, sistem ekonomi Islam mengharamkan pelbagai perbuatan dalam pelbagai bentuk yang boleh mendatangkan kerugian kepada ekonomi, contohnya seperti menipu, membuat spekulasi dan interaksi yang penuh dengan riba.

Bunga yang diperoleh daripada riba akan terus bertambah dalam bentuk spekulasi (hutang) kepada peminjamnya. Sikap ini secara tidak langsung boleh merosakkan peredaran ekonomi kerana apabila berakhirnya tempoh pembayaran balik, pihak peminjam masih belum mampu melunaskan segala hutang maka pemberi hutang (pemiutang) terpaksa mengambil tindakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, proses jual beli akan tergendala dan seterusnya boleh merugikan proses perdagangan di antara kedua-dua pihak.

Tiada ulasan: