10 Februari 2011

Peruncit mengeluh kekurangan bekalan minyak masak dalam botol

7 Rabiulawal 1432H.[MOD] -

KUALA LUMPUR - Peruncit di sekitar Lembah Klang hari ini mengeluh kerana tidak mendapat bekalan minyak masak dalam botol yang secukupnya daripada pengilang bagi menampung permintaan pengguna.

Mereka mendakwa masalah ini timbul ekoran tindakan pengilang mengurangkan bekalan minyak masak dalam botol tetapi menambah pengeluaran minyak masak dalam bungkusan plastik.

Tinjauan di sekitar Chow Kit, Setiawangsa dan Wangsa Maju di sini mendapati kebanyakan kedai runcit telah kehabisan bekalan minyak dalam botol.

Peniaga mendakwa bahawa mereka dimaklumkan oleh pembekal bahawa pihak pengilang telah mengurangkan penghantaran jumlah bekalan minyak masak dalam botol kerana bimbang mengalami kerugian. - Bernama

Nota
Tinjauan krew Cina Islam semalam di beberapa pasar besar di sekitar Parit Buntar mendapati rak-rak minyak masak mulai kosong dan dikosongkan. Apakah akan berlaku semula krisis bekalan minyak semula bagi menyokong kenaikan harga ? Tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: