07 Rabiul Awal 1432 H.
PENUNJUK perasaan membanjiri Dataran Tahrir dalam usaha mengembalikan demokrasi di Mesir, semalam.
Penunjuk perasaan Mesir tolak amaran udang-undang tentera
KAHERAH: Penunjuk perasaan antikerajaan meningkatkan tekanan terhadap Presiden Hosni Mubarak dengan terus berhimpun di Dataran Tahrir pada hari ke-16 semalam dan menyekat jalan masuk ke bangunan Parlimen.
Laporan juga diterima dari beberapa tempat bahawa mogok dan tindakan industri dilaksanakan.
Amaran Naib Presiden, Omar Suleiman, kelmarin agar tunjuk perasaan dihentikan segera bagi mengelak rampasan kuasa, tidak dihindarkan rakyat yang mahu Mubarak berundur segera.
Malah, penunjuk perasaan bertindak lebih berani dengan menyekat jalan ke bangunan Parlimen yang terletak beberapa blok dari Dataran Tahrir yang menyak-sikan perhimpunan antikerajaan terbesarnya semalam sejak bantahan rakyat bermula lebih dua minggu lalu.
Bagaimanapun, keadaan di bangunan Parlimen itu masih terkawal berikutan tentera melindunginya sejak bantahan bermula.
Di Terusan Suez – laluan perdagangan penting di antara lautan Mediterranean dan Laut Merah, kira-kira 6,000 pekerja mengadakan mogok.
Wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), melaporkan tindakan industri juga diadakan di seluruh negara. Malam kelmarin, Suleiman berkata, krisis itu harus ditamatkan segera.
“Kita tidak mahu menggunakan peralatan polis untuk berdepan dengan rakyat Mesir,” katanya dalam kenyataan ketika beratus ribu penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir.
Beliau berkata, jika dialog dengan pembangkang dan penunjuk perasaan gagal menghentikan bantahan, rampasan kuasa akan berlaku dan ia akan mencetuskan perkara yang tidak diingini.
Kumpulan pembangkang mengecam kenyataan itu. Ikhwanul Muslimin, kumpulan pembangkang terbesar Mesir yang diharamkan, berkata pihaknya masih terbuka untuk menghadiri dialog tetapi tidak akan beranjak dengan tuntutan agar Mubarak berundur segera.
“Presiden harus berundur dan era baru harus bermula sekarang,” kata jurucakapnya, Mohammed Mursi.
Kumpulan itu bersama beberapa kumpulan pembangkang dan penunjuk perasaan menyertai dialog yang dimulakan Suleiman sejak beberapa hari lalu.
Abdul-Rahman Samir, jurucakap pakatan golongan muda – antara penganjur tunjuk perasaan – menuduh Suleiman sengaja mewujudkan senario bahaya.
“Beliau mengancam untuk mengenakan undang-undang tentera yang bermakna semua orang di dataran Tahrir akan ditembak. Namun, apa yang dia akan buat jika baki 70 juta rakyat Mesir berjuang bersama kami,” katanya.
Berita Harian/-

1 ulasan:
Hancur,,,hancur! hancur MUBARAK
Catat Ulasan