29 Jun 2011

Kerajaan Diharap Lebih Serius Dalam Isu Wanita Berkerjaya

27 Rejab 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Miri

Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan kenaikan 30% kuota penjawatan jawatan tertinggi dalam sektor korporat. Perkembangan ini diharap dapat memberi kesan positif kepada wanita berkerjaya dan diharap agar pihak kerajaan dapat membuat penyelarasan sebaiknya bila mana ia dilaksanakan.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri ingin mengingatkan bahawa polisi-polisi yang memberi perlindungan dan kemudahan kepada wanita ini telah lama dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di negeri Kelantan serta Selangor. Di mana Kelantan dan Selangor adalah negeri pertama yang mengimplimentasikan cuti 90 hari kepada penjawat awam
wanita yang bersalin dan kemudian diikuti oleh kerajaan pusat. Di Kelantan telah lama memperkenalkan kaunter pembayaran khas bagi pengunjung wanita di pasaraya-pasaraya sebelum diikuti oleh KTM dengan memperkenalkan gerabak khas untuk wanita.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri juga ingin menggesa pihak kerajaan perlu lebih perihatin dan peka dengan keperluan wanita berkerjaya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Perhatian ibu terhadap anak-anak diawal usia mereka amatlah perlu bagi melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang. Anak-anak adalah pelapis masa depan negera dan penumpuan pihak kerajaan dalam
hanya meningkatkan kuota 30% tersebut tidak benar-benar melihat keperluan sebenarnya wanita yang berkerjaya.

Oleh yang demikian, Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri mencadangkan agar diwujudkan pusat jagaan anak-anak pejabat-pejabat atau digubal satu polisi yang membolehkan ibu-ibu yang berkerjaya untuk melakukan tugasan pejabat mereka dari rumah. Ini akan memberi kemudahan yang lebih kepada ibu-ibu yang berkerjaya untuk memberi perhatian terhadap anak-anak mereka demi untuk memberi perhatian kepada pembinaan awal anak-anak.

Ummi Zaima,
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri
http://pas-miri.blogspot.com

Bahaya merokok : 15 Kesan Pemusnah Imej

27 Rejab 1432H. [MOD] -

Pasti anda tahu kesan buruk merokok. Penyakit jantung, paru-paru, otak malahan hubungan seks anda. Anda mungkin cuba untuk berhenti merokok. Tapi gagal kerana anda tidak serius kerana anda belum nampak kesan-kesan buruk merokok ini dengan jelas. Bagaimana jika anda nampak dengan meta kepala anda sendiri kesan pemusnah imej ini sejelas-jelasnya?

‘Beg’ dibawah mata. Tidak cukup tidur. Nikotin dalam rokok menyebabkan anda sukar untuk tidur.

Psoriasis. Penyakit autoimun kulit. Kulit anda bertukar menjadi sisik.

Gigi kuning. Nikotin menyebabkan gigi kuning. Walaupun menggunakan ubat gigi nikotin tetap melekat di gigi.

Kerut banyak dan cepat tua. Merokok menyebabkan proses penuaan menjadi cepat. Perokok adalah 1.5 tahun lebih tua daripada orang tidak merokok. Kerut naik dimuka kerana rokok mengurangkan bekalan darah ketisu kulit.

Jari kuning. Bukan sahaja gigi, malahan jari dan kuku juga menjadi kuning. Jika anda search di internet, anda mungkin jumpa tips merawat jari kuning seperti jus lemon, peluntur dan berus besi (ouch!)

Rambut gugur. Bahan kimia dalam rokok menyebabkan kerosakan pada DNA rambut. Hasilnya, rambut anda menjadi nipis dan gugur.

Parut. Luka akan lambat sembuh. Ini kerana nikotin menyekat salur darah ke muka dan bahagian badan yang lain. Luka ini meninggalkan parut yang besar.

Gigi rapuh. Merokok menyebabkan kanser mulut serta penyakit gusi. Gusi yang berpenyakit menyebabkan gigi mudah tercabut.

Kulit rosak. Rokok mempunyai karbon monoksida yang mengambil tempat oksigen dalam badan. Kulit akan menjadi kering. Ini bertambah buruk dengan kesan nikotin yang menyebabkan kurang bekalan darah ke kulit. Rokok memusnahkan vitamin C dalam badan, nutrient yang melindungi kulit.

Luka lambat sembuh. Seperti biasa, nikotin adalah penyebab utama luka lambat sembuh.

Kutil. Perokok adalah lebih mudah mendapat jangkitan HPV (human papilomavirus) yang menyebabkan kutil pada bahagian sulit.

Kanser kulit. Merokok penyebab kanser paru-paru, mulut, esophagus, dan juga kulit. Squamos cell carcinoma adalah kanser kulit paling tinggi dikalangan perokok.

Garis merah pada kulit. Nikotin memusnahkan tisu, menyebabkan kulit hilang tegang dan kekuatan yang akan meninggalkan garis-garis merah.

Perut lembik. Perokok akan menyimpan lebihan lemak yang tidak dicerna di bahagian perut, menyebabkan nampak boroi.

Katarak. Kanta mata akan mengalami pengerasan, menjadi satu lapisan tidak lut cahaya. Apabila cahaya tidak masuk kedalam mata, anda tidak boleh melihat, atau erti lain buta.

-Selatanonline/-

Tuntutan perubahan yang membawa padah isu sebenar Himpunan Bersih dihalang.

27 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak

Saya ingin menyatakan rasa kesal terhadap parti pemerintah yang telah menerajui Malaysia buat tahun yang 54 namun telah gagal untuk meletakkan Malaysia sebagai Negara yang memiliki pemimpin yang terbaik dengan meletakkan perlembagaan sebagai pemandu arah untuk menjaga rakyat.

UMNO-BN sebenarnya tidak menghormati perlembagaan yang mereka junjung sendiri, dalam masa sama mereka memberi nasihat kepada rakyat supaya menjaga Negara dari ancaman bahaya unsur luar. Sedangkan bahaya sebenarnya datang dari pemimpin negara yang sewengnya mencabul hak rakyat dan perlembagaan.

Himpunan Bersih yang jelas tidak bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan yang menyebut bahawa rakyat ada hak untuk berbuat demikian iaitu berkumpul secara aman namun telah digambarkan dengan pelbagai momokan dan istilah yang tidak sewajarnya.

UMNO-BN telah cuba menutup segala ruang bagi rakyat untuk meyampaikan mesej yang penting kepada pemerintah dalam isu penting Negara iaitu soal pilihanraya yang benar-benar bersih dan adil.

Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata.

Perkara itu juga adalah selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukan serta menyebut bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.

8 tuntutan yang diperjuangkan dalam NGO-NGO yang bernaung bawah BERSIH merupakan hak rakyat, kerana rakyatlah yang turun mengundi, ianya jelas bukannya hasrat beberapa kerat golongan pemerintah yang ingin kekal berkuasa sehingga wujudnya sekatan terhadap rakyat untuk berhimpun.

Isu sebenarnya ialah kebimbangan UMNO-BN yang takut kehilangan kuasa sekiranya Piliharaya di Malaysia dikendalikan secara lebih adil sebagaimana yang dituntut sekian lama namun dibiarkan berlarutan tanpa jalan penyesaian.

Kerana itu Himpunan Bersiah adalah gambaran betapa rakyat bertindak menyuarakan hak yang telah dizalimi sejak sekian lama dalam soal pengendalian Piliharaya di Malaysia. BN yang terus berkuasa dengan jalan yang jijik itu sudah tentu tidak sanggup menghadapi gelombang rakyat yang mahukan perubahan yang membawa padah kepada kejatuhan BN dalam masa terdekat.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 29 Jun 2011.

Rakyat susah tapi Najib boros berbelanja

27 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya ingin mempersoal kewajaran kos Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58 kerana belanja begini sebagai satu bentuk pembaziran wang rakyat.

Perdana Menteri yang selalu mengeluarkan nasihat kepada rakyat supaya berjimat telah melakukan sesuatu yang bukan sesuatu teladan yang baik.

Jika boleh kita buat analogi yang mudah, kos umrah ziarah ialah RM5000 bagi menampung kos selama 2 minggu , dan jika seorang itu pergi umrah untuk 6 kali dalam setahun dengan harga semasa pakej tersebut , jika empat tahun berturut-turut pergi umrah jumlahnya baru mencecah lebih kurang RM120,000.

Analogi tersebut merupakan sifir mudah untuk kita tahu bagaimana pemimpin kita berbelanja dengan begitu boros wang rakyat yang sepatutnya dijaga dengan adil.

Seharusnya Perdana Menteri perlu fikir tentang susah payah rakyat bekerja keras untuk menyara kos hidup memandangkan keadaan ekonomi yang kurang baik dalam keadaan belanjawan Negara yang mengalami defisit selama 12 tahun berturut-turut.

Harapan saya semuga rakyat jangan abaikan berita sebegini sebagai satu berita biasa melainkan satu berita yang menggambarkan betapa tidak bertanggung jawabnya Najib dalam berbelanja sedangkan rakyat dalam keadaan susah.

Nampaknya Kerajaan yang ada sekarang tidak memikirkan kepayahan rakyat dan ianya perlu diganti dengan kerajaan yang baru.

Rakyat sesunggunya memerlukan pemimpin yang adildan mengambil berat soal kebajikan rakyat, bukan berbelanja mewah seperti pemimpin Umno-BN. Kerana itu saya yakin pemimpin Pakatan Rakyat mampu melakukannya.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 29 Jun 2011.

28 Jun 2011

Polis halau keluarga anggota PSM yang ditahan

27 Rejab 1432H. [MOD] -
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 28 Jun: Hasrat keluarga anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan polis untuk berkampung di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas malam ini tidak kesampaian apabila mereka dihalau pada waktu Maghrib tadi.

Seramai 30 orang ahli keluarga mangsa 30 orang yang ditahan reman di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap tangkapan yang nyata bercanggah dengan tujuan asal rombongan terbabit yang hanya mahu menghadiri kempen 'Udah BN... Bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang dua hari lepas.

Bas yang turut dinaiki Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jayakumar ditahan polis di Tol Sungai Dua ketika ingin ke Sungai Ara untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan. Beliau merupakan salah seorang pemidato malam tersebut.

Menurut Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan kedatangan mereka ke IPD Kepala Batas semata-mata mahu melihat kaum keluarga yang ditahan bukan berniat mahu menimbulkan huru hara atau berdemo.

Berilah peluang untuk keluarga yang ditahan melawat atau bertanya khabar ahli keluarga bukan membiarkan mereka bersendirian menanggung masalah yang dicipta oleh polis kononya mereka hendak melawan Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan fahaman komunisme.

"Berilah peluang kepada waris melihat atau bertanya khabar mangsa dalam lokap polis. Apa salah mereka sehingga ditahan dan direman. Ini satu pencabulan hak," tegasnya.

Sementara itu, Bendahari Kehormat PSM, A. Sivarajan yang turut berada di lokasi berkenaan kesal kerana pihak polis baru bertindak setelah dua puluh laporan polis dibuat sejak pagi tadi di dua lokasi iaitu di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan IPD Kepala Batas.

Katanya, antara dua daripada dua puluh laporan polis itu ialah meminta pihak polis menyampai ubat penyakit jantung kepada Dr Jayakumar namun sampai tengah hari tadi belum diserahkan.

Tetapi, ujarnya setelah diasak dengan laporan polis barulah mereka membawa beliau ke hospital untuk rawatan.

Belau berkata, bukan sahaja Dr Jayakumar menghadapi masalah tersebut sebaliknya pemandu bas turut dinafikan menerima ubat harian.

"Kenapa mereka sanggup berbuat demikian sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia yang sah. Kenapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu gentar terhadap Himpunan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) sehingga menangkap secara mendadak," jelasnya.

Harakahdaily dimaklumkan seramai 7 orang masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, seramai 21 lagi di IPD Kepala Batas dan dua orang iaitu anak Dr Jayakumar, Raveen dan rakanya, Thivyakumar masing-masing berumur 18 tahun kini berada di lokap Balai Polis Sungai Dua.

Kesukaran Perniaga Bumiputera Berniaga di Kiosk Perhentian Bas di Miri

26 Rejab 1432H. [MOD] -

Kami PAS Miri ada menerima aduan dari para perniaga kecil bumiputera
di Miri yang menyatakan terlalu sukar bagi mereka hendak mendapat lot
atau tempat perniagaan seperti kiosk di perhentian bas yang sudah
banyak dibina disepanjang jalan utama ke pusat bandaraya Miri.

Mereka juga menuntut agar pihak yang berkenaan berlaku adil terhadap
perniaga bumiputera kecil agar mereka juga diberi kesempatan atau
ruang berniaga di kiosk di perhentian bas tersebut.

Persatuan Perniagaan Bumiputera Miri (PPBM) seharusnya perihatin tentang masalah
perniagaan bumiputera yang tersisih ini dari arus pembangunan di
bandaraya Miri.

Janganlah disebabkan harga sewa yang terlalu mahal menyebabkan alasan
pihak yang berkenaan menolak pemohonan dari perniaga kecil bumiputera.
Kalau boleh biarlah sewa di tempat tersebut berpatutan dengan lokasi
atau tumpuan orang ramai. Jangan hanya dibolot oleh satu golongan saja
sehingga menyisih golongan yang kurang berkemampuan.

Ramai perniaga kecil kecewa kerana kurang mendapat perhatian dari
pihak yang berkenaan.

Kita PAS sedia membantu peniaga-peniaga kecil ini setakat kemampuan
kita dengan menyuarakan masalah mereka ke media-media untuk diberi
perhatian kepada mereka yang berkenaan.

Pihak yang berwajib seharusnya bertindak adil untuk semua tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman politik masing-masing demi kebaikan
dan kebajikan untuk semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

Kos sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari

26 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.

Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.

"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.

Nazri Abdullah

Pertembungan pemuda umno dan perkasa tanda positif himpunan bersih tetap diadakan.

26 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Tambun, Saudara Hafez Sabri, hari ini menyifatkan pertembungan yang berlaku antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dalam isu himpunan anti-Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti sebagai satu petanda positif terhadap Himpunan Bersih 2.0.

Menurut beliau, Khairy meminta Presiden Perkasa, Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan ‘perkauman, menghasut dan berbahaya’. Ibrahim baru-baru ini jelas cuba menimbulkan perasaan marah dan ketakutan 13 Mei 1969. “Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara.

.. jika perhimpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. Ya, apa sahaja boleh berlaku,” kata beliau dalam laporan Malaysian Insider 19 Jun lalu.

Manakala dari pihak PERKASA, Ketua Wira, Irwan Fahmi Ideris, mendesak agar Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut menganjurkan perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0 serentak dengan himpunan Gerak Aman anjuran PERKASA pada 9 Julai ini.

Kerajaan seharusnya memikirkan kesan negatif terhadap negara apabila seorang ahli Parlimen seperti Ibrahim Ali dibiarkan terus mengeluarkan kata-kata yang boleh meyebabkan keharmonian kaum terjejas di Malaysia tanpa disekat dan dilarang.

Kegagalan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali akan menjejaskan imej negara ini di samping menunjukkan sikap berat sebelah pihak kerajaan dalam menentukan dasarnya.

Saudara Hafez Sabri yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Perak itu, menyifatkan situasi yang berlaku sekarang ini berpihak kepada Bersih dan rakyat. Tegasnya, “Golongan yang menolak perpaduan rakyat ini dan cuba menutup kebobrokan sistem dan kerajaan kini sudah mula berpecah belah. Mereka mula bercakaran sesama sendiri.

Ia hanya meningkatkan semangat rakyat untuk sama-sama turun pada perhimpunan Bersih 2.0 untuk mempertahankan hak mereka di samping menolak penyelewengan dalam pilihanrayaumum ke 13 ini ”

Di samping itu, beliau turut merayu agar semua pihak yang akan terlibat bermunajat dan memohon doa pada Allah agar ia dapat diteruskan dan suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara Malaysia yang tercinta ini dilindungi hingga ke akhirnya.

Beliau menyeru semua rakyat terutama golongan muda untuk turut sama menyertai Bersih pada 9 Julai ini untuk menjayakan Bersih ini dan berdoa agar himpunan Bersih 2.0 menjadi platform dan simbol perpaduan dan kesatuan rakyat dari pelbagai latar belakang.

mohd hafez sabri

Utusan malaysia wajib mohon maaf kepada umat islam : dewan ulama pas Perak.

26 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH, Dewan Ulama' PAS Perak melalui setiausahanya, Ustaz Salleh Said sekali lagi menegaskan bahawa, PAS mengecam karikatur yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berjudul “Kekeliruan Kes Rogol” pada 15 Jun lalu yang disifatkan menghina syariat Islam dan mengkhianati Islam.

Beliau kesal atas karikatur sebegitu yang dianggap langsung tidak bertanggungjawab dan menidakkan sensitiviti masyarakat beragama Islam di Malaysia. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada 2 pihak berkuasa berbeza jelas mempersendakan golongan ulama dan Islam.

Beliau berkata, “Kartun sebegini jelas mempunyai niat jahat untuk memperlekeh pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Unsur-unsur sebeginilah yang membawa kepada perpecahan umat. Bertentangan dengan objektif media itu sendiri sebagai alat perpaduan.”

Ujar beliau lagi, “Pihak Utusan Malaysia seharusnya jelas dalam membicarakan soal ini. Zina dan rogol, adalah dua perbuatan yang mempunyai definisi berbeza. Justeru, mempunyai pemberat serta pertimbangan berbeza dalam soal hukum. Karikatur sebegini boleh mencetuskan salah faham kepada Islam malah mempersenda aspek sistem keadilan di dalam Islam.”

Dewan Ulama PAS Perak juga mahu supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan pandangan terhadap kartun tersebut. Sementara itu, beliau menyatakan bahawa akhbar sepatutnya berperanan untuk memupuk kesedaran dan membina perpaduan dikalangan rakyat dan bukannya mencetuskan lebih banyak kekeliruan.

Dalam pada itu, beliau meluahkan kekesalan terhadap sikap Menteri- menteri yang beragama Islam yang dilihat seolah-olah membela Utusan Malaysia keana bisu dan tidak berani membela Islam apabila ia dihina.

Tindakan Utusan Malaysia ini dikecam oleh banyak pihak, samada diperingkat pelajar sekolah, mahasiswa universiti, kakitangan awam dan swata serta seluruh umat Islam di Malaysia kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.

Sehubungan dengan itu, Dewan Ulama PAS Perak menggesa pihak Utusan Malaysia sesegera mungkin menarik balik siaran karikatur ini dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas kebiadapannya mempersendakan perundangan Islam, kerana sehingga hari ini pihak utusan masih membisu dan tidak berani bersuara atas isu tersebut.

Teruskan Perjuangan

Bantah pertandingan ratu cantik di karnival IT

26 Rejab 1432H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini membantah tindakan penganjur yang mengadakan aktiviti pencarian ratu cantik pakaian renang semasa karnival teknologi maklumat (IT) yang akan berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Bayan Baru pada 1 hingga 3 Julai ini.

Setiausaha Angkatan Pemuda Pemudi Islam (Api), Fatin Safiah Kamaruddin berkata, pertandingan ratu cantik berpakaian menjolok mata itu tiada kaitan langsung dengan pameran tersebut.

Katanya, pertubuhan itu percaya pengisian pertandingan tersebut hanya helah penganjur bagi menarik perhatian orang ramai terutamanya golongan muda mengunjungi karnival berkenaan.

"Kami menyokong hasrat pihak penganjur mengadakan pameran peralatan dan perkakasan komputer kerana sememangnya dapat membantu masyarakat supaya lebih celik teknologi.

"Tetapi apa yang kami kesalkan adalah mengapa diselitkan slot pertandingan peragaan pakaian baju mandi di dalam pameran itu kerana boleh memberi banyak kesan negatif kepada pengunjung," katanya.

kosmo/-

4 menara tertinggi di dunia


1. Burj Khalifa / Burj Dubai
26 Rejab 1432H. [MOD] -

Demi menarik pelancung dari pelbagai negara, salah satu ikon yang perlu dimiliki oleh negara tersebut adalah menara.

Menara yang dibina pelbagai ragam dari bentuknya yang unik sehingga tingginya menara tersebut, dan menara mendapat jolokan bangunan pencakar langit kerana tingginya yang jika dilihat dari bawah sampai ke langit.

Inilah 4 buah menara yang masih tertinggi di dunia.

Menara ini adalah bangunan tertinggi atau menara tertinggi di dunia, tingginya mencapai kira-kira 828 Meter, pembinaan bangunan ini di selesaikan pada tahun 2010, dan memakan kos 4,1 milion dolar AS .Sesuai dengan namanya Burj Dubai terletak di kota Dubai, Emiriah Arab Bersatu.


2. CN Tower

Menara ini adalah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Dubai, menara ini mencapai tinggi 553,3 meter, pembinaan bangunan ini memakan kos 330 Juta dolar Kanada, dan di selesaikan pada tahun 1976, CN Tower ini terletak bandar Toronto, Kanada.



3. Willis Tower

Menara ini terletak di Chicago, Amerika Serikat, bangunan ini mempunyai tinggi 527 Meter, bangunan ini di rancang oleh Ketua arkitek Bruce Graham dan Jurutera Struktur Fazlur Khan dari Skidmore, Owings and Merrill, pembinaannya selesai pada tahun 1974.


4. Taipei 101

Menara ini terletak di Distrik Xinyi, Taipei, Taiwan. Nama rasminya adalah Bangunan Kewangan Internasional Taipei, bangunan ini memiliki tinggi kira-kira 509.2 Meter. Selesai di bina pada tahun 2004.

iberita/tulahan

Lawatan Rasmi : Najib Dan Rosmah Belanja RM 17 Juta Sejak 2008

26 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bertanya tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM 8,020,328.07.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja

“Berbanding ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, nampaknya Rosmah lebih banyak melancong. Kita lihat lawatan rasmi Perdana Menteri telah menjadi jadual pelancongan isterinya,” kata Tian ketika ditemui Keadilandaily.

Namun, kata Tian Chua, sehingga kini rakyat tidak melihat hasil lawatan tersebut membawa pulangan kepada negara.

“Apakah lawatan ini mendatangkan pulangan perdagangan dan perhubungan diplomatik yang lebih baik?

“Jumlah perbelanjaan ini menunjukkan peningkatan setiap tahun. Ketika rakyat terpaksa mengikat perut dan mengubah gaya hidup, Perdana Menteri dan isteri sewenang-wenangnya membelanjakan wang orang ramai untuk perkara yang belum tentu membawa faedah.

“Ketika mereka ke luar negara, permasalahan domestik masih tidak diselesaikan. Apakah ini maknanya rakyat didahulukan,” soal Tian Chua.

Dewan Rakyat sebelum ini pernah dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.

Keadilandaily

SALAHGUNA KUASA: SPRM DIMINTA SIASAT HAMIDAH

26 Rejab 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menggesa satu siasatan dibuat terhadap Datuk Hamidah Osman yang dilihat telah menyalahgunakan kuasa beliau di dalam Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia Fasa 2, Parlimen Gopeng 2011 baru-baru ini.

Kami melihat terdapat elemen penyalahgunaan kuasa berlaku di dalam pemberian komputer tersebut dan bimbang pemberian komputer tersebut dibuat secara ‘pilih kasih’.

Kami melihat Datuk Hamidah Osman jelas telah menyalahgunakan kuasa sebagai seorang yang berkedudukan atau berjawatan politik dan perbuatannya ini dikhuatiri mempunyai unsur rasuah.

Kami meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap maklumat tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Walaupun sudah banyak laporan yang telah dibuat terhadap Datuk Hamidah kepada SPRM namun amat dikesali ianya umpama ‘diletakkan di bawah karpet sahaja’

SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Masa untuk PAS Pulau Pinang bina kekuatan

26 Rejab 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG, 28 Jun: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man menyeru semua anggota perhubungan negeri dan ahli bekerjasama untuk membina kekuatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Justeru, beliau berkata, perlantikan jawatankuasa PAS negeri sesi 2011-2013 berdasarkan pengalaman dan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan sama ada ketika PAS berada di bawah ataupun atas.

Walaupun sedar pemilihan mereka tidak dapat memenuhi inspirasi semua ahli namun beliau berharap mereka dapat membantu bagi mengeratkan kesepakatan antara parti gabungan Pakatan Rakyat serta membina kekuatan parti menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja.

Jawatankuasa itu, katanya bukan datang daripada dirinya sendiri malahan hasil perbincangan dengan ahli yang prihatin untuk melihat PAS Pulau Pinang meningkatkan prestasinya.

"Teka teki siapa yang akan dilantik dah pun terjawab. Kini masanya semua ahli bekerjasama untuk membina kekuatan untuk menghadapi pilihanraya ke 13 kelak.

"Marilah bersama membantu memperkukuhkan PAS agar ianya mencapai kecemerlangan di Pulau Pinang," ujarnya selepas mesyuarat pembentukan PAS negeri sesi 2011-2013 bertempat di bilik mesyuarat Tuan Husain Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam.

Timbalan Pesuruhjaya 1 diamanahkan kepada Ustaz Khalid Man, Timbalan Pesuruhjaya 2, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya 3 pula Ustaz Fauzi Yusuf.

Setiausaha Perhubungan pula dijawat oleh bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Noor Harun.

Sementara itu tiga orang penolong setiausaha dimandatkan kepada Alzarizal Ahmad, Izuree Ibrahim dan Jamil Abdul Rahman.

Bekas setiausaha, Fadhil Kemi diberikan tanggungjawab sebagai Bendahari. Ketua Penerangan bertukar kepada Bukhori Ghazali dan Rosidi Husein dipertangungjawabkan sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN)

Antara Jawatankuasa tambahan yang turut dilantik ialah Fahmi Abdul Wahab, Jamaludin Said, Marziah Khamis, Mohd Helmi Harun, Ustaz Rizaludin Yahya dan Ustaz Mahadi Abdullah.

Mohd Sabri Said

Air kencing ada bahan radioaktif

26 Rejab 1432H. [MOD] -

Pencemaran radiasi ditemui di kalangan penduduk Fukushima

TOKYO: Seramai 15 penduduk Fukushima daripada kawasan luar dan bandar Kawamata didapati mempunyai lebih 3 milisievert radiasi dalam air kencing 15 penduduk yang mengesahkan pendedahan radiasi dalaman, lapor agensi berita Kyodo, kelmarin.

Kedua-dua kawasan terbabit terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari loji kuasa nuklear Fukushima No.1 yang melepaskan bahan radioaktif ke udara sejak kejadian 11 Mac lalu apabila gempa bumi disusuli tsunami menyebabkan teras utama kemudahan berkenaan lebur.

“Ini bukan menjadi masalah jika mereka tidak memakan sayur atau produk lain yang tercemar. Tetapi, ini menandakan mereka semakin bermasalah jika meneruskan kehidupan di kawasan ini,” kata Nanao Kamada, profesor madya biologi radiasi di Universiti Hiroshima.

Kamada bersama sepasukan doktor termasuk Osamu Saito dari Hospital Watari di bandaraya Fukushima menjalankan dua pusingan ujian terhadap setiap penduduk pada awal dan akhir Mei, menggunakan sampel air kencing daripada 15 penduduk berusia antara 4 dan 77 tahun.

Kesan radioaktif ditemui pada kedua-dua ujian yang dijalankan kepada setiap penduduk. Iodin radioaktif setinggi 3.2 milisiervert dalam enam penduduk wujud dalam kajian pertama tetapi tiada dalam ujian kedua.

Data itu menunjukkan pendedahan dalaman terkumpul adalah antara 4.9 hingga 13.5 milisieverts, menjadikan jumlah besar adalah antara 4.9 hingga 14.2 milisievert sepanjang dua bulan terbabit, kata mereka. – Agensi