26 Rejab 1432H. [MOD] -
Kami PAS Miri ada menerima aduan dari para perniaga kecil bumiputera
di Miri yang menyatakan terlalu sukar bagi mereka hendak mendapat lot
atau tempat perniagaan seperti kiosk di perhentian bas yang sudah
banyak dibina disepanjang jalan utama ke pusat bandaraya Miri.
Mereka juga menuntut agar pihak yang berkenaan berlaku adil terhadap
perniaga bumiputera kecil agar mereka juga diberi kesempatan atau
ruang berniaga di kiosk di perhentian bas tersebut.
Persatuan Perniagaan Bumiputera Miri (PPBM) seharusnya perihatin tentang masalah
perniagaan bumiputera yang tersisih ini dari arus pembangunan di
bandaraya Miri.
Janganlah disebabkan harga sewa yang terlalu mahal menyebabkan alasan
pihak yang berkenaan menolak pemohonan dari perniaga kecil bumiputera.
Kalau boleh biarlah sewa di tempat tersebut berpatutan dengan lokasi
atau tumpuan orang ramai. Jangan hanya dibolot oleh satu golongan saja
sehingga menyisih golongan yang kurang berkemampuan.
Ramai perniaga kecil kecewa kerana kurang mendapat perhatian dari
pihak yang berkenaan.
Kita PAS sedia membantu peniaga-peniaga kecil ini setakat kemampuan
kita dengan menyuarakan masalah mereka ke media-media untuk diberi
perhatian kepada mereka yang berkenaan.
Pihak yang berwajib seharusnya bertindak adil untuk semua tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman politik masing-masing demi kebaikan
dan kebajikan untuk semua.
Jofri Jaraiee
PAS Miri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan