28 Jun 2011

Pertembungan pemuda umno dan perkasa tanda positif himpunan bersih tetap diadakan.

26 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Tambun, Saudara Hafez Sabri, hari ini menyifatkan pertembungan yang berlaku antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dalam isu himpunan anti-Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti sebagai satu petanda positif terhadap Himpunan Bersih 2.0.

Menurut beliau, Khairy meminta Presiden Perkasa, Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan ‘perkauman, menghasut dan berbahaya’. Ibrahim baru-baru ini jelas cuba menimbulkan perasaan marah dan ketakutan 13 Mei 1969. “Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara.

.. jika perhimpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. Ya, apa sahaja boleh berlaku,” kata beliau dalam laporan Malaysian Insider 19 Jun lalu.

Manakala dari pihak PERKASA, Ketua Wira, Irwan Fahmi Ideris, mendesak agar Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut menganjurkan perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0 serentak dengan himpunan Gerak Aman anjuran PERKASA pada 9 Julai ini.

Kerajaan seharusnya memikirkan kesan negatif terhadap negara apabila seorang ahli Parlimen seperti Ibrahim Ali dibiarkan terus mengeluarkan kata-kata yang boleh meyebabkan keharmonian kaum terjejas di Malaysia tanpa disekat dan dilarang.

Kegagalan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali akan menjejaskan imej negara ini di samping menunjukkan sikap berat sebelah pihak kerajaan dalam menentukan dasarnya.

Saudara Hafez Sabri yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Perak itu, menyifatkan situasi yang berlaku sekarang ini berpihak kepada Bersih dan rakyat. Tegasnya, “Golongan yang menolak perpaduan rakyat ini dan cuba menutup kebobrokan sistem dan kerajaan kini sudah mula berpecah belah. Mereka mula bercakaran sesama sendiri.

Ia hanya meningkatkan semangat rakyat untuk sama-sama turun pada perhimpunan Bersih 2.0 untuk mempertahankan hak mereka di samping menolak penyelewengan dalam pilihanrayaumum ke 13 ini ”

Di samping itu, beliau turut merayu agar semua pihak yang akan terlibat bermunajat dan memohon doa pada Allah agar ia dapat diteruskan dan suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara Malaysia yang tercinta ini dilindungi hingga ke akhirnya.

Beliau menyeru semua rakyat terutama golongan muda untuk turut sama menyertai Bersih pada 9 Julai ini untuk menjayakan Bersih ini dan berdoa agar himpunan Bersih 2.0 menjadi platform dan simbol perpaduan dan kesatuan rakyat dari pelbagai latar belakang.

mohd hafez sabri

Tiada ulasan: