27 Rejab 1432H. [MOD] -
Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 28 Jun: Hasrat keluarga anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan polis untuk berkampung di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas malam ini tidak kesampaian apabila mereka dihalau pada waktu Maghrib tadi.
Seramai 30 orang ahli keluarga mangsa 30 orang yang ditahan reman di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap tangkapan yang nyata bercanggah dengan tujuan asal rombongan terbabit yang hanya mahu menghadiri kempen 'Udah BN... Bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang dua hari lepas.
Bas yang turut dinaiki Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jayakumar ditahan polis di Tol Sungai Dua ketika ingin ke Sungai Ara untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan. Beliau merupakan salah seorang pemidato malam tersebut.
Menurut Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan kedatangan mereka ke IPD Kepala Batas semata-mata mahu melihat kaum keluarga yang ditahan bukan berniat mahu menimbulkan huru hara atau berdemo.
Berilah peluang untuk keluarga yang ditahan melawat atau bertanya khabar ahli keluarga bukan membiarkan mereka bersendirian menanggung masalah yang dicipta oleh polis kononya mereka hendak melawan Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan fahaman komunisme.
"Berilah peluang kepada waris melihat atau bertanya khabar mangsa dalam lokap polis. Apa salah mereka sehingga ditahan dan direman. Ini satu pencabulan hak," tegasnya.
Sementara itu, Bendahari Kehormat PSM, A. Sivarajan yang turut berada di lokasi berkenaan kesal kerana pihak polis baru bertindak setelah dua puluh laporan polis dibuat sejak pagi tadi di dua lokasi iaitu di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan IPD Kepala Batas.
Katanya, antara dua daripada dua puluh laporan polis itu ialah meminta pihak polis menyampai ubat penyakit jantung kepada Dr Jayakumar namun sampai tengah hari tadi belum diserahkan.
Tetapi, ujarnya setelah diasak dengan laporan polis barulah mereka membawa beliau ke hospital untuk rawatan.
Belau berkata, bukan sahaja Dr Jayakumar menghadapi masalah tersebut sebaliknya pemandu bas turut dinafikan menerima ubat harian.
"Kenapa mereka sanggup berbuat demikian sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia yang sah. Kenapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu gentar terhadap Himpunan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) sehingga menangkap secara mendadak," jelasnya.
Harakahdaily dimaklumkan seramai 7 orang masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, seramai 21 lagi di IPD Kepala Batas dan dua orang iaitu anak Dr Jayakumar, Raveen dan rakanya, Thivyakumar masing-masing berumur 18 tahun kini berada di lokap Balai Polis Sungai Dua.

2 ulasan:
Saya selalu melihat remaja-remaja Malaysia memakai baju yang memaparkan wajah 'Che Guevara'- seorang pemimpin komunis. Kenapa tak tahan atas kesalahan menentang yang DiPertuan Agong?
Saya juga tahu Perdana Menteri Malaysia ada berkunjung ke China dan Vietnam, kenapa tidak dicop bekerjasama dengan komunis?
Saya juga melihat rata-rata rakyat Malaysia memiliki barangan buatan negara Komunis China dan Vietnam (termasuk saya). Kenapa tak hadap atas kesalahan menentang yang DiPertuan Agong?
Kalau nak temberang pun biarlah berpada-pada. Jadilah anak jantan, jangan main tuduh-tuduh dan buat fitnah je. Ini kes nyawa rakyat tau.
tangkapan yang tak masuk akal.... zalim...
Catat Ulasan