
08 Januari 2012
Bekas Presiden Pakistan cadang wujud hubungan dengan Israel

11 banduan Iraq gali terowong lolos diri

07 Januari 2012
Berkata yang baik atau diam.
13 Safar 1433H. [MOD] -Oleh Jarjani Usman
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam” (HR. Imam Bukhari & Imam Muslim).
Sangat menyenangkan hidup ini bila mampu merasa diri aman dari segala gangguan. Menyadari hal ini, banyak orang berusaha mencari tempat tinggal yang aman atau melengkapi diri dengan dengan berbagai alat pengamanan. Namun, yang demikian juga sebenarnya bukan kunci keamanan diri, bila belum mampu menyelamatkan diri dari gangguan diri sendiri.
Sebagaimana diisyaratkan dalam hadits Rasulullah sallallu ‘alaihi wasallam, manusia sering tidak aman oleh lidahnya sendiri. Lidah bisa menjadi sumber banyak gangguan hidup manusia, sebagaimana sabda Nabi SAW, “Kebanyakan kesalahan anak Adam adalah pada lidahnya” (HR. Thabrani). Tak terbantahkan dalam kenyataan, lidah seringkali menjadi penyebab timbulnya sakit hati orang lain dan bahkan menjadi penyulut timbulnya perpecahan umat dalam skala besar. Tentunya, lidah yang dimaksud adalah yang dimiliki orang-orang yang tak (sepenuhnya) beriman kepada Allah.
Lidah orang-orang demikian digambarkan cenderung banyak dan gampang berbicara, tetapi sedikit atau bahkan tidak ada manfaatnya bagi kebaikan. Bila sedikit kebaikan, maka yang banyak adalah keburukan. Dalam ketiadaan kebaikan, yang ada adalah keburukan yang membahayakan. Sebab, keburukan adalah dosa, yang sebahagian balasannya ditimpakan di dunia.
Namun demikian, disebutkan dalam hadits bahwa menyelamatkan diri dari bahaya lidah bukan selamanya berarti diam. Bahkan, diam di saat penting berbicara juga merupakan tindakan berbahaya. Akan tetapi berbicara, asalkan mampu memastikan kebaikannya. Dengan cara demikian, insya Allah kita juga bisa mempertanggungjawabkan pemanfaatan lidah.
Serambi/-
Takwa ukuran kemuliaan manusia..
13 Safar 1433H. [MOD] -Oleh Jarjani Usman
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal” (QS. Al Hujuraat: 13).
Suatu hari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan suatu khutbah yang amat menyentuh. Katanya, “Wahai manusia, Tuhanmu hanyalah satu dan asalmu juga satu. Kamu semua berasal dari Adam, dan Adam berasal dari tanah. Keturunan, warna kulit, bangsa tidak menyebabkan seseorang lebih baik dari yang lain. Orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa. Orang Arab tidak lebih mulia dari yang bukan Arab, sebaliknya orang bukan Arab tidak lebih mulia dari orang Arab. Begitu pula orang kulit berwarna putih dengan orang kulit hitam dan sebaliknya orang kulit hitam dengan orang kulit berwarna putih, kecuali karena takwanya.”
Menyimak khutbah Rasulullah tersebut, siapapun kiranya tak pantas merasa dirinya lebih mulia di antara sesama manusia. Merasa diri lebih mulia merupakan sumber dosa yang lain, yaitu kesombongan dan suka melakukan penghinaan terhadap yang lain. Padahal meskipun sekarang sudah kelihatan berbeda-beda wajah dan warna kulit, pada awalnya semua kita berasal dari manusia yang sama, yaitu Nabi Adam ‘alaihissalam. Dengan demikian, tak ada yang tak bersaudara, kecuali yang tak mau bersaudara karena merasa dirinya lebih mulia.
Meskipun demikian, bukan tidak ada orang yang lebih mulia. Orang-orang pilihan ini mendapat kemuliaan dari Allah, bukan melalui penobatan diri sendiri. Dalam Alquran disebutkan, “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu” (QS. Al Hujuraat: 13). Dengan demikian, manusia kerap menjadi korban perasaannya sendiri dengan merasa dii lebih mulia.
Serambi/-
Gempa Bumi Sederhana Kuat Gegar Ternate, Maluku Utara
13 Safar 1433H. [MOD] -JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ternate, Maluku Utara pukul 2.31 petang waktu Indonesia Barat pada Sabtu.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, pusat gempa terletak di kawasan laut iaitu 100 kilometer barat laut Ternate, Maluku Utara dan 234 kilometer timur laut Bitung, Sulawesi Utara.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak berpotensi mengakibatkan tsunami.
Anwar: Pakatan akan dapat lebih sokongan jika saya dipenjarakan
13 Safar 1433H. [MOD] -PETALING JAYA, 7 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Ketua Umum PKR ini didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.
“Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak (ke dalam penjara) tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.
“Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh,” katanya dalam satu ceramah di Subang Jaya malam tadi.
Kira-kira 2,000 orang telah hadir mendengar ceramah yang disampaikan ketua pembangkang itu.
Anwar (gambar) menuduh “musuh politiknya” memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.
“Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.
“(Tetapi) jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu,” dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi “sebarang kemungkinan” yang berlaku.
Anwar dalam temubual bersama Bloomberg baru-baru ini memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengenal pasti seorang pengganti untuk mengetuai pakatan pembangkang itu sekiranya beliau dipenjarakan.
“Berdasarkan pada fakta, undang-undang...Anwar perlu dibebaskan pada 9 Januari ini. Tetapi kita menggunakan undang-undang Umno,” tambahnya yang kelihatan penat tetapi bertenaga.
Beliau menambah “komited” untuk menentang demi reformasi dalam negara walaupun telah menerima tawaran dari beberapa negara asing yang mahu memberikan perlindungan.
Kebanyakan orang ramai yang menghadiri ceramah itu merupakan penyokong-penyokong kuat Pakatan Rakyat dan memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkeyakinan Anwar tidak bersalah.
“Individu seperi (Mohd) Saiful akan sentiasa ada. Perbicaraan pertama, kini yang kedua. Tiada bukti dakwaan Mohd Saiful.
“Walaupun orang biasa apabila mereka membaca akhbar mereka akan memberitahu ia tiada asas,” kata seorang ahli perniagaan berbangsa Punjabi yang mahu dikenali sebagai Jit.
Jit berkata dia hadir ke ceramah itu kerana mahu memberikan sokongan kepada Anwar serta kerajaan negeri Selangor yang mana telah menunjukkan prestasi yang baik berbanding ketika di bawah pentadbiran BN.
“Sekurang-kurangnya kami tahu ke mana wang kami pergi.”
Seorang bekas tentera S.M Amin memberitahu dia memandu dari Klang bersama rakan-rakannya untuk mendengar ucapan Anwar.
“Anwar ialah mangsa dalam sistem BN. Disebabkan itu saya memandu dari Klang untuk menunjukkan sokongan dan membuktikan rakyat berada di belakang Anwar, Pakatan Rakyat,” katanya.
Dia berkata kepimpinan BN gagal untuk menyedari bahawa mereka perlu membayar kembali dosa-dosa yang dilakukan selepas mati.
“Sudah tentu, beliau tidak bersalah, rakyat sudah bosan sebab itu mereka berada di sini untuk menyokong Anwar, Pakatan Rakyat,” kata seorang warga emas berumur 65 tahun yang mahu dikenali sebagai Ali.
Ali percaya tuduhan terhadap Anwar patut digugurkan dan berkata akan menyertai perhimpunan 901 pada Isnin ini.
PKR telah mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan aman pada 9 Januari untuk menyokong Anwar di kawasan parkir kereta di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta dan menambah polis telah memberikan kebenaran.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mengesahkan perkara itu semasa satu taklimat dan sidang akhbar bersama PKR selepas rundingan dengan parti itu.
Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.
Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri.
Malaysianinsider/-
Tewaskan Du Pengyu: Chong Wei ke final Terbuka Korea
13 Safar 1433H. [MOD] -KUALA LUMPUR 7 Jan. – Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Korea selepas menumpaskan pemain muda China, Du Pengyu 21-8, 21-13 di Seoul, hari ini.
Chong Wei kini bakal berdepan pemenang di antara musuh tradisi dari China, Lin Dan atau pemain Jepun, Sho Sasaki yang hanya akan berentap pada separuh akhir, lewat petang ini.
Jepun akan tutup reaktor nuklear selepas 40 tahun digunakan
13 Safar 1433H. [MOD] -TOKYO: Kerajaan Jepun akan menutup reaktor nuklear selepas 40 tahun digunakan bagi meningkatkan tahap keselamatan berikutan krisis yang melanda berpunca daripada tsunami tahun lalu.
Usia reaktor yang digunakan terlalu lama diberi tumpuan kerana tiga unit reaktor di loji Fukushima Dai-ichi terletak di timur laut Jepun mengalami kebocoran berikutan tsunami pada Mac lalu kerana ia dibina pada 1967.
Di antara reaktor yang digunakan lebih 40 tahun ialah di Tsuruga dan Mihama, tengah Jepun dibina pada 1970.
Banyak lagi reaktor daripada 54 buah kesemuanya di Jepun akan mencecah usia 40 tahun tidak lama lagi. - AP
Individu ada maklumat kes pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak diminta bantu siasatan
IPOH: Individu yang mempunyai maklumat berhubung kes seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak yang dipercayai menyembunyikan sejumlah wang tunai yang banyak selain pelaburan saham membabitkan jutaan ringgit diminta tampil bagi membantu siasatan.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Nooraziah Abd Manaf, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan beberapa individu dan kini masih mencari individu lain yang mempunyai maklumat bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.
Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, individu yang dipanggil untuk memberi keterangan bukan dianggap pesalah malah kehadiran mereka diperlukan bagi membantu pihaknya mengenal pasti kesalahan dan mengesan pelakunya.
"Semua kenyataan, dokumen dan sebagainya amat diperlukan untuk bukti suatu kesalahan itu. Proses siasatan juga terikat dengan undang-undang dan peraturan yang mesti dipatuhi.
"Mereka (individu) tidak boleh ditahan selepas siasatan selesai dan dibenarkan pulang apabila dirasakan tidak jejaskan siasatan," katanya.
Sebuah akhbar semalam, melaporkan pegawai kanan yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan pada jam 2 pagi Khamis lalu, ketika berada di rumah bersama isteri serta beberapa anaknya di perumahan kerajaan berhampiran Kem Tentera di Gerik.
Hasil pemeriksaan menemui wang tunai RM720,000 yang disusun rapi dalam lipatan telekung dan sebahagian lagi bersama beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai lebih RM4 juta disembunyikan berasingan di beberapa lokasi termasuk di dapur serta ruang tamu rumahnya.
Pegawai terbabit ditahan sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes itu. - BERNAMA
Penggodam Turki ancam lepaskan gelombang siber
13 Safar 1433H. [MOD] -ISTANBUL: Penggodam Turki mengancam untuk melepaskan gelombang serangan siber terhadap laman web Perancis selepas penggubal undang-undang di Paris mengundi meluluskan undang-undang menafikan penghapusan etnik Armenia.
Terdahulu, penggodam menyerang berpuluh-puluh laman web Perancis termasuk laman web milik ahli politik Perancis, Valerie Boyer yang memperkenalkan undang-undang membolehkan individu yang menafikan pembunuhan beramai-ramai itu dihukum penjara.
Kumpulan penggodam, AyYildiz didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan dengan alasan untuk memperjuangkan nilai rakyat Turki.
"AyYildiz tidak menentang Perancis," katanya. "Tetapi jika undang-undang itu diteruskan, serangan lebih serius akan dilakukan oleh banyak kumpulan penggodam lain," kata jurucakap kumpulan itu, Ishak Telli.
Dewan Perwakilan Rendah Perancis meluluskan undang-undang berkenaan pada 22 Disember tahun lalu dan Dewan Senat dijangka mengundi pada akhir Januari ini. - AFP
Ikan paus pilot ditemui mati selepas terdampar di pantai NZ
13 Safar 1433H. [MOD] -WELLINGTON: Tujuh ikan paus pilot mati selepas terdampar di pantai New Zealand, hari ini dan anggota penyelamat kini berusaha menyelamatkan 18 mamalia itu.
Tujuh daripada 25 ikan paus itu mati selepas terkandas di Farewell Spit berdekatan barat laut Pulau Selatan, semalam, kata pegawai pemuliharaan.
Ikan paus yang masih hidup diapungkan di kawasan air pasang di luar pantai berkenaan.
Pengurus Jabatan Pemuliharaan, John Mason, berkata haiwan berkenaan berjaya dilepaskan pada tengah hari tadi tetapi masih dalam bahaya kerana kumpulan haiwan mamalia itu berenang menuju ke utara yang lebih cetek airnya.
“Beberapa bot digunakan untuk menunjuk arah kepada ikan paus supaya berenang menuju ke paras air lebih manakala orang ramai turut membantu. Tapi ada risiko kerana ikan paus itu mungkin kembali ke kawasan air cetek apabila arus mengalir semula pada lewat hari yang sama,” katanya.
Menangkan dulu Pakatan, bukan bincang siapa PM
| Harakahdaily |
|
Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah. “Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata beliau. Dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara. “Kita sudah bincang perkara ini dengan kepimpinan Pakatan (jika beliau dipenjarakan). Adalah ia satu masalah? Tidak. Sekiranya kita menang, kita akan ada satu Perdana Menteri sementara. Sudah tentu, kerana saya yakin jika kita menang, saya tak akan berada di penjara untuk lama,” kata beliau. Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan orang ramai yang sudah mempunyai tanggapan di minda untuk Januari 9 ini bahawa kesemua manusia akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. “Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman. “Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu,” pesan Tuan Ibrahim. |
Selamat menikmati bekalan air bersih.

Federer cedera, Nadal tersingkir dari Terbuka Qatar
Nadal, juara Terbuka Perancis, tumpas 6-3, 6-4 kepada pilihan ke-16 dunia, Gael Monfils dari Perancis.
Jo-Wilfried Tsonga juga dari Perancis mara ke final apabila Federer menarik diri kerana sakit belakang. - AFP
Keputusan:
Separuh akhir, perseorangan lelaki: Gael Monfils (Perancis) klk Rafa Nadal (Sepanyol) 6-3 6-4; Jo-Wilfried Tsonga (Perancis) klk Roger Federer (Switzerland) menang percuma
Lelaki tembak mati isteri dan ibu mentua di Georgia, AS
13 Safar 1433H. [MOD] -FORT OGLETHORPE (GEORGIA): Seorang lelaki bersenjata menembak mati isteri dan ibu mentuanya dalam kejadian di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Georgia, selatan Amerika Syarikat sebelum menyerah diri kepada pihak polis.
Jurucakap Biro Penyiasatan Negeri, John Bankhead, berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 6 petang semalam di Pusat Perubatan Hutcheson, Fort Oglethorpe, Georgia, berdekatan sempadan negeri Tennessee.
Bankhead berkata, ketika kejadian wanita itu melawat ahli keluarga di hospital berkenaan.
Punca kejadian dan identiti suspek masih belum dikenal pasti. - AP

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri.