07 Januari 2012

Jepun akan tutup reaktor nuklear selepas 40 tahun digunakan

13 Safar 1433H. [MOD] -

TOKYO: Kerajaan Jepun akan menutup reaktor nuklear selepas 40 tahun digunakan bagi meningkatkan tahap keselamatan berikutan krisis yang melanda berpunca daripada tsunami tahun lalu.

Usia reaktor yang digunakan terlalu lama diberi tumpuan kerana tiga unit reaktor di loji Fukushima Dai-ichi terletak di timur laut Jepun mengalami kebocoran berikutan tsunami pada Mac lalu kerana ia dibina pada 1967.

Di antara reaktor yang digunakan lebih 40 tahun ialah di Tsuruga dan Mihama, tengah Jepun dibina pada 1970.

Banyak lagi reaktor daripada 54 buah kesemuanya di Jepun akan mencecah usia 40 tahun tidak lama lagi. - AP

Tiada ulasan: