14 Safar 1433H. [MOD] -
ISLAMABAD 8 Jan. - Pakistan wajar mempertimbangkan untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel, kata bekas Presiden, Pervez Musharraf, semalam.
Beliau berkata sedemikian ketika berharap untuk menceburi semula dalam bidang politik walaupun kenyataannya itu bakal membangkitkan kemarahan rakyat Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara itu.
Musharaf, yang meletak jawatan pada 2008, merancang untuk kembali ke Pakistan pada bulan ini, walaupun mungkin akan ditahan, dengan berharap dapat bertanding dalam pilihan raya Parlimen akan diadakan pada tahun depan. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan