08 Januari 2012

Hasan Ali dipecat dari PAS .

14 Safar 1433H. [MOD] -

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini telah mengambil keputusan memecat Hasan Ali dari Pas.
Keputusan itu dicapai sebulat suara.

Bagaimana pun Hasan dibenarkan merayu kepada Majlis Syura Ulamak.

PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut sama hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Demikian berita baru yang saya terima sekejap tadi. Pas dijangka akan membuat sidang akhbar berhubungan dengan isu tersebut.

Berita selanjutnya menyusul.

6 ulasan:

AZAHAR BIN AHMAD berkata...

walla.....

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya dah lama

Tanpa Nama berkata...

bgusla,,duri dlm daging

Tanpa Nama berkata...

Eluk sangat tuu...

::Shah Naim:: berkata...

Salam..saya yakin...dato' hassan ali memang di pihak yg benar,beliau dh banyak bantu umat Islam trutamanya d Selangor...dan saya yakin dato' hassan ali tetap teguh berjuang utk Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan tetap setia utk PAS walaupun beliau dipecat....saya percaya dgn dato' hassan ali & tetap sokong beliau..

::Shah Naim:: berkata...

Salam..saya rasa2lah...dato' hassan ali memang di pihak yg benar,beliau dh banyak bantu umat Islam trutamanya d Selangor...dan saya yakin dato' hassan ali tetap teguh berjuang utk ASWJ dan tetap setia utk PAS walaupun beliau dipecat....saya percaya dgn dato' hassan ali & tetap sokong beliau..