04 Mei 2012

Syarikat Razak Baginda di HK mencurigakan

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya.


(Abdul Razak dan isteri didakwa pemilik syarikat misteri di Hong Kong)

Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan.

Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia.

Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.

Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.

Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.

Temuramah Najib

Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemuramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda.

“Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan,” tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka.

Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah dikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya.

Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris.

Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.
Perimekar kini dimiliki 20 peratus setiap satu oleh LTAT and Boustead Holdings.

Menurut laporan Agence France Press (AFP), siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002.

Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen:

Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta;

Dan kedua ialah mengenai penghantaran "sokongan logistik" dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang.

Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta).

Yang ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi.

Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia.

“Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda,” tambahnya.

Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, “Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera.”

“Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda,” tulis beliau.

Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong.

Harakah Daily

Media Umno ajar fitnah seks secara terbuka

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Tindakan akhbar Utusan menggunakan kaedah fitnah seks ke atas Azmin Ali Timbalan Presiden PKR yang sedang berlaku sekarang ini adalah gambaran nyata betapa bengkrapnya tahap moral dan maruah organisasi dan parti yang didokongnya – Umno.

Demikian dakwa Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.


PKR juga, kata Muhamad Nor, melihat bahawa tindakan akhbar ini adalah manifestasi dari desperado dan tekanan tidak terkawal yang dihadapi Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat melaluiBersih 3.0 dan letusan isu rasuah RM3 bilion dalam isu pembelian scorpene yang sedang hangat diperkatakan rakyat sekarang ini.

Ia juga mengesahkan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno kini sedang ketandusan ahli bijak pandai dan golongan profesional sebagai penerus kepimpinan dan perjuangannya.

"Apa yang dilakukan ini, hanyalah penerusan kepada budaya tahyul, liar dan lucah yang menjadi anutan agensi tersebut yang telah diamalkan sekian lama melalui pelbagai penerbitannya," dakwa beliau.

Katanya, strategi yang sama telah pun digunakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri fitnah seksual sejak 1998 lagi, selepas gagal mencari isu lain yang bolehm enjatuhkan beliau.

Namun, usaha yang dilakukan untuk memudarkan sinar kepimpinan tokoh ini tetap gagal berterusan kerana rakyat Malaysia nyata lebih bijaksana dalam menilai hakikat dan kebenaran.

Adalah jelas, kata beliau, Umno dan semua media pendokongnya tidak mempedulikan apakah implikasinya kepada generasi muda yang masih bersih dan belum mengerti apa-apa apabila fitnah seperti ini disebarkan secara terbuka dan berleluasa.

"Keadilan berpendirian bahawa dengan melihat data peningkatan pelbagai gejala keruntuhan moral yang begitu ketara sejak dekad mutakhir ini- seperti zina, gay, lesbian, pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah–nyata sekali ia adalah kesan buruk dari gejala fitnah seksual yang diamalkan ini.

"Hakikatnya, Umno dan Utusan telah melakukan satu jenayah besar kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya dalam hal ini dan mereka perlu bertanggungjawab keatasnya," katanya.

Harakah Daily

Bapa 4 anak dipenjara hantar mesej lucah

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - “Bagi saya awak ‘best of the best’, biarlah awak janda pun, ikhlas dari hati saya bagitahu.”

Itu antara isi kandungan khimat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar seorang buruh yang gila bayang selepas ‘merindui’ penangan urutan tangan seorang janda beranak satu.

Bukan itu sahaja, bapa kepada empat anak itu juga kerap mengganggu janda berkenaan dengan menghantar SMS dan MMS berbaur lucah.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral tertuduh, Mohd Ruslaini Rais, 49, akhirnya menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang mengaku bersalah dengan sengaja mengaibkan kehormatan terhadap mangsa, 40, melalui SMS dan MMS berunsur lucah pada 28 Disember tahun lalu kira-kira jam 6.11 petang di sebuah kedai makan di Kuala Ibai, di sini.

Tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa sedang makan bersama rakannya dan menerima SMS daripada nombor telefon tidak dikenali dipercayai milik tertuduh.

Disebabkan tidak tahan dengan gangguan tertuduh, mangsa yang bekerja sebagai tukang urut profesional itu mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu.

Susulan laporan dibuat, tertuduh ditangkap di kediamannya pada 9 April lalu, kira-kira jam 4 pagi.

Sinar Harian

BERSIH 3.0

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Tika rakyat dibungkam arah

semburan tajam air beracun

mengentalkan daya juang

menghambat kegerunan

di dada menguasa.

Soldadu juang rebah berdarah

kekejaman menguningkan jiwanya

para menggenggam api bersih

akan meredah jalanan

lebih gagah dan berwaspada.

Penguasa kekal bangga

dengan belantan syaitannya.

Apilah membakar

segala ruang rasa

baranya tak pernah padam.

Nukilan: Suhaimi Taib
Kuala Terengganu
3 Mei 2012.

Kena tembak selepas beli gula-gula

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

NASRUR yang cedera dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang wanita tidak menyangka jeritan jiran memberitahu ada orang kena tembak di Taman Sentosa Jaya, Badang dekat sini semalam rupa-rupanya membabitkan suami sendiri yang cedera ditembak oleh dua lelaki berpakaian serba hitam.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Nasrur Alimin Mohamad, 34, ditemui cedera parah akibat terkena beberapa das tembakan di betis kanan dan ditetak di kepala dan pergelangan tangan kanan.

Cerita isteri mangsa, Ira Shamimi Shamsuddin, 24, sebelum kejadian, suaminya yang bekerja sebagai pembekal peralatan makmal di hospital di sini singgah di sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya untuk membeli kad tambah nilai prabayar dan gula-gula sebelum pergi ke tempat kerjanya di sini.

“Tidak lama selepas suami keluar rumah, saya terdengar bunyi letupan bagaikan mercun menyebabkan saya keluar dari rumah untuk melihat apa bunyi itu.

“Sebaik saya jenguk ke luar rumah, saya nampak pemilik kedai runcit itu melambai-lambaikan tangan ke arah saya dan dalam masa sama saya terdengar jiran menjerit ada orang kena tembak,” cerita Ira yang tidak bekerja ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Kata Ira lagi, dia kemudian cuba menghubungi suaminya untuk memberitahu kejadian tersebut tetapi panggilan itu tidak dijawab sebelum ada jiran datang ke arahnya dan memaklumkan suaminya cedera terkena tembakan.

kosmo/-

Syarikat Razak Baginda di HK mencurigakan - Asia Sentinel

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya.

(Abdul Razak dan isteri didakwa pemilik syarikat misteri di Hong Kong)

Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan.

Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia.

Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.

Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.

Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.

Temuramah Najib

Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemuramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda.

“Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan,” tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka.

Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah dikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya.

Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris.

Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.
Perimekar kini dimiliki 20 peratus setiap satu oleh LTAT and Boustead Holdings.

Menurut laporan Agence France Press (AFP), siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002.

Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen:

Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta;

Dan kedua ialah mengenai penghantaran "sokongan logistik" dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang.

Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta).

Yang ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi.

Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia.

“Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda,” tambahnya.

Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, “Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera.”

“Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda,” tulis beliau.

Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong.

harakahdaily/-

Cina Islam cecah klik 15 juta, terima kasih kepada semua.

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Sekitar jam 10.00 pagi tadi, alhamdulillah blog Cina Islam telah berjaya mencecah klik ke 15 juta selepas ianya mula beroperasi pada penghujung tahun 2007.

Selepas hampir 4 tahun blog ini dibangunkan semasa saya masih menetap di China pada musim sejuk tahun 2007 ternyata ianya menjadi lebih dikenali bila krisis Perak meletus.

Saya agak bersetuju bila dikatakan blog agak kurang diminati apabila twitter dan facebook lebih cepat dapat menyalurkan maklumat. Namun saya bersyukur kepada Allah yang masih memberi kekuatan kepada kami untuk bersaing sebagai wadah penyalur maklumat terkini.

Semasa krisis Perak memuncak dengan siri sidang DUN yang mendapat perhatian dari banyak pihak. Pengunjung terbesar ialah semasa sidang DUN 7 Mei 2009 dengan hit mingguan mencecah hampir sejuta klik.

Sesungguh tidak ada sesuatu pencapaian yang boleh dibanggakan melainkan ianya adalah hasil sokongan dan jerih payah pelbagai pihak.

Oleh itu saya ucapkan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang tanpa mengira penat dan lelah memberi sokongan kepada blog ini.

Mudah-mudahan Allah terus memberi peluang kepada kita untuk terus beramal dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Khalil Idham Lim
Parit Buntar.
4 Mei 2012.

Umno belum mampu ubah politik rakyat Kelantan – Dr Agus

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Biar pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sering kali datang ke Kelantan, namun ia disifatkan penganalisis politik belum mampu mengubah pendirian politik rakyat negeri ini.

Ini dibuktikan sejak pilihan raya 1995 sehingga 2008, biar pun beberapa Perdana Menteri datang menawarkan pelbagai gula-gula, namun politik berpandukan agama lebih rapat di jiwa mereka.

Malah Umno Kelantan sudah bertukar pengerusi perhubungan lima kali sejak 1990 sehingga sekarang, dan kenyataan mampu merampas Kelantan seringkali dihaburkan, namun realitinya tidak ke mana-mana.

Ketua Jabatan Sains Politik UKM, Datuk Prof Madya Dr Muhamad Agus Yusof berkata, berdasar kepada pengamatannya sukar untuk Umno mengulangi sejarah 2004 bagi merapatkan kedudukan dengan PAS.

“Biar pun nampak pelbagai strategi digunakan, aktiviti parti dilaksanakan, bagi saya amat sukar untuk Umno mahu merealisasikan hasrat menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

“Memang diakui nampak gerak kerja Umno begitu giat dilaksanakan kebelakangan dalam misi menawan Kelantan, namun ia belum cukup kuat untuk menarik sokongan majoriti rakyat,” katanya pada temubual bersama KTV di sini, baru-baru ini.

KTV merupakan web televisyen milik Unit IT PAS Kelantan kini beroperasi di Jalan Kota Darulnaim. Sehingga kini pelbagai tokoh mengisi segmen tersebut termasuk aktivis pelajar masa kini, Adam Adli. Tembual itu boleh diikuti di Youtube KTV.

Hari ini Perdana Menteri melawat Kelantan untuk kali kedua tahun ini. Pagi ini Najib merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia dan projek Agropolitan di Gua Musang, manakala pada sebelah petang merasmikan RTC yang diubah nama daripada Terminal Agrobisnes Negara di Tunjung.

Pada April lalu Muhyiddin juga mempunyai jadual padat melawat Kelantan menemui penyokong Umno dan kakitangan kerajaan persekutuan.

Kedatangan Perdana Menteri hari ini juga disambut dengan sepanduk tuntutan royalti minyak serta pilihan raya adil dan bebas oleh anak-anak muda.

Dr Agus anak tempatan kelahiran Machang berkata, rakyat Kelantan lebih dekat dengan parti yang mampu menawarkan panduan agama dan pembangunan setempat.

“Sehingga kini hanya PAS yang nampak berupaya melaksanakan hasrat itu biar pun pembangunan yang dibawa kerajaan pusat lebih besar. Bagi saya parti yang mampu menawarkan kedua-dua sekali lebih menjadi pilihan rakyat Kelantan,” ujarnya.

Harakah Daily

Panel bebas: Kerajaan cuba ketepikan Suhakam

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan sengaja mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila hendak menubuhkan panel siasatan bebas yang lain untuk menyiasat perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Itu kerja Suhakam. Kenapa ketepikan Suhakam dan tubuh pula kononnya panel siasatan bebas untuk siasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu?

"Apa perlu panel siasatan itu sedangkan Suhakam telah membuktikan ia menjalankan kerjanya dengan professional," beliau mempersoalkan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan tindakan itu sebagai bukti nyata bahawa kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak menghargai kewujudan Suhakam malah terangan-terangan menunjukkan rasa tidak percaya kepada suruhanjaya tersebut.

"Mengapa kerajaan terang-terang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam?

"Adakah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaannya marah dan sakit hati sangat kerana merasakan pendengaran Suhakam sebelum ini tidak menyebelahi pihak mereka," soal Mahfuz lagi.

Tindakan kerajaan yang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam itu seolah-olah sengaja mahu mendorong masyarakat antarabangsa khususnya meragui kemampuan suruhanjaya itu, katanya.

"Kerajaan nampaknya tidak mahu mengiktiraf peranan Suhakam sebagai pelindung hak asasi semua pihak termasuk pihak polis sendiri," katanya.

Beliau juga bimbang kerajaan sengaja menolak peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Suhakam untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu kerana mahu mencari pihak yang boleh melindungi jenayah yang dilakukan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu.

"Adakah kerajaan sengaja hendak mencari orang yang boleh berkerjasama untuk melindungi apa yang dilihat umum sebagai jenayah kerajaan Umno dan sebahagian anggota polis yang bertindak kejam dan ganas terutama yang mengarahkan tindakan sedemikian terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu?" tanya Mahfuz.

Beliau menyifatkan tindakan mengetepikan Suhakam itu menambahkan lagi keyakinan masyarakat termasuk masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan cuba melindungi keganasannya dari disiasat secara bebas, bersih dan adil.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.

Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika.

Harakah Daily

Pisang berbuah di batang

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BACHOK – Seorang petani terkejut setelah melihat pisang nangka yang ditanamnya beberapa bulan lalu, mengeluarkan buah di bahagian batangnya­ di Kampung Kubang Keladi, semalam.

Mat Hassan Mat Noh, 64, berkata, pada mulanya dia tidak perasan mengenai pisang itu sehinggalah dua minggu lalu.

“Dua minggu lalu, ketika saya datang untuk membersihkan kebun yang terletak di belakang asrama Sekolah Menengah Teknik itu, saya lihat pokok pisang nangka itu mengeluarkan buah di batangnya.

“Sepanjang empat tahun saya mengusahakan tanaman pisang ini sebagai pendapatan sampingan, inilah pertama kali saya melihat kejadian seperti ini dan ia adalah pengalaman manis dalam hidup saya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, tanaman­ pisang di kebun yang berkeluasan 1.21 hektar itu sentiasa dipantau olehnya untuk membolehkan tanaman pisang membesar dengan baik tanpa diserang perosak.

“Pisang di kebun saya ini sentiasa dijaga dengan rapi dan dibaja dengan baik untuk memastikan kualitinya terjamin apabila dipasarkan.

“Memandangkan ini adalah kejadian pertama kali berlaku di kebun yang saya usahakan­, saya ingin melihat hasil pisang itu sehingga ia matang.

"Saya harap ia tidak akan dirosakkan oleh haiwan perosak dan sebagainya sehingga tempoh itu,” katanya.

Selain mengusahakan tanaman pisang, Mat Hassan juga mengusahakan tanaman padi berhampiran kediamannya.

Menurutnya, dia gemar berbakti kepada tanah untuk menambahkan pendapatan keluarga, di samping mengisi masa lapang.

"Dengan bertani saya dapat menggunakan masa terluang dengan aktiviti berfaedah sekali gus dapat menyihatkan tubuh badan. Malah kejadian pisang berbuah di batang , ini saya berpendapat ia ada hikmahnya," katanya.

Sinar Harian

The Reds buru Piala FA

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BERJAYA merangkul Piala Carling, Liverpool kini memburu Piala FA bagi mencatat kemenangan berganda dalam melengkapkan kempen musim ini.

Dibelenggu tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris, kapten The Reds, Steven Gerrard percaya kemenangan dalam pusingan akhir Piala FA esok mampu mengembalikan semula keyakinan mereka, sekali gus menjadi kenangan bermakna buat pasukan.

“Kami mungkin tidak berada dalam kedudukan teratas liga, namun dengan adanya dua piala kemenangan dalam gengga­man, kami pasti mampu menghadapi laluan sukar menjelang perlawanan akan datang dalam keadaan selesa,” katanya.

Sinar Harian

Chelsea laluan sukar

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KETINGGALAN empat mata dibelakang Newcastle dan Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea perlu menang perlawanan­ akhir Liga Juara-Juara, 19 Mei depan untuk layak secara automatik ke kejuaraan sama musim depan.

Pengurus The Blues, Roberto Di Matteo mengakui sukar bagi pasukannya untuk mendaki ke kelompok empat pasukan terbaik memandangkan saingan EPL hanya berbaki dua perlawanan.

“Pemain sudah bekerja keras sepanjang dua bulan. Ini adalah perlawanan keenam kami dalam tempoh 17 hari. Kesungguhan pemain masih ada dan mereka telah bermain dengan baik,” katanya.

Di Matteo bagaimanapun bakal melakukan perubahan ke atas The Blues pada aksi menentang Liverpool.

Sinar Harian

Cina Islam cecah klik 15 juta, terima kasih kepada semua.

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Sekitar jam 10.00 pagi tadi, alhamdulillah blog Cina Islam telah berjaya mencecah klik ke 15 juta selepas ianya mula beroperasi pada penghujung tahun 2007.

Selepas hampir 4 tahun blog ini dibangunkan semasa saya masih menetap di China pada musim sejuk tahun 2007 ternyata ianya menjadi lebih dikenali bila krisis Perak meletus.

Saya agak bersetuju bila dikatakan blog agak kurang diminati apabila twitter dan facebook lebih cepat dapat menyalurkan maklumat. Namun saya bersyukur kepada Allah yang masih memberi kekuatan kepada kami untuk bersaing sebagai wadah penyalur maklumat terkini.

Semasa krisis Perak memuncak dengan siri sidang DUN yang mendapat perhatian dari banyak pihak. Pengunjung terbesar ialah semasa sidang DUN 7 Mei 2009 dengan hit mingguan mencecah hampir sejuta klik.

Sesungguh tidak ada sesuatu pencapaian yang boleh dibanggakan melainkan ianya adalah hasil sokongan dan jerih payah pelbagai pihak.

Oleh itu saya ucapkan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang tanpa mengira penat dan lelah memberi sokongan kepada blog ini.

Mudah-mudahan Allah terus memberi peluang kepada kita untuk terus beramal dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Khalil Idham Lim
Parit Buntar.
4 Mei 2012.

Mangsa diserang dua lelaki ketika membeli kad prabayar

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Seorang lelaki, cedera ditembak dan ditetak dari jarak dekat oleh dua lelaki yang tidak dikenali selepas keluar membeli kad prabayar dan gula-gula di Taman Sentosa Jaya, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Badang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mohd Nasrur Alimi Mohamad, 35, yang berasal dari Kampung Raja, Jertih, Terengganu ditembak di betis dan turut diserang dengan senjata tajam jenis Kelewang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sedang mengesan dua lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa berwarna perak disyaki melepaskan tembakan serta menetak mangsa.

“Dipercayai kedua-dua suspek turut memakai helmet dan jaket hitam dan polis turut menjumpai empat kelongsong peluru berukuran 9 milimeter (mm) di kawasan kejadian.

“Pistol yang digunakan kedua-dua suspek terbabit juga berwarna perak dan kini kita giat memburu kedua-dua pemuda tersebut,” katanya kepada pemberita.

Saksi kejadian, Nor Khairun Nisha Mohd Yusof, 22, berkata, semasa kejadian, dia berada di dalam kedai membantu ibunya, Azizah

Yusof, 49, sebelum terdengar bunyi letupan sebanyak tiga kali dan keluar melihat keadaan di luar.

“Saya bersama ibu segera keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku, namun tergamam apabila melihat Abang Yo (panggilan kepada Mohd Nasrur) yang baru keluar daripada kedai selepas membeli kad prabayar, ditetak seorang lelaki yang memakai helmet dan berjaket hitam.

“Penjenayah itu juga turut mengacukan senjata tajam kepada ibu saya sebagai amaran dan sempat melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum bertindak melarikan diri selepas mencederakan Abang Yo,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Ira Shamimi Syamsuddin, 24, berkata, ketika kejadian, suaminya yang bekerja sebagai pembekal kepada sebuah hospital baru keluar dari rumah dan menuju ke sebuah kedai runcit untuk membeli kad prabayar.

“Tiba-tiba, saya terdengar beberapa letupan seperti mercun dan segera keluar daripada rumah untuk melihatnya sebelum anak pemilik kedai tersebut memaklumkan ada orang kena tembak.

“Saya yang terkejut segera menelefon suami, namun tak menyangka Nasrur yang menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Ira Shamimi berkata, sebelum kejadian tersebut berlaku dia turut terlihat kelibat kereta Kelisa itu lalu di hadapan rumahnya, namun tidak menyangka mereka adalah penjenayah.

Sinar Harian

Pemimpin BN gelabah, meracau dan hilang akal berhadapan dengan kuasa rakyat

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Perdana Menteri dan para Jemaah Menteri UBN amat khuatir dengan kebangkitan rakyat melalui kuasa demonstrasi jalanan seperti BERSIH 3.0, mereka gelabah, meracau dan hilang akal berhadapan dengan kuasa rakyat seperti yang diterjemahkan melalui BERSIH 3.0.

Buktinya jelas apabila kenyataan antara mereka saling bercanggah bila Hishamuddin menyatakan POLIS merampas kamera wartawan adalah mengikut SOP manakal Ketua Polis pula menyatakan sebaliknya.

Disebabkan mereka terlalu lama duduk di singgahsana dengan menyalah gunakan amanah rakyat dan telah berlalu selama puluhan tahun sehingga menyebabkan mereka berasa gah dan besar diri .

Umno Bn fikir rakyat Malaysia masih ditahap pemikiran lama dan boleh membiarkan mereka terus dikonkong oleh pemberitaan yang berat sebelah.

Umno BN telah pun ‘gah’ di mata rakyat sejak era merdeka lagi, sehingga kini parti itu bertahan sebagai pemerintah selama lebih 50 tahun, tetapi adakah mereka makin kuat?, jawapannya sudah pasti tidak kerana saban tahun kita lihat sokongan rakyat telah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Persoalannya adakah mereka (UBN) sedar hakikat ini? bolehlah kita kata bahawa UMNO BN masih belum sedar malah semakin tidak sedarkan diri, contohnya kita boleh ambil di negeri Perak dalam isu rampasan kuasa pada 2009 lalu.

Saya ingin mengingatkan kepada UMNO BN supaya jangan pandang enteng terhadap suara dan kuasa rakyat.

Rampasan kuasa adalah satu kesilapan besar UMNO BN yang telah terpahat di ingatan rakyat Perak.

Pakatan Rakyat Perak amat yakin mampu mengambil alih semula Perak dari Barisan Nasional, rakyat pasti tidak akan memaafkan pencabulan demokkrasi UMNO BN merampas Perak.

Syabas kepada seluruh rakyat yang telah berjaya menyuarakan hak di jalanan setelah melihat kepincangan dan penipuan BN sedang memuncak sebelum PRU 13 yang bakal menjelang.

Saya yakin UMNO BN tidak berjaya untuk menghalang kuasa rakyat yang mahukan perubahan apa lagi untuk menafikan hak seluruh warga malaysia yang cintakan keadilan.

Pastinya rakyat tidak akan tertipu dengan laungan pemimpin Umno yang mengatakan Pakatan menghasut dan sebagainya, mimpi ngeri mereka (UBN) ialah apabila rakyat bijak dan kaya dengan maklumat semasa.

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.