04 Mei 2012

Cina Islam cecah klik 15 juta, terima kasih kepada semua.

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Sekitar jam 10.00 pagi tadi, alhamdulillah blog Cina Islam telah berjaya mencecah klik ke 15 juta selepas ianya mula beroperasi pada penghujung tahun 2007.

Selepas hampir 4 tahun blog ini dibangunkan semasa saya masih menetap di China pada musim sejuk tahun 2007 ternyata ianya menjadi lebih dikenali bila krisis Perak meletus.

Saya agak bersetuju bila dikatakan blog agak kurang diminati apabila twitter dan facebook lebih cepat dapat menyalurkan maklumat. Namun saya bersyukur kepada Allah yang masih memberi kekuatan kepada kami untuk bersaing sebagai wadah penyalur maklumat terkini.

Semasa krisis Perak memuncak dengan siri sidang DUN yang mendapat perhatian dari banyak pihak. Pengunjung terbesar ialah semasa sidang DUN 7 Mei 2009 dengan hit mingguan mencecah hampir sejuta klik.

Sesungguh tidak ada sesuatu pencapaian yang boleh dibanggakan melainkan ianya adalah hasil sokongan dan jerih payah pelbagai pihak.

Oleh itu saya ucapkan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang tanpa mengira penat dan lelah memberi sokongan kepada blog ini.

Mudah-mudahan Allah terus memberi peluang kepada kita untuk terus beramal dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Khalil Idham Lim
Parit Buntar.
4 Mei 2012.

Tiada ulasan: