12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
NASIB malang terus menghambat pasukan Terengganu apabila mereka bukan sahaja gagal mara ke final Piala FA selepas tewas di tangan Sime Darby 2, malah kini mereka turut ‘kehilangan’ pengendali, Mat Zan Mat Aris yang direhatkan seketika, berkuat kuasa semalam sehingga 15 Mei ini.
Sepanjang ketiadaan Mat Zan, tugasnya akan diambil alih penolongnya, Khalid Mohd Dahan bagi membimbing skuad Penyu dalam mengharungi beberapa siri perlawanan termasuk Liga Super dan Piala AFC.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang juga Pengurus Pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan merehatkan sementara ketua jurulatih skuad Penyu itu dibuat atas persetujuan semua pihak, termasuk Mat Zan sendiri dalam mesyuarat pengurusan persatuan itu kelmarin.
Menurutnya, keputusan yang diambil itu adalah perkara biasa dalam sesebuah persatuan bagi memberi peluang kepada pemain serta pasukan untuk meningkatkan prestasi mereka.
“Tujuan kami bukan untuk mencari kesalahan sesiapa tetapi kami mahukan yang terbaik untuk pasukan. Tidak wujud masalah dalaman antara mana-mana pihak dalam persatuan mahupun pasukan.
“Biasalah, apabila prestasi sebelum ini agak merosot, kita terpaksa ambil langkah terbaik termasuk merehatkan Mat Zan untuk sementara dan beliau sendiri telah menerima keputusan ini dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Che Mat memaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu, Khalid akan mengendalikan skuad Penyu yang dijadualkan akan mengharungi tiga perlawanan Liga Super (Perak, Felda United dan Sarawak) selain kejohanan merebut Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Katanya, Terengganu akan melayan kunjungan Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah hari ini diikuti perlawanan kedua menentang kelab Kitchee FC di Hong Kong pada 9 Mei nanti.
“Kita juga akan mengadakan perbincangan selanjutnya berhubung perkara itu bagi menentukan kedudukan Mat Zan sama ada akan meneruskan khidmatnya selepas 15 Mei ini atau sebaliknya,” katanya.
Sementara itu, Mat Zan gagal dihubungi bagi mendapatkan reaksinya berhubung perkara itu.
Kemerosotan prestasi pasukan Terengganu dalam mempertahankan kejuaraan Piala FA musim lalu memuncak setelah tewas 6-1 di tangan Selangor dalam perlawanan Liga Super dan menerima kritikan hebat termasuk penyokong skuad Penyu sendiri.
Pun begitu, Terengganu bangkit semula apabila berjaya mencatatkan kemenangan dan mara ke pusingan kedua Piala AFC selepas menewaskan Song Lam Nghe An dari Vietnam.
Namun skuad Penyu sekali lagi merudum, kali ini lebih perit apabila gagal dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA musim lalu setelah tewas dengan agregat 1-2 kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selasa lalu.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan