12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Semasa program sembang santai blogger dan wartawan dengan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ulu Yam, Selangor, petang Ahad lalu, sehari selepas himpunan Bersih 3.0, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menekankan soal "keajaiban" dan sumbangan besar media baru.
Suatu waktu dahulu, ketika berdepan asakan dan serangan berterusan media yang dikawal mutlak elit pemerintah, parti-parti pembangkang yang dinafikan hak untuk "bermain di atas padang sama rata" terasa begitu perit sekali. Tiada langsung peluang untuk menjawab segala tohmahan.
Namun, dalam suasana langit terbuka dan penemuan gajet baru yang lebih sofistikated, proses pendemokrasian semakin mudah untuk menjadi lebih matang, teruji dan menyeluruh. Setiap pihak mempunyai ruang untuk berbicara mengemukakan hujah, menjelaskan kekeliruan, sekali gus menyanggah fitnah.
Lebih menarik apabila gambar-gambar yang dirakam, tidak terbatas oleh jurufoto profesional, malah rakyat biasa, terutama yang disiarkan melalui YouTube, tambah menyemarakkan lagi usaha menumbangkan kerajaan zalim.
Contoh ketara, kebangkitan dunia Arab membuktikan diktator rakus kecundang apabila maklumat tidak dapat lagi dimonopoli elit penguasa. Segala tindakan di luar batas kemanusiaan, termasuk mengakibatkan kematian dan kecederaan parah ke atas penunjuk perasaan, seperti di Medan Tahrir, tersebar luas ke seluruh dunia dalam sekelip mata.
Terbaru, demonstrasi raksasa 28 April lalu, di sekitar Dataran Merdeka, yang menghimpunkan -- paling kurang -- suku juta rakyat prihatin, bukan saja mencatatkan sejarah baru perjuangan menuntut hak di Malaysia, malah mendedahkan ketakutan regim pemerintah terhadap pembongkaran tindakan ganas pasukan polis.
Rakyat bangkit serentak, berganding bahu, membentuk gelombang kuning yang melaut, dengan gaya santai tapi penuh bersemangat, menuntut reformasi menyeluruh ke atas sistem dan proses pilihan raya yang bersih dan adil.
Dari perspektif lain, benar sekali ungkapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, semasa mengulas Bersih 3.0, bahawa transformasi Perdana Menteri Najib Razak kali ini begitu berjaya sekali: "Najib berjaya menukar imej polis daripada kurang ganas kepada lebih ganas. Ya, lebih ganas daripada aksi polis regim Israel kepada penduduk Palestin. Lihatlah video yang merakamkan adegan ganas polis itu, yang banyak tersebar dalam internet."
Perhimpunan dan juga perarakan yang berjalan secara aman, teratur, berdisiplin dan lancar sehingga jam 2 petang, bertukar menjadi kecoh, kelam-kabut dan huru-hara. Anggota polis yang mulanya nampak mesra bertukar watak (atau kembali kepada 'fitrah' sebenar?); dalam keadaan tertentu lagak mereka seperti samseng upahan yang tidak berakal, rakus dan ganas menyambar mangsa, membelasah tanpa belas kasihan.
Tidak cukup dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air, yang mengasak lokasi sendat peserta demonstrasi, ditambah dengan maki hamun, sepak terajang dan aksi brutal lainnya. Ya, lebih 250,000 orang mengisi ruang yang sempit dan kemudiannya ditembak gas dan air kimia. Ke mana arah untuk menyelamatkan diri?
Lebih dahsyat dan keji, apabila video-video yang disiarkan dalam internet membuktikan begitu banyak sekali aksi provokasi pihak polis, yang tujuan akhirnya untuk menukar situasi aman dan terkawal itu menjadi "panas dan ganas", bagi memenuhi niat jahat taukeh-taukeh politik yang gelabah menunggu tarikh Parlimen dibubarkan.
Anggota polis, mungkin daripada cawangan khas (SB), yang berpakaian preman, termasuk wanita -- malah ramai di antara mereka turut berbaju kuning dan menjeritkan slogan reformasi pilihan raya -- dikenal pasti menjadi agen provokator yang kelihatan begitu proaktif. SB ini cuba merangsang peserta demonstrasi bertindak lebih agresif di luar kawalan.
Rupa-rupanya inilah strategi elit pemerintah (mungkin dengan bantuan pakar luar negara, seperti Apco) yang dirancang lebih awal, bagi menggambarkan perjalanan Bersih 3.0, "yang diterajui NGO dan disokong pembangkang", sebagai kotor dan tidak bertamadun, sekali gus menghitam-legamkan imej Pakatan Rakyat.
Anda lihat sendiri tajuk utama di muka depan semua akhbar harian esoknya, Ahad, 29 April. Senada saja. Sama ada mendapat arahan "pihak atasan" atapun sememangnya setiap ketua editor akhbar yang dikontrol ketat Umno itu sudah "faham sangat" apa yang dikehendaki Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.
Gambar yang dipilih juga serupa, iaitu kereta polis diterbalikkan, satu imej global tentang keganasan "para perusuh". Tanpa menunggu lama, Buletin Utama TV3 pada malamnya juga sudah memulakan kempen memburuk-burukkan pejuang demokrasi itu, yang kemudiannya berlangsung berhari-hari.
Cerita latar sebelum kereta Waja itu diterbalikkan langsung tidak dijelaskan, malah dipadamkan. Sekali lagi, YouTube banyak membantu mencerahkan. Kita dapat melihat bagaimana kereta polis itu, dari arah Kompleks Pertama atau Jalan Dang Wangi, yang mulanya perlahan, tiba-tiba dipandu laju dan melencong meluru ke arah pejalan kaki di sebelah kompleks membeli-belah Sogo.
Tiga empat orang melambung dilanggar. Salah seorang daripadanya, Su Kuang Hong, 25, seperti dilaporkan Malaysiakini, berkata beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.
Proton Waja polis itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.
Cuba bayangkan, dalam suasana tegang sejurus selepas ditembak pemedih mata, meriam air dan sebahagiannya dipukul atau sekurang-kurangnya belum dapat menarik nafas lega dikejar, mereka menyaksikan pula kereta polis melanggar rakan-rakan yang lain. Jika turut di situ, apa reaksi spontan anda?
Wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli, yang berada di tempat kejadian merakamkan:
"Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut.
"Saya nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo. Individu yang saya lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.
"Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut. Saya turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka.
"Saya juga mendengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu."
Pada hemat saya, insiden itu sebenarnya mungkin dirancang dengan teliti, dan merupakan salah satu elemen provokasi yang cukup berbahaya, agar himpunan itu tidak berakhir secara mudah dan aman, apatah lagi memberikan imej baik dan positif kepada Bersih 3.0. Tegasnya, pihak polis sengaja mengundang kemarahan demonstran supaya mereka bertindak "gila".
Beberapa minit sebelum itu, sebuah kenderaan polis, juga merempuh kawasan hampir sama, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, berdekatan Sogo. Ia nyaris melanggar orang ramai ketika membuat belokan tajam ke lorong sebelah kanan, bersebelahan kompleks membeli-belah itu. Satu lagi bukti provokasi polis yang diperalatkan regim yang sedang meniti saat-saat sakratul-maut!
Sesungguhnya pentas Bersih 3.0 adalah medan terakhir Umno-BN melancarkan serangan terhadap pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang cukup kritikal itu. Motif Najib untuk tidak menyekat demonstrasi itu, seperti dilakukannya semasa Bersih 2.0, juga sarat dengan kepentingan politik.
Saya dimaklumkan bahawa ketua-ketua editor telah dipanggil ke Bukit Aman, pada Jumaat, 27 April, sehari sebelum perhimpunan. Khabarnya Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sendiri memberikan taklimat dan arahan. Pastinya berkaitan dengan liputan media terhadap demonstrasi Bersih 3.0.
Menurut Naib Presiden KeADILan, N Surendran: "Kami diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan bagaimana melaporkan keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis. Pihak polis dengan jelas mengikut telunjuk KDN apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari."
Wartawan Harakah Kedah, Izwan Abdul Halim, turut ditangkap dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak. Kamera beliau yang banyak merakam sudut menarik demonstrasi dirampas dan memori kadnya tidak dikembalikan selepas beliau dibebaskan pada awal pagi Isnin. Satu bentuk pencabulan dan gangguan melampau terhadap kerjaya seorang pemberita.
Ramai lagi pengamal media menghadapi nasib sama, malah lebih buruk apabila ada yang diganasi polis berunifom, walaupun selepas memaklumkan mereka adalah wartawan, di samping menunjukkan kad akreditasi media, seperti dialami pembantu editor Merdeka Review edisi Mandarin, Chen Shaua Fui. Tiada langsung rasa hormat polis terhadap wartawan.
"Selepas ini kita pun tak perlu lagi menghormati kerja polis," marah seorang editor kanan sebuah akhbar harian.
Wartawan The Sun, Mohd Radzi Abdul Razak, 27, dicederakan oleh lapan anggota polis semasa membuat liputan, sekitar jam 7 malam, berdekatan waterfall persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.
Beberapa wartawan lain berdekatan menjerit berulang kali, "Press! Media!", namun kumpulan polis itu terus menyerang Mohd Radzi. Beliau terpaksa dirawat dalam wad Hospital Kuala Lumput.
Begitu juga dengan nasib jurugambar Malay Mail, Arif Kartono, yang ditumbuk oleh polis dan kameranya dipecahkan. Wartawan Malaysiakini, Koh Jun Lin, pula ditahan dan peralatan kameranya dirampas.
Turut dirampas kamera ialah P Malayandy, jurufoto akhbar Tamil, Makkal Osai, selain dicederakakan lima anggota polis. Huang An Jian, juga jurugambar, sebuah akhbar Cina, Guang Ming Daily, ditangkap ketika merakam kejadian demonstran ditahan.
Malah wartawan antarabangsa, Harry Fawcett daripada Al-Jazeera pun tidak terkecuali, apabila beliau dikasari semasa mengambil gambar polis sedang memukul peserta perhimpunan. Kameranya juga rosak dan beliau terpaksa menggunakan iPad untuk melaksanakan tugasannya.
(Seorang rakan melontarkan persoalan sedikit berbeda: "Makin lama melihat rakaman Bersih 3.0 di YouTube, makin banyak terdedah aksi ganas polis, tapi apakah betul semua mereka itu polis ataupun ahli Umno diberi baju polis. Semasa saya berjalan dari Brickfield ke Masjid Negara dan seterusnya Masjid Jamik, saya nampak ramai polis bantuan. Saya rasa mereka itu ahli Umno." Saya membalas SMS sahabat saya itu: "Tidak mustahil, bukankah ada kemusykilan mengapa ramai polis hari itu tidak pakai tanda nama?")
Sehubungan itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) menggesa supaya siasatan ke atas dakwaan serangan polis terhadap wartawan itu dijalankan jawatankuasa bebas dan bukannya pasukan polis.
Ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta bertentangan dengan hak wartawan untuk melakukan tugas dalam susana dan persekitaraan aman. Biarlah jawatankuasa tersebut memanggil anggota polis yang terlibat dan para wartawan dan jurugambar untuk memberi keterangan supaya orang ramai akhirnya mengetahui apa yang berlaku," kata Presiden NUJ, Chin Sung Chew.
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) memandang serius pencabulan ketara terhadap tugas wartawan ini. Semasa KAMI aktif memperjuangkan akses media yang adil dan saksama buat semua parti yang bertanding dalam PRU13 nanti, insiden 28 April itu menggambarkan Malaysia, dari sudut kebebasan akhbar, sedang berundur ke belakang.
KAMI turut memberi sokongan padu kepada insiatif NGO media yang lain, yang begitu prihatin dengan perkembangan menyedihkan itu, antaranya, Centre for Independent Journalism (CIJ) Malaysia.
Satu tragedi yang memalukan semasa dunia menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, pada 3 Mei ini!
KAMI juga sedang mengumpulkan bahan dan dokumen yang perlu bagi memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan kerajaan Malaysia, di atas insiden keganasan membabitkan warga media itu.
Kebebasan wartawan untuk melaksanakan tugas tanpa gangguan dan ancaman perlu dipertahankan. Ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara.
Saya telah merujuk hal ini kepada peguam Hanipa Maidin. Katanya, beliau akan menimbulkan "ancillary right", iaitu hak-hak tambahan (suplemantary rights) yang timbul daripada hak-hak utama (primary rights). Hak ini timbul daripada perkaitan yang munasabah dengan hak-hak utama.
Misalnya, kata Hanipa, hak bersuara adalah hak utama, dan daripada hak utama ini timbul hak kebebasan media dan hak wartawan menjalankan tugas tanpa gangguan dan ancaman. Kita perlukan perisytiharan mahkamah di atas hak wartawan tersebut.
Saya juga merasakan inilah masa sesuai bagi menilai semula, secara menyeluruh, sebarang undang-undang atau peraturan mengenai media di negara ini. Tidak cukup dengan pindaan kosmetik terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini, apabila konsep permit dan pemilikan akhbar masih tidak dirombak.
Mungkin pengalaman Amerika Syarikat, yang memperuntukkan dengan jelas, bukan saja peruntukan tentang kebebasan akhbar dalam perlembagaannya, tetapi juga melarang Kongres Amerika daripada menggubal undang-undang berkaitan dengannya.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan