12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KEDUDUKAN utama dalam liga bukan jaminan buat Pahang untuk berlapang dada bertemu Harimau Muda B yang menduduki tangga tercorot setakat ini.
Jurulatih, Dollah Salleh mahu anak buahnya berwaspada supaya kesilapan sama tidak berulang ketika seri menentang Perlis dan Pos Malaysia yang menyebabkan pasukan kerugian mata.
“Mereka tidak boleh ambil mudah kerana siapa jua lawan sama ada pasukan di kedudukan terbawah liga sekalipun perlawanan perlu diibaratkan seperti menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sime Darby.
“Komitmen dan disiplin penting kerana kemenangan pasukan sahaja yang dapat mengubah kedudukan kami dalam liga bukan melalui perbezaan jaringan,” katanya yang mengakui ATM dan Sime Darby penghalang utama untuk layak ke saingan Liga Super musim depan.
Yakin dengan kemampuan barisan pemain yang ditampilkan dalam kesebelasan utama, beliau berharap rentak kecemerlangan sama ketika menundukkan MBJB FC,16 April lalu sekali lagi ditampilkan pada perlawanan di laman sendiri, hari ini.
“Saya lihat ada peningkatan dan prestasi pemain juga meningkat, malah tidak mustahil untuk kami terus melakar kemenangan sekali lagi,” katanya.
Kehilangan kapten pasukan, Azamuddin Akil yang digantung dua perlawanan nyata tidak menggusarkan Dollah kerana bakal menurunkan Mohd Fauzi Rozlan untuk mengetuai jentera serangan untuk menggugat benteng pertahanan anak buah Ismail Ibrahim.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan