PRU 13 adalah detik bermulanya dimana rakyat tidak lagi boleh semudahnya diperalatkan oleh sang pemerintah zalim dan inilah peluang yang terbaik rakyat dapat menumbangkan BN sekaligus memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negara.
Terdapat 222 kerusi parlimen yang bakal dipertandingkan menjelang pilihanraya tidak lama lagi, berdasarkan rekod sejak tahun 1999, 2004 dan yang terakhir tahun 2008, jumlah pengundi untuk BN telah merosot dimana kira-kira 49% undi memihak kepada PR dan hasil 5 negeri telah berada dibawah Pakatan Rakyat.
5 negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan telah menampakkan suara mejorotinya memihak kepada Pakatan Rakyat, ini amat membimbangkan BN kerana kesannya mereka telah hilang kuasa untuk meneruskan kerja-kerja memperalatkan rakyat dan wang negeri yang mereka kalah..
Jika kita lihat kembali kepada Selangor sebagai contoh, yang mana negeri ini boleh kita ibaratkan Malaysia kedua, sejak ditadbir PR, jumlah wang tunai negeri telah meningkat dan telah mencecah hampir 2 bilion, inilah antara bukti bahawa rakyat tidak silap menggunakan undi mereka untuk memilih pemimpin yang adil serta jujur dalam soal mentadbir khususnya dalam soal menjaga aliran masuk wang kerajaan negeri.
Cuba lihat bagaimana Kerajaan Persekutuan mentadbir urus kewangan Negara, hasil dari matlamat utama mereka (Umno BN) mahu memperalatkan, dana Negara bukan sahaja seolah seperti jatuh ditimpa tangga, malah muka pula terpalit najis lembu, Perdana Menteri Najib Tun Razak pula apabila ditanya keadaan kewangan Negara dengan wajah bersahaja mengatakan ‘kita telah pulih’ dan sebagainya alasan yang tidak menyakinkan.
Buktinya kita boleh lihat dalam laporan audit Negara dan kita akan dapati sejumlah senarai pembaziran dana Negara yang membabitkan berbilion ringgit hilang entah kemana, dana tersebut jika dimanfaatkan khusus buat rakyat sebagaimana sepatutnya, saya amat yakin Negara ini kini seiring maju dan makmur seperti Negara-Negara Asia yang telah maju.
Pemimpin-pemimpin Umno BN sering menuduh bahawa Pakatan adalah ejen perosak Negara dengan menyifatkan rakyat yang bersama PR merupakan pihak yang bersubahat dengan perbuatan keji sambil menyatakan ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mahathir baru-baru ini.
Saya ingin mengingatkan BN bahawa perbuatan keji memperalatkan rakyat dengan menyalahgunakan dana awam demi kepentingan politik dan poket elit umno telah dikatahui umum, buatlah persiapan awal untuk kalah teruk dalam PRU akan datang.
Namun kita dipihak PR telah lama mengetahui sememangnya BN telah bersiap sedia dengan taktik penipuan secara besar-besaran untuk menang lagi pada PRU kali ini dengan memperkudakan SPR dan JPN.
Walaupun Umno BN punyai ‘sistem’ melalui SPR dan juga JPN, jika Allah berkehendak sesuatu maka tiada siapa pun dapat mengubah kerana doa jutaan rakyat yang telah dizalimi oleh kerajaan yang zalim makbul di sisi Allah SWT.
Pakatan Rakyat komited dan akan terus berusaha untuk mengambalikan semula kuasa rakyat yang telah selama hari ini diperalatkan oleh Umno BN yang semakin hilang kewarasan berfikir apabila berbicara soal hak rakyat.
Ingatlah suara dan undi rakya adalah lebih kuasa penentu untuk menentukan siapakah pemerintah Negara seterusnya membebaskan rakyat dari terus diperalat Umno BN.
Memberii peluang walaupun sepenggal lagi kepada BN adalah satu kesilapan kerana anda telah memberi kepada penipu untuk terus menipu.
4 Mei 2012
Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan