04 Mei 2012

13 maut, 120 cedera letupan bom di Dagestan

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MAKHACHKALA (Russia): Dua kenderaan meletup di luar balai polis Republik Dagestan, Russia meragut sekurang-kurangnya 13 nyawa serta mengakibatkan lebih daripada 120 cedera termasuk 15 cedera parah, demikian menurut pihak berkuasa wilayah itu, hari ini.

Pihak berkuasa negara itu mendakwa serangan terancang itu dilakukan pemberontak Islam di wilayah terbabit.

Katanya, pasukan penyiasat menemui mayat masing-masing seorang lelaki dan wanita yang dipercayai pengebom nekad.

Letupan pertama berlaku berdekatan balai polis trafik di mana membabitkan sebuah kereta yang dipanggil bagi melakukan pemeriksaan.

Kira-kira 25 minit kemudian, ketika lokasi letupan dipenuhi dengan pasukan penyiasat dan anggota polis, letupan kedua berlaku membabitkan van mini yang diletakkan di kawasan berdekatan. - AP

Tiada ulasan: