04 Mei 2012

Dayangku Intan dan TS Kadir meriah makan malam

12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayangku Intan dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berjaya memeriahkan makan malam anjuran Pemuda PAS Titiwangsa baru-baru ini.

Ucapan kedua-dua mereka berjaya memikat hadirin dan memberikan semangat kepada 250 peserta majlis itu untuk berubah.

Dalam ucapannya, Dayangku Intan menceritakan detik perubahannya yang membawa penghijrahannya ke dunia politik Pakatan Rakyat.

Dengan penuh keinsafan beliau mengajak para tetamu dan insan lain agar bersama berubah ke arah kebaikan.

Dunia glamour yang ditempuhinya ternyata tidak mendatangkan nilai apa-apa jika jiwa tidak mampu berubah ke arah kebaikan.

Kehadiran Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir (gambar bawah), bekas Menteri Penerangan menambah serikan suasana majlis tersebut.

Beliau tampil menceritakan pengalaman lampaunya selama berpuluh tahun di dalam Umno dan akhirnya keluar darinya kerana merasakan perjuangan Umno sekarang sudah lari dari matlamat perjuangannya.

Beliau turut berkongsi pengalaman dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan merasai sendiri penderitaan rakyat berkubang asap gas pemedih mata dan air water cannon.

Majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa dibuat sempena pelancaran Dana PRU ke 13 parlimen Titiwangsa.

Majlis yang dilangsungkan pada 30 April 2012 di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dilangsungkan dengan penuh meriah.

Peramian majlis disempurnakan oleh saudara Ahmad Sabky Yusof, Penolong Setiausaha Agung PAS bagi menggantikan Haji Salahuddin Ayub yang tidak dapat menghadirkan diri saat akhir kerana mempunyai urusan parti yang lebih penting.

Simbolik angka 13 penjadi pilihan simbolik perasmian kerana itulah angka pilihanraya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sementara itu, kehadiran tetamu dari kalangan pimpinan PAS Pusat seperti Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof - Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh - AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad - Pesuruhjaya PAS WP, serta Vincent Lee dan S. Suria Narayanan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Majlis ini tidak kurangnya kehadiran daripada tokoh korporat, pegawai tinggi kerajaan serta bekas-bekas pegawai tinggi tentera.

Majlis dimulakan tepat jam 8.30 malam dengan ucapan Yang Di Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Mej (B) Ustaz Abdullah sebagai mukadimah bicara mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan.

Dengan tekad untuk memastikan kemenangan PAS di Parlimen Titiwangsa kekal, pihak penganjur berjanji akan menganjurkan pelbagai projek lagi selepas ini.

Harakah Daily

Tiada ulasan: