12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SUBANG JAYA - Bermodalkan sebatang paku payung dan dua bilah parang, tiga lelaki melarikan wang tunai RM200,000 selepas menyamun seorang pengarah syarikat di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kesas, di sini, petang semalam.
Difahamkan, pengarah terbabit baru sahaja mengeluarkan wang tunai itu dari sebuah bank di Seri Muda, Shah Alam kira-kira 30 minit sebelum itu.
Tanpa menyedari dia diekori, mangsa yang berseorangan kemudian masuk ke dalam kereta jenis BMW dan terus memandu menghala ke Lebuhraya Kesas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, dalam perjalanan menuju ke Kota Kemuning, mangsa merasakan sesuatu tidak kena pada tayar kereta dipandunya.
Menurutnya, mangsa kemudian memberhentikan keretanya di sebuah stesen minyak di laluan lebuh raya berhampiran Hentian Hicom arah Timur untuk melihat apa yang berlaku.
“Belum sempat mangsa turun dari kereta, datang tiga lelaki bersenjatakan parang memecahkan cermin tingkap pemandu dan penumpang di sebelah depan.
“Disebabkan terlalu takut, mangsa segera membuka pintu dan keluar dari kereta sambil mengangkat kedua-dua tangannya,” katanya mangsa memaklumkan ketiga-tiga suspek masing-masing datang menaiki kereta jenis Toyota Harrier dan BMW berwarna putih yang diletakkan di depan dan belakang keretanya.
Yahaya berkata, dalam kejadian tidak sampai dua minit itu, salah seorang suspek mengambil beg berisi wang tunai sebanyak RM200,000 yang diletakan di bawah tempat duduk penumpang sebelah depan.
Beliau berkata, pihaknya percaya geng samun terbabit menggunakan modus operandi mengikut mangsa dari bank sebelum memancitkan tayar mangsa menggunakan paku.
Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan