04 Julai 2013

Tentera Mesir halang siaran langsung, tangkap pemberita

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -

harakahdaily,04 Jul 2013

Semua saluran media yang menyiarkan siaran langsung himpunan membantah rampasan kuasa dan menyokong Presiden Morsi diarah tutup dan diambil tindakan.

Dilaporkan semua 17 saluran islamik yang menyiarkan suasana bantahan terutama himpunan di Rabaah Abawiyyah sejak beberapa hari lalu ditutup hari ini.

Tindakan tentera Mesir setelah 24 jam rampas kuasa

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -

http://www.tintaasyraf.com,04 Jul 2013
Tindakan Yang Dibuat Oleh Tentera Abdel Fattah Al-Sisi Setelah 24 Jam Merampas Kuasa Daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi | Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:
General Abdel Fattah Al-Sisi

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah

Profesor: BN pun ramai tentera siber

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Dakwaan kewujudan "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP tidak mustahil kerana BN juga mempunyai pasukan pejuang siber mereka yang sebahagian ahlinya tidak diketahui identitinya.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Samsudin Rahman, kedua-dua bala tentera itu sebahagian daripada komponen media dalam politik Malaysia.

Pakatan kemuka usul rujuk MP BN ke JK Parlimen

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Pakatan Rakyat mengemukakan usul untuk merujuk MP Simpang Renggam Liang Teck Meng ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen atas kenyataan yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar memiliki wang ratusan juta ringgit di akaun bank luar negara.

MP Jelutong Jeff Ooi memfailkan usul tersebut semalam kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada jam 4 petang semalam, mengikut Perkara 80 dan Perkara 80(a) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Morsi dipindahkan ke kementerian pertahanan: Ikhwanul Muslimin

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KAHERAH: Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan dipisahkan daripada pembantu kanan beliau yang ditahan di bawah kemudahan ketenteraan, kata seorang pegawai kanan gerakan Islam. 

"Morsi dipisahkan daripada pembantu beliau dan dibawa ke kementerian pertahanan," kata Gehad El-Haddad, seorang pegawai kanan Ikhwanul Muslim dan anak kepada seorang pembantu atasan Morsi. - AFP 


Morsi, pegawai kanan ditahan di bawah kemudahan ketenteraan

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KAHERAH: Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan ditahan bersama pembantu kanannya di bawah kemudahan ketenteraan selepas tentera mengumumkan penyingkiran beliau, kata seorang anggota kanan Ikhwanul Muslimin, hari ini. 

"Morsi dan kumpulannya berada dalam tahanan rumah di Kelab Pengawal Republikan Presiden," kata anak lelaki kepada pembantu atasan Morsi, Gehad El-Haddad kepada AFP. 


Bapa Haddad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi yang ditahan. - AFP 

Mesir keluar waran tangkap kepada 300 pemimpin Ikhwanul Muslimin

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KAHERAH: Polis Mesir hari ini menerima arahan untuk menahan 300 pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin selepas tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi, lapor laman web akhbar Al-Ahram hari ini. 

Seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa waran tangkap sudah dikeluarkan untuk ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin. 

Tentera Mesir sahkan Morsi kini ditahan

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Tentera Mesir mengesahkan bahawa pihaknya kini sedang menahan presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi, kata seorang pegawai kanan tentera hari ini. 

“Dia sedang dalam tahanan pencegahan sebelum persiapan terakhir," katanya yang merujuk bahawa Morsi mungkin berdepan dengan tuduhan rasmi seperti yang dakwa penentangnya. - AFP 

Lebih 6,000 laman web termasuk yang hina Agong disekat sejak 2008

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,640 laman web disekat kerana melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang bertulis lain sejak 2008 hingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Jailani Johari berkata sekatan itu termasuk ke atas laman web bank palsu, pelanggaran hak cipta, kandungan lucah dan yang didapati menghina institusi diraja. 


"
Sehingga Jun ini sebanyak 29 kes sedang dalam siasatan di mana merangkumi kes-kes laman web yang menghina Yang di-Pertuan Agong, institusi Raja dan Sultan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan). 

PAS kutuk rampasan kuasa terhadap presiden Morsi

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS mengutuk sekeras-kerasnya rampasan kuasa oleh tentera Mesir terhadap kepimpinan Presiden Dr Mohamed Morsi kerana telah mengenepikan suara rakyat negara itu melalui undi pilihan raya yang adil dan bersih.

Timbalan Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Dr Syed Azman Nawawi berkata, apa yang terjadi di Mesir sekaligus memberi gambaran negatif bahawa wujud usaha untuk membunuh pendemokrasian yang berlaku di seluruh dunia.

Tentera Mesir Guling Morsi

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Morsi digulingkan oleh rampasan kuasa tentera Mesir, malam Rabu.
KAHERAH: Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat Rabu selepas ketegangan yang berlarutan selama seminggu.
Insiden itu menyebabkan kira-kira 50 orang maut ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.

Mesir: Puluhan penyokong Morsi terbunuh

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -

MESIR: Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi.

Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi.

Web Ikhwanonline melaporkan di bandar Iskandariah, sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 200 orang cedera ketika ribuan penyokong Morsi berhimpun di Dataran Sidi Bisyr.

Di Asyut pula, dilaporkan dua orang penyokong Morsi terbunuh manakala 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram.

WWW1: Utusan diarah bayar RM250,000 kepada Nizar

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000.

Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000.

Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 31 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif.

Mursi, tentera Mesir rela mati

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Mursi, tentera  Mesir rela matiPenduduk bertempur dengan anggota Ikhwanul Muslimin dan penyokong Presiden Mohamed Morsi (gambar kanan atas) di pinggir Kaherah semalam. Gambar kanan bawah menunjukkan darah di tanah selepas penentang Morsi menyembelih kambing sebagai lambang pemimpin itu dan Ikhwanul Muslimin di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. [foto AFP dan AP]
Presiden ikrar pertahan jawatan dipilih secara demokratik 

Kaherah: Panglima tentera Mesir dan Presiden Mohamed Mursi masing-masing berikrar untuk mati demi perjuangan mereka ketika tarikh akhir semakin hampir kepada kemungkinan pengambil alihan kuasa tentera yang disokong penunjuk perasaan. 

Raja Belgium turun takhta 21 Julai ini


25 Syaaban 1434 H. [MOD] -


BRUSSELS 3 Julai - Raja Belgium, Albert II dijangka megumumkan turun takhta pada 21 Julai ini, bersamaan Hari Kebangsaan Belgium.

Menurut pihak istana, Albert akan memberi ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen dan radio, seterusnya mengumumkan pengunduran beliau.

Raja berusia 79 tahun yang memegang takhta selama 20 tahun itu sering memainkan peranan dalam politik di negara ini.

Waris sulung beliau ialah Raja Philippe yang kini berusia 53 tahun. - AFP