04 Julai 2013

Mesir keluar waran tangkap kepada 300 pemimpin Ikhwanul Muslimin

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KAHERAH: Polis Mesir hari ini menerima arahan untuk menahan 300 pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin selepas tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi, lapor laman web akhbar Al-Ahram hari ini. 

Seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa waran tangkap sudah dikeluarkan untuk ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin. 

Sementara itu, lokasi Morsi kini masih tidak dapat diketahui. 

Seorang pembantu presiden berkata, Morsi dipindahkan dari pejabat beliau di ibu pejabat Pengawal Republikan ke lokasi yang tidak didedahkan. 

Beberapa pembantu beliau berkata, mereka kini tidak dapat berhubung dengan Morsi dan tidak mengetahui status presiden itu. - AFP 

Tiada ulasan: