الْحَمْدُ
لِلَّهِ القَائِلِ :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
أَشْهَدُ
اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ
اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا
بَعْدُ, فَيا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى
الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Wahai hamba-hamba Allah !
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian, agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita
kepada Allah dengan melakukan segala
suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita berada di ambang Ramadhan yang sekian
lama kita nantikan. Ramadhan merupakan anugerah Allah kepada kita untuk
melahirkan manusia yang bertaqwa, sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat yang
dibacakan tadi. Ibadat puasa merupakan salah satu kewajipan yang diperintahkan
oleh Allah menggunakan kalimah difardhukan “كُتِبَ
عَلَيْكُمْ “ seperti difardhukan Hukum Qisas, Hukum Jihad
Fi Sabilillah dan sebagainya. Namun
apakah daya manusia seringkali memilih-milih untuk mengerjakan perintah Allah
berdasarkan selera dan keselesaan mereka dan menganggap remeh apa yang tidak
disukai mereka.
Hadirin
yang dikasihi Allah,
Puasa tidak hanya sekadar meninggalkan
makan dan minum semata-mata tetapi memerlukan jihad melawan hawa nafsu yang
selama ini menjadi raja kepada kebanyakan manusia dan tidak ada cara yang lebih
baik bagi mengawalnya kecuali dengan cara berpuasa. Namun jika silap cara kita
menunaikan puasa maka sia-sia sahajalah ibadat tersebut tanpa dapat melahirkan insan-insan
bertaqwa di penghujung Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW :
كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ اِلاَّ
الْجُوْعُ وَالعَطْشُ وَكَمْ مِنْ قاَئِمٍ لَيْسَ
لَهُ مِنْ قِياَمِهِ إِلاَّ السَّهَرُ
Berapa ramai orang
yang berpuasa sedangkan tiada sebarang faedah yang diperolehinya daripada puasa
tersebut kecuali hanya lapar dan dahaga. Dan berapa ramai orang yang bangun
malam sedangkan tiada sebarang faedah yang diperolehinya daripada bangun
malamnya kecuali hanya penat dan lelah. – Hadis Riwayat Ahmad.
Sidang
Jumaat yang berbahagia,
Terdapat beberapa tanda bagi
mengenalpasti samada puasa kita diterima oleh Allah atau tidak. Ianya boleh
dinilai melalui keselarasan amalan kita dengan perintah Allah sepanjang Ramadan
dan selepas kita menjalani sebulan Ramadhan nanti Jika sekiranya setiap hari kita
berpuasa dan setiap hari yang berlalu menambahkan lagi kekuatan kita untuk melaksanakan perintah
Allah dan meninggalkan laranganNya maka besarlah harapannya puasa kita di
terima Allah. Jika sekiranya hari-hari yang mendatang hanya menambahkan dosa
atau tidak ada sebarang peningkatan terhadap kualiti dan kuantiti ibadat kita
maka dibimbangi kita akan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Hadirin
mukminin yang dirahmati,
Di antara ciri-ciri orang yang beriman dan
bertaqwa adalah kegembiraan mereka dalam menyambut kedatangan Ramadhan.
Kegembiraan mereka bukan hanya kerana peluang perniagaan yang terbuka luas,
bukan hanya kerana boleh menguruskan badan dan bukan juga kerana mahu
mengurangkan ataupun berhenti merokok, tetapi kerana kesedaran tentang kelebihan
Fadhilat Ramadhan itu sendiri. Orang yang beriman akan berusaha melipatgandakan
amal ibadat melebihi daripada usaha mempelbagaikan juadah ketika berbuka. Di samping
itu, orang yang bertaqwa akan memastikan mereka tidak berlebih-lebih dan tidak melakukan
sebarang pembaziran sepanjang Bulan Ramadhan ini.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Sebahagian
Umat Islam melakukan beberapa kesilapan dalam menghayati Ramadhan. Keghairahan
kita melakukan ibadat terutamanya solat Terawih biasanya hanya bertahan selama
separuh daripada Bulan Ramadhan sahaja. Sepuluh hari yang terakhir daripada
Ramadhan menunjukkan kemerosotan bilangan jemaah yang amat ketara walaupun
kelebihannya terutamanya dalam mencari Lailatul Qadar jauh lebih besar daripada
hari-hari sebelumnya. Ramai di antara kita tidak mahu terlepas untuk menunaikan
Solat Terawih yang hukumnya hanya disunatkan tetapi tidak merasa sebarang
kerugian ketika meninggalkan Solat Fardhu berjemaah walaupun hukumnya adalah Fardhu
Kifayah. Lebih malang sebahagian dari kita yang begitu tekun berpuasa namun
tidak pernah melakukan solat sama sekali.
Hadirin
yang dirahmati Allah sekelian,
Keghairahan
bertadarrus menyebabkan kita sering berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran
melalui program Tadarus sebelum berlalunya Ramadhan. Ini menyebabkan sebahagian
dari kita hanya bergotong royong dalam menghabiskan bacaan tanpa ada sebarang
peningkatan dalam mutu bacaan. Kita hanya membaca dan mendengar bacaan tanpa
ada proses pembelajaran kerana tertekan mengejar waktu untuk mengkhatamkan
Al-Quran sehingga akhirnya banyak berlaku kesilapan dan pahala yang diharapkan bertukar
menjadi laknat tuhan. Sewajarnyalah apabila mutu bacaan sudah dipertingkatkan
maka kita beralih kepada usaha pemahaman. Setelah pemahaman terhadap Al Quran
dapat dicapai maka berusahalah seboleh mungkin untuk menghayati segala ajaran
Al-Quran. Janganlah kita hanya menjadi golongan yang hanya mementingkan bacaan
tetapi kembali kepada Allah sebelum dapat mengamalkan apa-apa daripada ajaran
Al-Quran.
Hadirin mukmin sekelian,
Di
antara kesilapan pihak pengurusan masjid dan surau di seluruh Negara ini adalah
kerana kebanyakkannya menghentikan kelas-kelas pengajian sepanjang Ramadhan
yang mulia ini. Sebahagian besar daripadanya hanya memulakan semula semua
pengajian hanya setelah berlalunya sebulan Syawal. Ini menyebabkan kebanyakkan
Umat Islam tidak menuntut ilmu selama dua bulan walaupun ianya amat penting dan
merupakan kewajipan setiap orang Islam. Alangkah baiknya jika kuliah Maghrib
yang diadakan selama ini digantikan dengan tazkirah selepas Terawikh, ditambah
dengan kuliah dhuha, kuliah subuh dan sebagainya.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Setiap
kali tibanya saat menjelang Ramadhan, kedengaran suara-suara sumbang yang
mempertikaikan mengenai kaedah Rukyah (melihat anak bulan) yang dilaksanakan di
seluruh Negara. Ada yang mengatakan bahawa apa perlunya membazir masa dan
kewangan sekadar berpesta di pantai-pantai dan bukit bukau sedangkan bukan
sekadar bulan, malah planet, bintang dan komet pun boleh diketahui kedudukannya
dengan kiraan. Ada juga yang lebih sinis mengatakan jika nak menyambut Ramadhan
pastinya anak bulan tidak akan kelihatan berbeza dengan waktu menyambut Syawal
yang pastinya jelas kelihatan.
Perlaksanaan
Rukyah sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab Fardhu Kifayah yang wajib
dilaksanakan oleh pemerintah pada setiap 29 Syaban tahun Hijriah. Tanggungjawab
ini sekian lama telah digalas dengan sempurna oleh Jabatan Mufti Negeri Perak melalui Bahagian
Falak.
Di
Negara ini kita menggunapakai Kaedah Rukyah dan Hisab untuk menentukan awal
bulan. Melalui kaedah ini, ditetapkan bahawa hilal akan kelihatan sekiranya
ketika matahari terbenam, hilal berada di atas ufuk melebihi 2 darjah dan
jaraknya dari matahari melebihi dari 3 darjah atau umur hilal melebihi 8 jam
Maka
disamping pengiraan falak yang dikira terlebih dahulu, aktiviti rukyah hilal
tetap dilaksanakan sebagai pengesahan. Jika pada 29 Syaaban, hilal dapat
dilihat dengan mata dan pengiraan yang telah dibuat menunjukkan bahawa ianya
sepatutnya kelihatan, maka keesokan harinya akan diiktiraf sebagai 1 Ramadhan.
Namun
sekiranya anak bulan tidak kelihatan samada melalui mata kasar atau pengiraan,
maka keesokkan harinya dikira sebagai 30 Syaban.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Hilal
ditakrifkan sebagai bentuk bulan yang pertama kali kelihatan selepas fasa
ijtimak. Bulan sentiasa berubah-ubah bentuknya berdasarkan hari-hari dalam
taqwim Hijriah. Biasanya pada hari ke-15 dalam bulan Hijrah, bulan akan
kelihatan penuh. Pada hari ke-28 pula bulan akan hilang kerana ketika itu bulan
sedang mengalami fasa bulan gelap. Jadi selepas fasa bulan gelap, barulah hilal
akan muncul iaitu pada 1 haribulan setiap bulan.
Hadhirin yang dirahmati Allah,
Sesekali
kita mendengar suara-suara sinis masyarakat mempertikaikan; mengapa Hilal lewat
dilihat di Negara ini berbanding Negara-negara berada di sebelah barat seperti
negara Arab Saudi, Mesir dan sebagainya.
Sebenarnya
perkara ini timbul kerana ketika fasa bulan gelap, bulan berada terlalu dekat
dengan matahari. Semakin jauh ke sebelah barat, semakin jauh kedudukan bulan
daripada matahari. Ketika ini cahaya bulan yang malap akan lebih mudah
kelihatan kerana cahaya matahari yang terlalu kuat sudah semakin jauh dari
bulan. Oleh kerana itulah Hilal akan lebih mudah kelihatan di negara-negara
sebelah barat berbanding negara-negara sebelah timur
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا
وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ
نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة
كدوا
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الْقَائِلِ :
شَهْرُ
رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ
مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ
وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ
يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟
ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ
تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾
اَشْهَدُ اَنْ
لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ
اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله
اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ
الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Marilah
kita berusaha melakukan perubahan sempena Ramadhan pada tahun ini. Jika selama
ini kita tidak pernah melakukan Qiamullail maka inilah peluang bagi kita untuk
melakukannya sebelum kita bersahur atau selepasnya. Jika kita jarang
meninggalkan Sunat Witir sepanjang Ramadhan maka teruskanlah melakukannya
walaupun sesudah berlalunya Ramadhan. Jika kita sanggup berjemaah Terawih
sepanjang Ramadhan maka teruskanlah berjemaah dalam Solat Fardhu sesudah
Ramadhan. Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’du ayat 22 :
وَالَّذِيْنَ
صَبَرُوْا ابْتِغَآء َوَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوْا الصَّلوة وَأَنْفَقُوْا
مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً وَيَدْرَءُوْنَ بِالْحَسَنَةِ
السَّيِّئَةَ أُوْلَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ
“Dan mereka yang
sabar kerana mengharapkan keredhaan tuhan mereka semata-mata dan mereka
mendirikan sembahyang serta membelanjakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah
kepada mereka samada secara sembunyi ataupun secara terang-terangan dan mereka
menolak kejahatan dengan cara melakukan kebaikan. Mereka itulah disediakan
balasan yang baik di Hari Akhirat”.
Hadirin
yang dirahmati Allah,
Ramadhan seharusnya dimuliakan dan
dihormati oleh setiap warga Negara yang tidak kira apa agama sekalipun. Oleh
kerana Islam adalah agama persekutuan, maka semua penganut agama lain wajib
turut sama menghormati Ramadhan. Segala aktiviti maksiat yang sememangnya
diharamkan oleh semua agama mestilah dihentikan serta merta. Tidak sepatutnya
hanya Umat Islam sahaja yang sibuk menghormati kebebasan penganut agama lain,
sedangkan hakikatnya, kebebasan tersebut merupakan pelanggaran terhadap
tuntutan agama mereka sendiri.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،
وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ،
وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ
أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ
انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ
انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ
دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ
أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ
اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ،
وَيُكَذِّبُوْنَ
رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ
أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ
الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ
اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
Ya
Allah,
Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di
muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam
yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan
keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu
saudara-saudara mereka.
Ya
Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada
mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka
sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka
hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara
seagama ini.
رَبَّنَا
ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ، وَصَلَّى
الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ
وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ،
وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan