04 Julai 2013

Mursi, tentera Mesir rela mati

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Mursi, tentera  Mesir rela matiPenduduk bertempur dengan anggota Ikhwanul Muslimin dan penyokong Presiden Mohamed Morsi (gambar kanan atas) di pinggir Kaherah semalam. Gambar kanan bawah menunjukkan darah di tanah selepas penentang Morsi menyembelih kambing sebagai lambang pemimpin itu dan Ikhwanul Muslimin di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. [foto AFP dan AP]
Presiden ikrar pertahan jawatan dipilih secara demokratik 

Kaherah: Panglima tentera Mesir dan Presiden Mohamed Mursi masing-masing berikrar untuk mati demi perjuangan mereka ketika tarikh akhir semakin hampir kepada kemungkinan pengambil alihan kuasa tentera yang disokong penunjuk perasaan. 
Ketua tentera yang berikrar untuk mengembalikan keamanan selepas tunjuk perasaan berikutan pemerintahan berteraskan Islam Morsi, mengeluarkan satu kenyataan bertajuk ‘Saat Terakhir’ menegaskan kesediaan untuk kembali berjuang. 


Mereka juga mengaku bersedia untuk pertumpahan darah bagi menentang ‘pengganas dan kebodohan’ selepas Mursi enggan melepaskan jawatannya. 

Sedia mati syahid 

“Panglima tentera mengadakan satu mesyuarat krisis,” kata satu sumber tentera, kurang lima jam sebelum kata dua tamat bagi Mursi sama ada bersetuju untuk berkongsi kuasa atau memberi laluan bagi satu penyelesaian tentera. 

Sementara itu dalam satu ucapan penuh emosi menerusi televisyen pada tengah malam, Morsi berkata beliau dipilih secara demokratik dan perlu terus mempertahankan jawatannya bagi memenuhi perlembagaan. 
“”Harga mempertahankan kesahihan ini adalah nyawa saya,” katanya. 

Jurucakap rasmi pergerakan Ikhwanul Muslimin pula berkata penyokongnya bersedia untuk mati syahid demi mempertahankan Mursi. 

“Hanya satu cara kita boleh lakukan, kita akan menjadi benteng antara kereta perisai dan presiden,” kata jurucakap dan penasihat hal-ehwal luar Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad pada satu bantahan pergerakan itu di pinggir Kaherah yang menempatkan bangunan tentera dan berhampiran istana presiden. 

“Kita tidak akan benarkan cita-cita dan hasrat rakyat Mesir dipermainkan angkatan tentera,” katanya. 

Akhbar kerajaan Al-Ahram meramalkan Mursi sama ada meletak jawatan atau dipaksa meninggalkan pejabatnya manakala tentera akan mewujudkan majlis presiden dengan tiga anggota yang akan dipengerusikan oleh ketua Mahkamah Perlembagaan. 

Satu sumber tentera berkata beliau menjangkakan tentera akan memanggil tokoh politik, sosial dan ekonomi selain aktivis pemuda untuk berbincang bagi merangka masa depan negara itu. - REUTERS

1 ulasan:

Homestay Kesidang berkata...

Sayang, pemimpin yg dipilih rakyat digulingkan secara paksa.