04 Julai 2013

Gempa bumi Aceh: Angka kematian kini 30 orang

25 Syaaban 1434 H. [MOD] -


BLANG MANCUNG: Angka kematian gempa bumi yang menggegar wilayah Aceh kini 30 orang dan polis serta tentera sedang mencari 12 lagi orang yang dipercayai hilang, kata pegawai hari ini. 

Agensi Kawalan Bencana Alam Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, tumpuan utama kini ialah usaha mencari lebih banyak mangsa, merawat mereka yang cedera dan menghantar bekalan yang memerlukan. 


Katanya, 275 orang mengalami kecederaan dan lebih 4,300 kediaman musnah akibat gempa bumi berukuran 6.1 magnitud Selasa lalu. - AP 

Tiada ulasan: