11 Julai 2013

MPV polis hilang di Kamunting, jumpa di Bkt Mertajam

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Polis mempergiatkan usaha memburu seorang suspek kes curi yang melarikan kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian di Perak semalam, susulan penemuan MPV itu di Bukit Minyak di Bukit Mertajam malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan penemuan MPV itu yang dilapor dilarikan oleh suspek dalam kejadian di Kampung Dollah, Kamunting, Perak pada pukul 7.40 pagi tadi.

Skandal Sukma: Suspek Rogol Akan Didakwa Hari Ini

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Tiga atlet Sukan Malaysia (Sukma) dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan merogol seorang pengiring bagi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang berumur 19 tahun.
Tiga atlet yang berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan reman berikutan dakwaan rogol itu pada 7 Julai berlaku semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Suspek pengebom maraton Boston tak mengaku salah

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BOSTON: Suspek pengebom maraton Boston, Dzhokhar Tsarnaev hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan pada April lalu yang boleh membawa hukuman mati. 

Remaja berusia 19 tahun itu tampil kali pertama di Mahkamah Persekutuan Amerika di Boston dengan kedua tangan bergari serta memakai pakaian berwarga oren. 


“Tidak bersalah," kata Tsarnaev dari enik Islam Chechen yang mendapat kerakyatan Amerika itu berulang kali apabila 30 tuduhan dibacakan terhadapnya. 

Duit gaji saya tak ambil, insya Allah – Che Long


2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,11 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat oleh penduduk Kuala Besut.

“Pada saya, saya kata, insya Allah, (bila) kita sampaikan hajat orang, Allah akan sampai hajat kita. Hajat kita dah tak ada apa, kita minta syurga Allah Taala.

“Insya Allah, kalau saya menang bertanding pada pilihan raya kali ini, saya jadi wakil rakyat, gaji yang diberikan kepada saya itu saya tak mahu ambil,” ujarnya dipetik Buletinonline.


WHO dedahkan 6 juta maut setiap tahun disebabkan merokok

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


PANAMA CITY: Meskipun kempen awam mengenai kesihatan, merokok masih kekal mendahului penyebab kematian di seluruh dunia dengan hampir enam juta maut setiap tahun, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini.

Angka kematian itu kebanyakannya di negara miskin dan berpendapatan sederhana. 


Sekiranya arah alihan itu kekal, bilangan yang maut disebabkan penggunaan tembakau akan meningkat kepada lapan juta menjelang 2020, kata WHO dalam satu taklimat persidangannya di Panama. 

Lebih 4 juta solat terawih malam kedua di Raba'ah


2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



MESIR: Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy mengimami solat terawih pada malam kedua bulan Ramadhan tidak kurang dari 4 juta umat Islam yang berhimpun sejak petang tadi di dataran Raba'ah bagi meneruskan bantahan terhadap rampasan kuasa tentera.

Menjelang waktu berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan hari ini, dianggarkan lebih 3 juta umat Islam membanjiri dataran Raba'ah untuk menghadiri majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Ramadhan: S'gor peruntuk RM2.7 juta untuk masjid surau

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta sempena sambutan Ramadan ini kepada masjid dan surau di seluruh negeri bagi melaksanakan program Ihya Ramadan pada tahun ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, peruntukan itu melibatkan kira-kira 392 buah masjid, 170 buah surau yang dinaikkan taraf yang digunakan solat Jumaat dan 1881 buah surau.


Ramadhan, Benteng Tipu Daya Musuh

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


َالْحَمْدُ لِلَّهِ القَائِلِ :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ – البقرة : 183
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum daripada kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa.
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ، عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Fadilat Ramadan & Hikmah Berpuasa

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Amalan bersedekah dan memberi makan kepada golongan miskin serta anak-anak yatim mendapat ganjaran pahala yang besar pada bulan Ramadan. - Gambar hiasan.
PUASA bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.
Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Kelebihan Che Long ‘senang kkiro, mudah bbaso’

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,11 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Calon PAS, Azlan Yusof(gambar) atau lebih mesra dengan panggilan Che Long merupakan seorang yang sentiasa bersama para pengundi yang merasai secara mendalam pasang surut kehidupan di Kuala Besut.


Kelebihan ini, menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal memberi saingan kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul, yang lebih banyak berada di luar kawasan Besut berbanding Che Long.

“Kelebihan yang dimiliki oleh calon PAS yang dianggap calon “Senang Kkiro, Mudah Bbaso” bagi penduduk Kuala Besut diharap mampu mencatat sejarah 16:16 yang hangat diperkatakan semenjak Adun Kuala Besut BN, Allahyarham Abdul Rahman meninggal dunia,” uljar beliau dalam satu kenyataan.

64 korban bah di China

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Foto
    Banjir besar melanda wilayah Sichuan menjejaskan lebih 508,000 penduduk. - Foto AFP
  • Foto
    Sebuah jambatan di Sichuan runtuh selepas dilanda banjir. - Foto REUTERS

Beijing: Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh disebabkan banjir di barat China yang disifatkan terburuk dalam tempoh 50 tahun di beberapa kawasan dan menjejaskan lebih setengah juta penduduk.

Baru Puasa sudah dah ada mangsa Mercun Buatan Sendiri Di Kedah

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam Selasa.
Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka.
Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling.

Pos Kad Raya Sebelum 2 Ogos - Pos Malaysia

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia menasihatkan orang ramai agar mengirimkan kad ucapan Hari Raya sebelum 2 Ogos, untuk memastikan kad tersebut sampai kepada penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pos Malaysia Berhad, dalam kenyataan pada Rabu berkata syarikat itu akan terus menawarkan kadar sama rata 50 sen bagi penghantaran kad raya kepada mana-mana bahagian di Malaysia, agar lebih ramai boleh menghantarnya kepada rakan dan anggota keluarga, pada kadar yang lebih murah daripada pos biasa.

Polis Nepal rampas emas seludup bernilai RM6 juta

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KATHMANDU 11 Julai - Polis Nepal semalam berjaya merampas sejumlah 35 kilogram emas yang cuba diseludup dari China ke India, sekali gus merupakan rampasan emas yang terbesar di negara ini.

Pegawai polis, Supritendent Uttam Kumar berkata, barangan berharga itu yang bernilai kira-kira AS$2 juta (RM6 juta) dalam pasaran gelap, disembunyikan dalam sebuah trak yang memasuki Nepal dari China melalui sempadan Tatopani dan dalam perjalanan menuju ke Kathmandu.

Ketua keselamatan Presiden Pakistan maut dalam serangan berani mati

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

ISLAMABAD 11 Julai - Ketua keselamatan Presiden Pakistan, Bilal Shaikh dilapor terbunuh dalam satu serangan berani mati di bandar bergolak Karachi, semalam.

Pegawai kanan polis Raja Umar Khattab melaporkan, Bilal, yang merupakan pembantu rapat Presiden Asif Ali Zardari, maut bersama dua lagi mangsa.

“Penyerang berani mati terbabit meletupkan diri ketika menghampiri kereta yang dinaiki Bilal, menyebabkan tiga orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera," katanya. - REUTERS