2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily, | 11 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat oleh penduduk Kuala Besut.
“Pada saya, saya kata, insya Allah, (bila) kita sampaikan hajat orang, Allah akan sampai hajat kita. Hajat kita dah tak ada apa, kita minta syurga Allah Taala.
“Insya Allah, kalau saya menang bertanding pada pilihan raya kali ini, saya jadi wakil rakyat, gaji yang diberikan kepada saya itu saya tak mahu ambil,” ujarnya dipetik Buletinonline.
Sehubungan itu, beliau mahu mewujudkan satu tabung yang diuruskan oleh beberapa orang.
“Yang kita yakin bahawa dia orang beriman dan baik, kalau ada betul-betul orang miskin perlu, silakan, duit gaji yang ada tu, saya tak ambil, insya Allah,” katanya lagi.
Beliau turut bercadang untuk melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya bersama-sama semasa ketika ketiadaannya dalam ‘kawasan’.
Baginya, orang-orang Islam dan beriman perlu menyemaikan kasih sayang kerana dengan itu dapat merasai kesusahan yang dialami oleh orang lain.
“Apabila kita ni jenis orang beriman, kita orang jemaah, yang paling penting, sama-sama kita ini dengan rakyat ini, kita nak belajar berkasih sayang.
“Apabila kita berkasih sayang, kita dapat merasa apabila kita tengok orang susah, kita berasa (susah) orang yang berasa kesian juga ke orang ni, alhamdulillah, orang tu dapat rahmat Allah Taala,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan