2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
PETALING JAYA: Tiga atlet Sukan Malaysia (Sukma) dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan merogol seorang pengiring bagi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang berumur 19 tahun.
Tiga atlet yang berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan reman berikutan dakwaan rogol itu pada 7 Julai berlaku semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.
Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.
Berita selanjutnya akan menyusul.
Mstar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan