11 Julai 2013

Cuaca Diramal Baik Pada Penamaan Calon PRK Kuala Besut Jumaat - Meteorologi


2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA BESUT: Cuaca dijangka cerah dan baik pada sebelah pagi pada hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Jumaat.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia Che Gayah Ismail berkata, ribut petir diramalkan melanda kawasan Kuala Besut pada sebelah petang dan malam.
"Aktiviti ribut petir pada sebelah petang kita mungkin boleh nampak bermula dari sekitar 1 tengah hari," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Jumaat sebagai hari penamaan calon PRK DUN Kuala Besut yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja di sini, manakala 24 Julai sebagai hari pengundian.
Barisan Nasional (BN) mengumumkan anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai calon menggalas cabaran mengekalkan penguasaan BN manakala PAS menamakan Endot@Azlan Yusof, seorang kontraktor sebagai calon parti itu. - BERNAMA

Tiada ulasan: