Jinping (kiri) menikmati roti kukus sambil berbual dengan beberapa pelanggan di sebuah restoran di Beijing.30 Disember 2013
(VIDEO) Tindakan Presiden Jinping mengejutkan rakyat China
26 Safar 1435H. [MOD] -
Jinping (kiri) menikmati roti kukus sambil berbual dengan beberapa pelanggan di sebuah restoran di Beijing.
Beijing: Presiden China, Xi Jinping, mencetuskan kegemparan apabila beliau dilihat beratur dan membeli roti kukus di sebuah restoran di Beijing hujung minggu lalu.
Jinping (kiri) menikmati roti kukus sambil berbual dengan beberapa pelanggan di sebuah restoran di Beijing.Tablet khas kanak-kanak
26 Safar 1435H. [MOD] -
Galaxy Tab 3
Galaxy Tab 3
Samsung Malaysia Electronics (SME) memperkenalkan tablet terbaru, GALAXY Tab 3 Kids yang direka khas bagi kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun.
Tablet khas pertama berada dalam pasaran itu dilengkapi aplikasi pendidikan dan ciri keselamatan lengkap.
Galaxy Tab 3Samsung Malaysia Electronics (SME) memperkenalkan tablet terbaru, GALAXY Tab 3 Kids yang direka khas bagi kanak-kanak berusia antara tiga hingga sembilan tahun.
Tablet khas pertama berada dalam pasaran itu dilengkapi aplikasi pendidikan dan ciri keselamatan lengkap.
53 parti bertanding Pilihan raya Thailand
26 Safar 1435H. [MOD] -
Penunjuk perasaan anti kerajaan berjalan melintas tembok guni pasir yang dibina di luar bangunan kerajaan di Bangkok, semalam. - Foto REUTERS
Pilihan raya Thailand ditetapkan 2 Februari
Bangkok: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mendaftarkan 53 parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen luar biasa, kata agensi itu yang dipetik media antarabangsa.
Penunjuk perasaan anti kerajaan berjalan melintas tembok guni pasir yang dibina di luar bangunan kerajaan di Bangkok, semalam. - Foto REUTERSBangkok: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mendaftarkan 53 parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen luar biasa, kata agensi itu yang dipetik media antarabangsa.
Chelsea menang 2-1
26 Safar 1435H. [MOD] -
PEMAIN tengah Chelsea, Eden Hazard (kanan) berjaya melepasi kawalan tiga pemain Liverpool, dalam aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Hazard menjaringkan gol pertama Chelsea di minit ke-18 perlawanan untuk membantu Chelsea menang 2-1. - Foto AFP
LONDON: Chelsea mempamer aksi cemerlang dalam perebutan juara Liga Perdana Inggeris apabila bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Liverpool, 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
SAMM dan Jingga 13 bercadang saman timbalan ketua polis KL
26 Safar 1435H. [MOD] -
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata beliau bercadang untuk mengemukakan saman ke atas timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh atas tuduhan yang mengaitkan beliau dan NGO tersebut 'himpunan guling kerajaan'.
Beliau akan mengemukakan saman tersebut sekiranya Amar Singh tidak meminta maaf dan menarik balik tuduhan tersebut.
Katanya beliau juga akan memulakan saman ke atas agensi media yang menyiarkan "fitnah dan propaganda" tersebut.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata beliau bercadang untuk mengemukakan saman ke atas timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh atas tuduhan yang mengaitkan beliau dan NGO tersebut 'himpunan guling kerajaan'.Beliau akan mengemukakan saman tersebut sekiranya Amar Singh tidak meminta maaf dan menarik balik tuduhan tersebut.
Katanya beliau juga akan memulakan saman ke atas agensi media yang menyiarkan "fitnah dan propaganda" tersebut.
MP anjur pertandingan karang emel palsu
26 Safar 1435H. [MOD] -
MP Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan menganjurkan satu pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu.
Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik selesai disiasat selama kira-kira 40 minit hari ini, ekoran penyebaran satu emel berhubung rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.
Pengarah strategi PKR itu berkata beliau akan menganjurkan pertandingan itu sebagai reaksi kepada siasatan berkenaan, yang dianggapnya sebagai satu lawak jenaka.
MP Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan menganjurkan satu pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu.Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik selesai disiasat selama kira-kira 40 minit hari ini, ekoran penyebaran satu emel berhubung rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.
Pengarah strategi PKR itu berkata beliau akan menganjurkan pertandingan itu sebagai reaksi kepada siasatan berkenaan, yang dianggapnya sebagai satu lawak jenaka.
Islam benarkan rakyat tegur kerajaan – TG Nik Aziz
26 Safar 1435H. [MOD] -
KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya.
“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan.
“Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku.
KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya.“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan.
“Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku.
Sejarah kelahiran Rasulullah bukan untuk disanjung
26 Safar 1435H. [MOD] -
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Sejarah keputeraan Muhammad bin Abdullah Rasulullah SAW sudah banyak ditulis orang, malah terus dihurai oleh pelbagai golongan masyarakat mengikut bidang masing-masing. Meskipun sejarah itu dipertontonkan dengan jelas di pelbagai medium, namun umat Islam belum dapat mengambil sejarah itu sebagai titik tolak untuk memperjuangkan Islam.
Kita tahu bahawa Nabi Muhammad SAW pemimpin yang mampu menyatukan pelbagai kabilah di Semenanjung Arab di bawah pemerintahan Islam Madinah. Kita kagum dengan kehebatan Baginda tetapi kita tidak mampu menyatukan sesama umat Islam, apatah lagi menyatukan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dalam rukun damai.
29 Disember 2013
"Makin panas" :Premis Akan Naikkan Suhu Penyaman Udara Ekoran Kenaikan Tarif Elektrik
25 Safar 1435H. [MOD] -

PETALING JAYA: Keadaan akan menjadi lebih panas di dalam bangunan pada 2014 apabila pusat membeli-belah, bangunan tinggi dan pejabat akan meningkatkan suhu penyaman udara bagi mengurangkan kos elektrik.
Persatuan Pengurusan Kompleks Beli-belah. dan Bangunan Tinggi Malaysia 400 ahlinya di seluruh negara untuk menetapkan penghawa dingin mereka pada suhu 23° C atau 24°C.
Berbeza pendapat bukan alasan perlu tinggalkan Malaysia, kata pengkritik kepada pemimpin BN
25 Safar 1435H. [MOD] -
Mereka yang selalu mempertikaikan kerajaan sebenarnya lebih sayangkan negara kerana sentiasa ingin memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dengan kuasa yang dimiliki. Gambar fail.Rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan berbeza dengan Putrajaya bukan tidak patriotik atau perlu meninggalkan negara ini selepas berbeza pendapat dengan menteri, kata penganalisis.
Mereka yang selalu mempertikaikan kerajaan sebenarnya lebih sayangkan negara ini, kata ahli politik pembangkang dan juga penganalisis.
Harga ais pula naik mulai Januari ini
25 Safar 1435H. [MOD] -
Rakyat akan semakin 'panas' dengan kenaikan harga ais 1 Januari ini.Rakyat yang sudah dibebankan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta pemotongan subsidi kerajaan akan semakin panas apabila harga minuman dan makanan sejuk akan dinaikkan ekoran kenaikan harga air batu atau ais.
Rakyat akan semakin 'panas' dengan kenaikan harga ais 1 Januari ini.Rakyat yang sudah dibebankan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta pemotongan subsidi kerajaan akan semakin panas apabila harga minuman dan makanan sejuk akan dinaikkan ekoran kenaikan harga air batu atau ais.Gempa 6.0 magnitud landa Laut Mediterranean
25 Safar 1435H. [MOD] -
ANKARA: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Ritcher melanda Laut Mediterranean di wilayah Antalya dekat selatan Turki, lewat petang semalam.
Gempa itu menyebabkan panik di kalangan penduduk namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.
Pusat seismologi Kandilli berpangkalan di Instanbul berkata, gempa itu berlaku pada jam 5.21 petang waktu tempatan dan berpusat kira-kira 84 kilometer di barat daya Alanya.
BN paksa rakyat masuk ekonomi menjunam
25 Safar 1435H. [MOD] -
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Kerajaan BN menaikkan harga asas seperti minyak, tarif elektrik, tambang pengangkutan awam seperti LRT, Monorail, KTM dan bas dan tahun hadapan kemungkinan besar tol.
Ini menyebabkan kos pengangkutan pekerja untuk berulang-alik ke kerja juga meningkat. Akibat itu, baki wang untuk kegunaan sendiri berkurang dan lebih teruk lagi harga barangan lain turut meningkat kerana peningkatan kos barangan asas.
Disebabkan tertekan, pekerja mengharapkan majikan memberikan kenaikan gaji untuk menampung kenaikan kos hidup.
Ini menyebabkan kos pengangkutan pekerja untuk berulang-alik ke kerja juga meningkat. Akibat itu, baki wang untuk kegunaan sendiri berkurang dan lebih teruk lagi harga barangan lain turut meningkat kerana peningkatan kos barangan asas.
Disebabkan tertekan, pekerja mengharapkan majikan memberikan kenaikan gaji untuk menampung kenaikan kos hidup.
Pemuda PAS kerah anak muda sertai himpunan Turun
25 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan mobilisasi anak muda supaya menyertai himpunan Turun pada malam 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat menegaskan Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah.
Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan mobilisasi anak muda supaya menyertai himpunan Turun pada malam 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan.Ketuanya, Suhaizan Kaiat menegaskan Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah.
Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.
R lelong kalendar 2014 isi tabung bantuan banjir
25 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KOTA BHARU: NGO Royalti Kelantan (R) mahu membuat lelongan empat keping Kalendar 2014 eksklusif bagi mengisi tabung bantuan banjir yang diusahakan mereka.
Kalendar tersebut mengandungi tandatangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Menurut NGO itu, bidaan dibuka kepada semua masyarakat Malaysia prihatin dengan harga kadar permulaan bidaan RM500 setiap keping.
"Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan Kalendar tersebut sebagai kenang-kenangan dan pada masa yang sama dapat memberikan sumbangan derma kepada mangsa-mangsa banjir tersebut bulehlah menghubungi pihak kami dengan kadar segera," kata NGO itu dalam satu kenyataan.
HARAKAHDAILY
KOTA BHARU: NGO Royalti Kelantan (R) mahu membuat lelongan empat keping Kalendar 2014 eksklusif bagi mengisi tabung bantuan banjir yang diusahakan mereka.Kalendar tersebut mengandungi tandatangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Menurut NGO itu, bidaan dibuka kepada semua masyarakat Malaysia prihatin dengan harga kadar permulaan bidaan RM500 setiap keping.
"Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan Kalendar tersebut sebagai kenang-kenangan dan pada masa yang sama dapat memberikan sumbangan derma kepada mangsa-mangsa banjir tersebut bulehlah menghubungi pihak kami dengan kadar segera," kata NGO itu dalam satu kenyataan.
Langgan:
Catatan (Atom)
