18 Januari 2014

Penyokong Pahang mohon perbesar Stadium Darul Makmur

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUANTAN: Mungkin sudah tiba masanya usaha memperbesarkan Stadium Darul Makmur dapat difikirkan bagi membolehkan lebih ramai penyokong menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium itu yang kini hanya mempunyai kapasiti 30,000 penonton.


Cadangan itu yang disuarakan kalangan penyokong Pahang selepas menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih, Pahang dengan Lions XII di sini, malam tadi, turut berharap stadium baharu dibina sekiranya pembesaran tidak dapat dilakukan.

Potong bajet pendidikan bunuh impian ribuan anak peneroka

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ura-ura pemotongan peruntukan tahunan Kolej Felda daripada RM16 juta kepada hanya RM5 juta akan “membunuh impian” ribuan anak peneroka di seluruh negara dan menimbulkan persoalan terhadap fokus utama Yayasan Felda bagi meningkatkan aspek kebajikan, latihan dan pendidikan generasi Felda, tegas Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.


Mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung cadangan pengurusan Felda itu, Mazlan berkata, visi Yayasan Felda sebagai peneraju utama pelaksana tanggungjawab sosial peneroka Felda akan dipersoalkan umum jika peruntukan tahunan empat Kolej Felda itu dipotong.  

Bom gegar Bangkok

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Bangkok Sekurang-kurangnya 36 orang cedera dalam letupan bom ketika penunjuk perasaan anti kerajaan berarak di Bangkok melalui tindakan yang mereka namakan ‘penutupan’ Bangkok untuk menggulingkan kerajaan, yang masuk hari kelima semalam.


Pegawai pusat kecemasan Erawan di bandaraya ini berkata daripada jumlah yang cedera itu, seorang dibawa ke pusat perubatan dan menjalani pembedahan kecemasan. 

10 pekerjaan tawar gaji paling tinggi

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Industri berasaskan teknologi dan sains adalah sektor pekerjaan yang menawarkan gaji paling tinggi di negara ini, menurut kaji selidik terbaru portal pengambilan pekerja dalam talian, Jobstreet.com.


Kaji selidik mengenai 10 Pekerjaan Menawarkan Gaji Tertinggi di Malaysia itu adalah berdasarkan gaji yang disenaraikan oleh majikan di laman web Jobstreet.com bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2013. 

Budak Perempuan Curi Berlian RM5.2 juta di Bukit Bintang

16 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
PETALING JAYA: Polis sedang giat memburu sebuah sindiket yang didakwa mencuri berlian RM5.2 juta dengan menggunakan warga China yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.


Dalam kejadian jam 3.50 petang Khamis, sindiket yang didakwa telah menjalani latihan mencuri itu menggunakan seorang kanak-kanak untuk mengambil berlian berkenaan dari sebuah galeri emas terkemuka di Bukit Bintang.

17 Januari 2014

Meniti usia 83 tahun Mursyidul Am

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
MINGGU lepas, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat genap 83 tahun. Beliau lahir pada tanggal 10 Januari 1931. Suatu usia yang membuktikan Tuan Guru (mesra dipanggil Tok Guru) seorang cukup berilmu dan berpengalaman.

Diyakini lebih sepertiga hayatnya dihabiskan untuk menimba ilmu di dalam  negeri (1937-1952) dan luar negeri (1952-1964). Bermakna dua pertiga lagi (1964 hingga sekarang), hidupnya dalam medan perjuangan Islam––politik dan dakwah.

Barang naik: Kenyataan Khairy sangat mengecewakan

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam tentang kenaikan kos barang naik seperti sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan.


 “Sekali lagi Khairy, yang awal menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan barang, berpatah balik untuk menyokong tindakan bossnya,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

Tak mandi 60 tahun

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
FARS - IRAN. Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.


Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air.
Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.

6,000 tiket 'tahun lalu' sah

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Kuantan: Kira-kira 6,000 tiket yang dibeli peminat bola sepak Pahang tertera cetakan perlawanan pada tarikh 17 Januari 2013, tetapi aksi sebenar sumbangsih – Piala Sultan Ahmad Shah berlangsung di Stadium Darul Makmur, malam ini. 

Apa pun pemilik tiket terbabit tidak perlu bimbang kerana mereka masih boleh memasuki stadium, malam ini untuk menyaksikan perlawanan antara juara Piala Malaysia, Pahang dan juara Liga Super, Lions XII. 

PAS Sabah selesai perlantikan jawatankuasa

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KOTA KINABALU: Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah selesai membuat perlantikan bagi jawatankuasa parti negeri itu bagi sesi 2013-2015.


Perlantikan tersebut dibuat pada satu mesyuarat di sini pada 11 Januari lalu.

Nyaris ditipu lelaki menyamar 'Imam Besar Makkah'

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Batu Pahat: Seorang ahli perniagaan nyaris kerugian RM550,000 kepada tiga lelaki Afrika termasuk seorang mengaku 'Imam Besar Makkah' yang menawarkan doa untuk menjadikannya jutawan. 


Suspek berlagak alim selain berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu, dikata menjadikan masjid lokasi mencari mangsa yang dipujuk dengan kata-kata manis.

Referendum Mesir hambar, kudeta didakwa menipu

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KAHERAH: Ikhwan Muslimin semalam membuat kenyataan menolak keputusan pungutan suara bagi meminda perlembagaan negara itu.


Mereka melalui Gabungan Kerjasama Kebangsaan Bagi Menentang Rampasan Kuasa, berkata pihaknya tidak akan mengiktiraf apa-apa keputusan berkaitan sepertimana tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kudeta sebelum ini kerana menganggap kerajaan Mesir hari ini tidak sah.

Pengurus Besar, SU PKNS akan dipanggil - Khalid

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri akan memanggil Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Setiausahanya bagi memberi keterangan berhubung isu keahlian dan pengguguran seorang ahli lembaganya.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan ringkasnya berkata beliau dan barisan Exco terikat kepada Enakmen PKNS dan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan sebarang kecacatan atau kesilapan yang berkaitan dengan perkara ini.

"Sayapun makan kangkung" – Najib

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

               
Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.

SKMM akui tak sekat laporan BBC

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah menghalang atau mengarahkan mana-mana pembekal perkhidmatan Internet supaya menyekat laporan dalam talian British Broadcasting Corporation (BBC).

               
Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata berdasarkan penilaian awal suruhanjaya itu, laporan berkenaan boleh diakses pengguna Internet.