17 January 2014

Barang naik: Kenyataan Khairy sangat mengecewakan

15 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam tentang kenaikan kos barang naik seperti sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan.


 “Sekali lagi Khairy, yang awal menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan barang, berpatah balik untuk menyokong tindakan bossnya,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Khairy Jamaluddin mengikut ingatan umum, sememang pantas dan licik melakukan sedemikian ’membodek bossnya’ mengikut rekodnya.

Menurutnya, beberapa pakar ekonomi seperti Dr Yeah Kim Leng dari RAM telah mengingatkan Putrajaya supaya tidak melakukan tarikan subsidi serentak (restrained) ditambah dengan pengenalan GST tahun depan pasti inflasi.

Ini, ujarnya kerana mengikut beberapa Investment Bank (IB) termasuk RHB dan Maybank meramalkan inflasi paling buruk setinggi 3.0% hingga 3.5% tahun 2014 dan 4.0% tahun depan bahkan leih lagi selepas GST.

“Betul, Khairy wajar diingatkan Ekonomi 101 bahawa Inflasi jenis ini yakni ‘kenaikan kerana kos’ atau cost-push inflation berbeza dengan ‘kenaikan kerana permintaan’ atau demand pull-inflation, boleh disebabkan kerana cuaca buruk,” jelasnya yang juga AJK PAS Pusat. 

Tetapi, tambah beliau sifat inflasi disebabkan cuaca ialah ‘sementara’ atau temporary price hike or disruption.

“Tetapi yang kita hadapi ini bukan satu yang bersifat sementara. Khairy wajar tahu,” ujarnya.

Beliau menjelaskan sifat inflasi ini ialah sustained inflationary pressure dan trend ini akan berkekalan selagi factor-faktor punca pencetusnya tidak ditangani.

Katanya lagi, faktor-faktor itu ialah “tarikan subsidi” secara “serentak” pelbagai barang ‘kritikal’ seperti bahan bakar – petrol dan diesel, gula, tarif elektrik dan kos pengangkutan awam termasuk tol di samping amalan monopoli yang megherot pasaran, penswastaan dan perjanjian konsesi yang tempang yang menaikkan kos seperti tol lebuh raya dan tarif elektrik dan subsidi yang regresif atau tidak kena sasaran seperti berbilion ringgit kepada IPP.

“Maka Inflasi ini ialah hasil cetusan Putrajaya – Putrajaya-induced inflation dan kalau akhirnya memuncak sebagai kemelut maka ia adalah ‘Krisis-Ciptaan Putrajaya atau  Putrajaya-induced crisis,” ujarnya.


Harakahdaily

No comments: