- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan provokasi perkauman melampau akhir-akhir ini.“Tindakan melampau ini bukan sahaja boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara bahkan ia akan mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap Islam,” tegas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, tindakan menyembelih ayam untuk upacara yang bertentangan dengan akidah Islam tidak seharusnya dibiarkan, seolah-olah ianya selaras dengan kehendak syarak.
Beliau berkata, PAS mengesahkan agar semua pihak bertindak mengikut lunas perundangan dan membawa sebarang isu yang dianggap melampau kepada pihak berkuasa.
Lebih sedih, ujar beliau apabila tindakan menggalakkan orang menampar dengan habuan wang itu disasarkan terhadap seorang wanita.
.jpg)




.jpg)
.jpg)





