06 Februari 2014

Pakatan jangan selesa, waspada segala kemungkinan

6 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Harakahdaily/-
KUALA LUMPUR: PAS akan memanfaatkan tempoh lebih sebulan sebelum penamaan calon PRK N25 Kajang untuk mendekati dan mengenali hampir 40,000 pengundi di Dun berkenaan.

Namun, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dalam tempoh itu Pakatan Rakyat tidak seharusnya berasa selesa dan perlu berwaspada dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

"Kita selalu minta tempoh berkempen yang panjang, oleh kerana masa yang lumayan ini diberikan kita gunakan untuk 'berkenalan' dengan para pengundi," katanya kepada Harakahdaily.


Tambahnya, dalam tempoh ini juga jentera Pilihan Raya Pakatan Rakyat boleh menfaatkan untuk menjalankan proses simulasi sebagai persediaan sebelum PRK itu.

"Oleh kerana tempoh kempen selama 13 hari selepas penamaan. Kita mahukan 14 hari atau 21 hari berkempen. Tapi kita akan gunakan kesempatan tempoh sebulan ini untuk perkuat jentera pilihan raya. Kita guna sebaik mungkin," katanya.

Bagaimanapun, Hatta kurang gembira dengan penetapan hari penamaan calon pada hari bekerja yang agak menyusahkan para penyokong parti masing-masing.

Semalam SPR mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Dun Kajang pada 11 Mac manakala hari membuang undi pada 23 Mac ini.

SPR turut menjelaskan PRK Kajang diadakan lewat kerana banyak persediaan yang perlu dilakukan.

"Kita banyak persediaan. SPR tidak menjangka langsung ada pilihan raya kecil ini. Kita menumpukan perhatian kita kepada urusan-urusan yang lain di bawah tanggungjawab SPR.

"Tetapi apabila ada pengumuman yang tidak disangka-sangka ada wakil rakyat yang meletak jawatan, kita kena ubah 'gear' dan buat persediaan," katanya dalam satu sidang media di pejabat SPR, pada Rabu

Tiada ulasan: