06 Februari 2014

Parlimen Turki lulus undang-undang kawal ketat internet

6 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

ANKARA: Parlimen Turki hari ini meluluskan undang-undang bagi mengetatkan lagi kawalan kerajaan terhadap penggunaan internet.

Ahli Parlimen lewat hari ini membenarkan pihak berkuasa telekomunikasi Turki untuk menghalang operasi laman web sekiranya ia melanggar peraturan tanpa perlu mendapatkan arahan mahkamah. 


Kerajaan juga akan mengarahkan penyedia internet untuk menyimpan rekod mengenai aktiviti pengguna laman web untuk tempoh dua tahun dan memberi akses kepada pihak berkuasa sekiranya dikehendaki tanpa perlu kebenaran pengguna. 


Namun, langkah terbaru itu mendapat reaksi berbeza Jawatankuasa Perlindungan Wartawan yang berpangkalan di New York yang menyifatkan ia menambahkan lagi tekanan terhadap Turki dalam isu kebebasan media.

Kerajaan Turki bagaimanapun berkata, mereka akan melindungi hak peribadi pengguna dan bukannnya untuk tujuan penapisan. - AP

Tiada ulasan: