06 February 2014

Lelaki Cedera Ditembak

6 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

IPOH: Seorang lelaki berusia 36 tahun cedera selepas ditembak ketika berada di depan rumahnya di Medan Klebang Restu pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa cedera di tapak tangan ketika cuba menyembunyikan diri sebaik sahaja suspek melepaskan tembakan.
Menurutnya, pasukan forensik masih menjalankan siasatan dan polis akan berusaha mengenalpasti suspek serta motif kerjadian.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

No comments: