06 February 2014

Ribuan penerbangan dibatal salji tebal landa utara AS

6 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

NEW YORK: Syarikat penerbangan terpaksa membatalkan ribuan penerbangan hari ini selepas salji tebal dan hujan lebat melanda utara Amerika Syarikat buat kali kedua dalam tempoh seminggu ini. 

Syarikat penerbangan Amerika Syarikat membatalkan lebih 2,800 penerbangan. Penangguhan itu tambahan kepada 1,600 penerbangan yang dibatalkan semalam dan 2,100 lagi pada Isnin, demikian menurut laman web penempahan penerbangan, FlghtAware. 


Kebanyakan penerbangan yang dibatalkan hari ini membabitkan destinasi dari sekitar New York, Boston, Chicago, Philadelphia dan Washington. 


United Airlines berkata, keadaan cuaca buruk itu menjejaskan penerbangan di bahagian timur-barat, termasuk Chicago dan Cleveland. 

Di sebelah timur Amerika pula, ribut petir menyebabkan sekolah, pejabat kerajaan dan pejabat perniagaan terpaksa ditutup, 

Ia turut menyebabkan gangguan tenaga elektrik di sebelah timur, 

Salji tebal turut menyebabkan bekalan elektrik untuk lebih 600,000 pelanggan di Pennsylvania terjejas. Ini termasuk pokok tumbang sehingga menyukarkan pengguna kenderaan. - AP

No comments: