
06 Sya'aban 1438H [MOD] -
Benarlah anggapan ketenangan dan kelancaran Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 63 yang berlangaung di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut menyebabkan musuh PAS makin kelam kabut dan jiwa mereka bergelora dan makin kacau.
Kerana hanya tindakan seorang pembahas Ucapan Dasar Presiden yang mewakili negeri Pulau Pinang yang ada menyebut DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membawa kepada kenyataan bahawa parti PAS 'sesat' dalam berpolitik dan kononnya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Malah mereka menganggap tindakan PAS sebagai tidak masuk akal.









