05 Jun 2017

Fasa ke 2 Ramadhan : Keampunan

Pena Idham Lim
10 Ramadhan 1438H.

Fasa ke 2 Ramadhan iaitu "Keampunan" bermula selepas kita melepasi fasa pertama "Rahmat" dari Allah SWT.

Sesungguhnya keampunan dari Allah amat kita dambakan lantaran tidak ada manusia yang terlepas dari melakukan dosa yang pelbagai. Dengan harapan itu marilah kita tumpukan sepenuh jiwa dan tenaga untuk memperolehi keampunan Allah di bulan yang mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

Isu Penjualan Arak dalam Penerbangan MAS

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

5 JUN 2017/ 10 RAMADHAN 1438
KENYATAAN DATUK MAS ERMIEYATI : PEMUDA PAS RAKAM TERIMA KASIH

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan terima kasih atas sokongan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin terhadap gesaan DPPM sebelum ini agar Malaysian Arlines (MAS) menghentikan hidangan minuman alkohol dalam semua penerbangannya.

04 Jun 2017

Mulianya mereka.

Pena Idham Lim
9 Ramadhan 1438H


Terkesan solat Tarawih  dibelakang imam yang cacat penglihatannya namun mampu menhafal Al Quran dan menjadi imam di Mesjid As Syarif Gombak kepada mereka yang sempurna penglihatannya. Setiap selesai 2 rakaat  selepas salam imam yang diperkenalkan dengan nama Ustaz Syukri itu segera menyemak Al Quran Braille dengan meraba-raba halaman pilihannya. Allahuakbar.

Disebelah saya seorang anak muda berpakaian kerja bertarawih sehingga selesai 23 rakaat bersama witir. Katanya setiap malam balik kerja dia akan singgah di beberapa mesjid untuk solat berjemaah. Mulianya seorang anak muda yang tidak lupa menjadi sebahagian dari mereka yang mengimarahkan Ramadhan.

Sejahtera bersama Islam

03 Jun 2017

Puasa adalah Perisai

Pena Idham Lim
8 Ramadhan 1438H.

Dalam keadaan kita berpuasa di bulan Ramadhan biasanya ada sahaja ujian kepada kita yang sedang berpuasa. Sejauhmana kita mampu menghadapinya sejauh itulah kesan Ramadhan yang dapat menjadi pendindingnya. Kalau kita gagal mengawalnya berarti Ramadhan kita telah gagal mendidik kita untuk menjadi orang lebih baik. Kerana itu Rasulullah bersabda :

“Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah, ‘Aku sedang berpuasa” (H.R. Bukhari dan Muslim).

Sejahtera Bersama Islam.

DARI JENDELA INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)

Oleh ABDUL HADI AWANG
Jumaat, 7 Ramadan 1438H/ 2 Jun 2017

Perasaan saya di ketika ini adalah penuh dengan kerinduan yang tidak terkira kepada keluarga dan sahabat – sahabat seperjuangan, walau pun fizikal sedang diganggu kesakitan dan ditahan di sini kerana rawatan yang diwajibkan.

Paling dirindui ialah Kuliah Dhuha Masjid Rusila (Marang, Terengganu) dan semua pelajarnya yang dimulakan sejak tahun 1976 kerana didesak oleh orang tua penduduk Kampung Rusila supaya menggantikan kuliah ayahanda (semoga mendapat rahmat dari Allah) yang baru meninggal dunia pada 1 Mei 1975. Saya juga sangat merindui berada di samping semua pemimpin PAS disemua peringkat termasuk rakyat jelata. Saya turut mengalami dan bersama dengan denyut kesusahan dan keperitan mereka khususnya di kalangan petani, nelayan dan pekerja rendah, serta belia menganggur yang sangat menekan perasaan saya.

02 Jun 2017

Rahmat Allah terbentang luas.

Pena Idham Lim
7 Ramadhan 1438H.

Kebiasaannya orang-orang yang berputus asa terhadap rahmat Allah dalam dua keadaan:

1. Ketika ia ditimpa dan diuji dengan musibah dalam hal dunia.
2. Ketika ia terjerumus kedalam dosa-dosa yang membinasakan.

Janganlah sampai kita ditimpa musibah di atas akan berputus asa dari rahmatNya, akan tetapi carilah rahmatNya yang luas terbentang apa lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.Sesungguhnya Rahmat Allah terbentang luas lebih luas dari langit yang terbentang luas.

01 Jun 2017

Bersangka baik kepada saudara kita.

Pena Idham Lim
6 Ramadhan 1438


Biasanya orang suka mencari keburukan seseorang dan dihambur-hamburkan nya walaupun mengumpat itu sangat dilarang didalam Islam. Terlebih lagi di bulan Ramadhan banyak yang tidak terlepas dari mendapat dosa mengumpat.

Ketahuilah disebalik keburukan dan kelemahan orang lain disana ada lagi kebaikan yang kita sedari atau tidak kita sedari. Alangkah baik nya kita sentiasa bersangka baik kepada saudara kita. Jadikan segala kebaikannya untuk membantu kita untuk mengasihinya.

Sejahtera Bersama Islam.

Kita hamba yang berniaga dengan Allah

Oleh: Dr Azman Ibrahim

1 Jun 2017, genaplah sebulan hamba Allah ini memikul amanah sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Sememangnya sejak hari pertama lagi, tiada tempoh bulan madu bagi seseorang yang memikul tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah gerakan Islam. Tempoh khidmat sebulan pertama adalah neraca awal untuk menilai setiap kelebihan dan kekurangan bagi merancang perjalanan seterusnya.

31 Mei 2017

Pena YDP Kuala Kangsar5 Ramadhan 1438H.

Pena YDP Kuala Kangsar
5 Ramadhan 1438H.


Kita dianjurkan untuk membaca doa ketika bangun dari tidur

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ


Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Pena YDP Kuala Kangsar4 Ramadhan 1438H

Pena YDP Kuala Kangsar
4 Ramadhan 1438H


Selepas 4 hari kita berpuasa, marilah kita bermuhasabah adakah kita termasuk dalam golongan yang membazir dalan makan dan minum kerana orang yang membazir dipersaudarakan dengan syaitan. Seperti firman Allah :- 

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

28 Mei 2017

Pena Idham Lim 2 Ramadhan 1438H.

Pena YDP Kuala Kangsar
2 Ramadhan 1438H


Hari ini semasa hadir dan melancar Program Ijtimak Muslimat dan Pelancaran Amilin Muslimat Kuala Kangsar, saya menemui beberapa orang muslimat yang sudah begitu lanjut usianya masih hadir meramaikan majlis tersebut.

Begitu sekali mereka istiqamah untuk terus hadir program parti walaupaun ramai mereka yang seusia itu sudah jarang keluar dari rumah apa lagi berada dalam program yang berlanjutan sehingga 4 jam.

25 Mei 2017

Kenyataan Akhbar PAS Negeri Selangor

PAS Selangor telah mengambil maklum terhadap Titah Tuanku DYMM Sultan Selangor melalui kenyataan khas terhadap kedudukan Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. Kenyataan ini juga sekaligus mengambil maklum terhadap pendirian yang telah dibuat oleh PKR melalui kenyataan Presidennya sejurus selepas mesyuarat Biro Politik mereka. PAS menjunjung kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh DYMM Tuanku Sultan serta berterima kasih atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR.

YDP PAS Kuala Kangsar tegaskan ahli PAS Jeliang keluar parti selesai, Mat Deka hadir sama.

KUALA KANGSAR: 24 Mei. PAS Kawasan Kuala Kangsar sekali lagi membuat kenyataan rasmi dengan menafikan 42 orang ahlinya keluar parti. Demikian penegasan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kuala Kangsar dalam program Santai Petang yang diadakan di Jeliang pada hari ini.

Hadir sama dalam program itu ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar, Ustaz Ahmad Dzorif bin Ramli, Beberapa orang AJK PAS Kawasan, Ketua PAS Cawangan, ahli serta penyokong PAS .

Sesuatu yang mengejutkan apabila hadir sama dalam majlis tersebut ialah Mohd Hamka atau Mat Deka dalam program tersebut. YDP PAS Kuala Kangsar juga mengesahkan Mat Deka juga hadir dalam program Perkampungan Pilihanraya di Guar hujung minggu lepas. Mengulas hal tersebut beliau mengatakan secara ringkas bahawa isu ahli PAS keluar parti di Jeliang sudah selesai.

21 Mei 2017

YDP PAS Kuala rasmi Program Sambutan Perkampungan Pilihanraya Menjelang Ramadan , Seru semua bersedia hadapi Ramadhan dan PRU.

KG. GUAR MANONG : 21 Mei . Sempena menjelangnya Ramadhan  dan PRU tidak berapa lama lagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kangsar dengan kejasama Jentera Pilihanraya DUN Manong dan cawangan-cawangan PAS Zon Manong telah mengadakan Program Perkampungan Pilihanraya Menjelang  Ramadhan di Kg Guar Manong pada hari ini. Program telah disempurnakan perasmiannya oleh YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar, Dato' Drs. Khalil Idham Lim.

Program yang dimulai pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang itu telah dihadiri oleh lebih 300 penduduk sekitar Manong.

20 Mei 2017

Keputusan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59

Keputusan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59 1438H/2017M

Hafazan Lelaki:
30 Juzuk
1. 94.00% - Sinegal
2. 93.95% - Malaysia
3. 93.94% - Qatar

Hafazan Perempuan:
30 Juzuk
1. 92.76% - Nigeria
2. 91.51% - Palestin
3. 89.14% - Sinegal

Tilawah Lelaki:
1. 89.96% - Iran
2. 89.58% - Brunei
3. 89.09% - Malaysia
4. 85.71% - Kanada
5. 85.55% - Singapura

Tilawah Perempuan:
1. 91.52% - Malaysia
2. 86.63% - Brunei
3. 86.01% - Singapura
4. 84.96% - Thailand
5. 84.50% - Maghribi

Tahniah Diucapkan 👍🏻