12 September 2021

Sekolah di negeri Fasa 1, 2 PPN kekal ditutup

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Radzi Jidin mengumumkan sekolah di negeri Fasa 1 dan kebanyakan sekolah di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan terus ditutup, manakala Fasa 3 dan 4 dibuka mengikut jadual pada 3 Okt ini.

Pangkor dijangka dibuka kepada pelancong mulai 1 Nov

Bagi mencapai imuniti kelompok di Pulau Pangkor, sekurang-kurangnya 8,026 daripada keseluruhan 11,500 penduduk layak perlu divaksin. (Gambar Facebook)

BATU GAJAH: Pusat peranginan Pulau Pangkor dijangka dibuka semula kepada pelancong yang lengkap divaksin pada 1 Nov ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi bagaimanapun berkata, keputusan pembukaan semula itu masih tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara, dengan cadangan itu akan dibentangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

AirAsia perkenal teknologi tanpa sentuh

 AirAsia memastikan prosedur operasi dilaksanakan dengan standard tertinggi - Foto Bloomberg

AirAsia memastikan prosedur operasi dilaksanakan dengan standard tertinggi - Foto Bloomberg

SEPANG: AirAsia membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan tetamu terbang dengan lebih selesa dan selamat dalam persiapan rancaknya untuk kembali terbang ke destinasi percutian bermula dengan Langkawi pada 16 September ini.

Saman fitnah: Peguam PAN mohon maaf kepada Dr Kamarul

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berjaya membersihkan namanya yang tercemar ekoran fitnah Naib Ketua Pemuda PAN Negeri Perak, Mohd Fitri Asmuni.

COVID-19: 19,198 kes direkod hari ini

 - Hiasan. FOTO NSTP

- Hiasan. FOTO NSTP

PUTRAJAYA: Sejumlah 19,198 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 di negara ini mencecah 1,979,698 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan pertambahan kes harian iaitu sebanyak 5,291 kes.

Sesi persekolahan 2021 dilanjut hingga Mac 2022

Sesi persekolahan untuk tahun ini dilanjutkan hingga Mac 2022. - Foto hiasan NSTP
Sesi persekolahan untuk tahun ini dilanjutkan hingga Mac 2022. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan bagi tahun ini akan dilanjutkan hingga Februari tahun depan bagi membolehkan Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan semua pelajar, khususnya yang ketinggalan bersedia untuk masuk ke kelas berikutnya.

Boleh hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bercakap pada sidang media mengenai pengoperasian sekolah di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Pelajar dibenarkan untuk tidak memakai pakaian seragam jika pakaian sedia ada sudah tidak lagi muat.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, namun, murid perlu memakai pakaian yang sopan, kemas dan sesuai untuk ke sekolah.

KKMM penghubung Putrajaya dengan rakyat - Annuar

 Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media pada Program Penyerahan Bantuan Makanan kepada Golongan Memerlukan@Rumah Prihatin di Grand Season, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan kementeriannya akan menjadi suara kerajaan dan merasa denyutan nadi rakyat di negara ini.

Belfort tumbangkan Holyfield

 Evander Holyfield jatuh selepas ditumbuk bintang seni bela diri Brazil, Vitor Belfort dalam pertarungan dekat Hard Rock Live, Hollywood, Florida. - AFP

Evander Holyfield jatuh selepas ditumbuk bintang seni bela diri Brazil, Vitor Belfort dalam pertarungan dekat Hard Rock Live, Hollywood, Florida. - AFP

MIAMI: Bekas juara dunia heavyweight, Evander Holyfield tewas menerusi knockout teknikal (TKO) pada pusingan pertama kepada bintang seni mempertahankan diri, Vitor Belfort sebentar tadi.

Guna penerbangan ke Langkawi tak perlu kebenaran polis - Khairy

 Pelancong ke Pulau Langkawi bermula 16 September ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis. - Foto fail NSTP

Pelancong ke Pulau Langkawi bermula 16 September ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Individu menggunakan pesawat untuk melancong ke Pulau Langkawi, Kedah bermula 16 September ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Modenas Dominar D400 versi dipertingkatkan RM13,997

KUALA LUMPUR: Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan varian motosikal 'sports tourer' Modenas Dominar D400 dipertingkatkan yang ditawarkan pada harga bermula RM13,997.

SELAMAT ULANG TAHUN KE 6 KEPADA KONGRES RAKYAT/SELAMAT BERKONGRES KEPADA PESERTA KONGRES EKONOMI RAKYAT.

Gerakan Pembela Ummah(UMMAH) mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Kongres Rakyat sempena ulangtahun ke-6 pada hari ini, 12 September 2021. Sesungguhnya Kongres Rakyat telah meniti perjuangan bersama denyut nadi rakyat Malaysia dalam tempoh tersebut yang bernilai harganya.

Hampir 73 peratus rakyat dewasa divaksin

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 72.7 peratus atau 17,026,781 individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Pembukaan Parlimen esok, sidang pertama kerajaan pimpinan Ismail Sabri

 Bangunan Parlimen - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Bangunan Parlimen - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 esok, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ronaldo gegar Old Trafford

 Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kanan) meraikan jaringan pertamanya bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United di Old Trafford, Manchester, sebentar tadi. - Foto EPA.

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo meledak dua gol pada penampilan keduanya bersama Manchester United untuk membantu pasukannya melonjak ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 4-1 ke atas Newcastle United di Old Trafford, sebentar tadi.