MIAMI: Bekas juara dunia heavyweight, Evander Holyfield tewas menerusi knockout teknikal (TKO) pada pusingan pertama kepada bintang seni mempertahankan diri, Vitor Belfort sebentar tadi.
Ketika bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membuat komentar di tepi gelanggang dekat kasino Seminole Hard Rock di Hollywood, Florida, bintang Brazil itu melepaskan tumbukan menyebabkan Holyfield terjatuh di tali gelanggang.
Legenda AS itu kembali bangkit namun tumbang ke lantai selepas diasak Belfort.
Dia melalui kiraan tetapi selepas menerima tumbukan berkali-kali tanpa membalas, pengadil memberhentikan pertarungan walaupun dibantah Holyfield.
"Ia tidak menyakitkan," kata Holyfield yang menegaskan bahawa keputusan memberhentikan pertarungan sebagai "satu kesedihan."
"Itulah yang terjadi," katanya. "Saya rasa ia keputusan yang teruk."
Holyfield bertarung buat kali pertama sejak mengalahkan Brian Nielsen pada 2011 dalam karier gemilangnya.
Holyfield memenangi pingat emas Olimpik 1984 dalam kelas light heavyweight dan mendominasi kategori cruiserweight secara profesional sebelum menyertai saingan heavyweight.
Dia dikenali sebagai pemenang heavyweight termasuk dua kali menumbangkan Mike Tyson dengan satu daripadanya dalam "Bite Fight", selain itu mengatasi George Foreman dan menewaskan Riddick Bowe. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan