PETALING JAYA: Sebanyak 90.9% atau 21,290,857 orang populasi negara menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan individu yang lengkap dos kedua pula adalah sebanyak 72.7% atau 17,026,781 orang.
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 38,260,575 dos.
“Mengikut peratusan populasi dewasa, sebanyak 90.9% mendapat dos pertama, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino. Manakala 72.7% lengkap dos kedua,” katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 258,929 dos semalam dengan 88,960 adalah dos pertama manakala 169,969 dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. FMT/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan