: Cina Islam | 2025 : (林川興)
Memori Perjalanan Hidup Insan Kerdil
12 September 2021
Ronaldo gegar Old Trafford
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kanan) meraikan jaringan pertamanya bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United di Old Trafford, Manchester, sebentar tadi. - Foto EPA.
MANCHESTER: Cristiano Ronaldo meledak dua gol pada penampilan keduanya bersama Manchester United untuk membantu pasukannya melonjak ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 4-1 ke atas Newcastle United di Old Trafford, sebentar tadi.
Ronaldo hanya memerlukan 47 minit untuk membuka akaun golnya bersama United selepas 12 tahun meninggalkan pasukan terbabit.
Pemain berusia 36 tahun itu yang ditandatangani daripada Juventus menampan masuk bola dari jarak dekat untuk memberikan gol pendahuluan buat tuan rumah di penghujung babak pertama.
Dia menambah gol keduanya selepas sejam perlawanan berlangsung menerusi penyudah kaki kiri sekali gus memadam gol penyamaan pelawat yang disumbangkan Javier Manquillo pada minit ke-56.
PEMAIN Newcastle United, Joelinton (kiri) diasak Raphael Varane pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. - Foto EPA
PEMAIN tengah United, Jesse Lingard cuba melepasi pertahanan Newcastle. - Foto AFP
Bruno Fernandes melebarkan jurang dengan rembatan jarak jauh pada minit ke-80 sebelum Jesse Lingard melengkapkan kemenangan bergaya United dengan gol keempat pada masa kecederaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan