
KUALA LUMPUR: Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga sesi persidangan akan datang.

KUALA LUMPUR: Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga sesi persidangan akan datang.

PETALING JAYA: Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan mula kembali ke kampus masing-masing secara berperingkat mulai 15 Oktober ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad.

KUALA LUMPUR: Kelonggaran baharu yang dipersetujui secara prinsip, termasuk kemungkinan rentas negeri akan diumumkan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan berhubung perkara itu diperincikan dalam mesyuarat khas membabitkan tiga lagi kementerian, hari ini.

PUTRAJAYA: Angka penularan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan tiga hari berturut-turut apabila sebanyak 15,669 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 16,073 kes semalam.

Rasulullah adalah rasul terakhir yang diutuskan kepada umat akhir zaman. Umat baginda bukan sahaja terdiri daripada kalangan manusia yang hidup sezaman dengannya sahaja.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 53.5 peratus atau 17,480,766 daripada keseluruhan populasi di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat semalam.

KUALA LUMPUR : Usul Menjunjung Kasih dan Pembahasan Titah Diraja dijadual memenuhi sesi persidangan Dewan Rakyat pada hari kedua hari ini, sehingga 21 September depan.

PETALING JAYA: Tiada kata-kata dapat menggambarkan kepayahan yang dialami oleh ramai rakyat Malaysia sejak setahun lalu.

PETALING JAYA: Tempahan hotel di Langkawi meningkat kepada 20%, susulan pengumuman Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang membuka semula pulau itu kepada pelancong.
Buaya yang dikesan penduduk naik ke terusan berhampiran Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau pada Isnin. -Foto: Ihsan pembaca
PARIT BUNTAR - Penduduk Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau di sini gempar apabila seekor buaya naik ke darat dalam kejadian pada Isnin.
Kejadian itu sempat dirakamkan penduduk kampung yang menyedari reptilia berkenaan berada di tepi terusan tersebut sebelum tular di laman sosial.

EDINBURGH: Sebuah buku yang dipinjam pada 2007 akhirnya dipulangkan semula ke sebuah perpustakaan di Scotland.
Lapor portal UPI, OnFife yang menguruskan perpustakaan di wilayah Fife memaklumkan, seorang pelanggan memulangkan buku bertajuk The Amazing Maurice selepas tamat tempoh pinjamannya kira-kira 14 tahun lalu.

PETALING JAYA: Persidangan Dewan Rakyat esok akan menumpukan kepada pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Berdasarkan aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan akan bermula dengan sesi pertanyaan menteri dan jawab lisan pada pukul 10 pagi.

BEIJING: Ratusan penerbangan dihentikan dan puluhan ribu penduduk dipindahkan di Shanghai hari ini, ketika Taufan Chanthu membawa angin kencang dan hujan ke metropolis timur China.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini melakar sejarah apabila julung kali memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.
MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan susulan pemeteraian MoU itu berkata, MoU itu membentuk kerjasama 'dwi-partisan' yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah.
"Kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif," katanya.
Ismail Sabri berkata, titah hasrat Seri Paduka ialah semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan.
"Semangat Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan inilah yang dizahirkan dalam memorandum persefahaman oleh kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat pada petang ini.
"Transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.
Beliau turut merakam setinggi penghargaan kepada ahli-ahli Parlimen yang telah membulatkan tekad, mengetepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
MoU yang terhasil dari beberapa siri perbincangan antara wakil kerajaan dan pembangkang sejak akhir bulan ditandatangani secara bersama oleh Ismail Sabri dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut menandatangani MoU itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat menyahut seruan dan titah Yang di-Pertuan Agong untuk memfokuskan usaha melawan pandemik COVID-19 dan memulih negara serta mensejahterakan semula kehidupan rakyat.