14 September 2021

Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguh



KUALA LUMPUR: Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga sesi persidangan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah itu dibuat kerana ingin meminda perkara 57 (1) untuk menambah jumlah daripada dua Timbalan Speaker kepada tiga Timbalan Speaker 

“Peraturan Mesyuarat 90(2) dengan persetujuan yang Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk mengrentikan peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menanguhkan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti perkara nombor satu yang sudah tertera dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul hari ini ke mesyuarat kedua penggal keempat Parlimen ke-14,” katanya.

Usul itu disokong Ahli Parlimen Arau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

Tambah Wan Junaidi, penambahan jawatan Timbalan Speaker itu adalah khusus untuk pembangkang.

“Sebenarnya tujuan kita gantung dahulu peraturan ini (usuL pilih Timbalan Speaker) sepertimana dalam jadual yang telah ditetapkan teRdahulu, oleh kerana kita nak bawa pindaan Perlembagaan ke Dewan ini untuk meminda perkara 57 (1) jumlah Timbalan Speaker dari dua orang kepada tiga.

“Walaupun dalam Pelembagaan tidak menetapkan siapa yang akan jadi Timbalan Speaker kerana landasannya dipilih oleh Ahli Parlimen, maka dengan itu kita akan buat satu peraturan supaya salah seorang dari tiga Timbalan Speaker akan disandang dari pihak pembangkang. tak kisah siapa jadi pembangkang.

“Itu hasrat kerajaan untuk menangguhkan usul ini, saya sebenarnya sudah bincang dengan Peguam Negara supaya pindaaan ini kalau dapat dibuat penghujung sesi ini untuk bacaaan kali pertama dan diikut sesi Oktober ini,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: