PETALING JAYA: Tempahan hotel di Langkawi meningkat kepada 20%, susulan pengumuman Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang membuka semula pulau itu kepada pelancong.
Pengerusi Persatuan Hotel Kedah dan Perlis Eugene Dass, berkata tempahan itu dijangka bertambah berikutan pulau terbabit semakin hampir untuk mencapai imuniti kelompok.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri sebelum ini mengumumkan pembukaan pulau percutian terkenal itu kepada pelancong yang telah lengkap dua dos vaksin bermula 16 September.
Dass berkata, kebanyakan hotel menambah nilai terhadap pakej-pakej pelancongan mereka tanpa melakukan penurunan harga yang terlalu banyak.
“Kemudahan sauna dan spa masih tidak dibenarkan tetapi kemudahan lain sepatutnya dibuka tetapi bergantung kepada pihak hotel. Prosedur operasi standard (SOP) juga perlu diperketatkan,” katanya.
Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia Uzaidi Udanis berkata, kebanyakan hotel di pulau terbabit telah menerima ribuan tempahan daripada pelancong untuk tempoh September hingga November.
Uzaidi berkata ejen-ejen pelancongan juga melihat terdapat peningkatan tempahan tiket penerbangan ke Langkawi.
Dia turut menggalakkan supaya aktiviti di pulau terbabit dipelbagaikan untuk pelancong seperti ‘island hopping’, taman tema dan mengingatkan pelancong mematuhi semua SOP yang ditetapkan. FMT/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan