10 Januari 2008

Calon PAS Perlu Usaha Lebih Menangi Hati Rakyat - Husam

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Calon dan pemimpin PAS terutamanya daripada negeri-negeri yang tidak pernah memenangi sama ada dalam pilihan raya kecil mahupun umum perlu berusaha keras dalam mendekati dan memenangi hati rakyat sebelum mengimpikan kejayaan memenangi pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan dialog bersama sidang editorial Harakah di Pejabat Harakah dekat sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan sidang pengarang serta wartawan.

Husam berkata, pendekatan yang dibuat oleh beberapa pimpinan PAS Kelantan selain pendekatan beberapa pemimpin Umno disana dengan menziarahi penduduk tempatan terutamanya dalam aktiviti keagamaan perlu dilihat secara positif.

Katanya, secara amnya dengan adanya media dan segala kelengkapan kempen melalui perkakas kerajaan pemimpin Umno/BN di sana tidak perlu beruasah sedemikian rupa bagi memenangi hati rakyat.

Tetapi sebaliknya pemimpin BN yang juga selaku pembangkang di Kelantan tidak hanya mengharapkan perkakasan kempen yang sedia ada, mereka berusaha dengan keras mendekati rakyat termasuk terpaksa solat fardhu berjemaah beberapa kali di pelbagai lokasi surau di kawasan mereka, katanya.

Biarpun kadang-kadang ianya dilihat seperti satu lakonan, tetapi ianya boleh dicontohi dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat terutamanya kepada pemimpin yang berada di negeri-negeri Selatan seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, katanya.

Dalam dialog yang sama, Husam turut membincangkan secara serius mengenai peranan Harakah sebagai media pilihan raya dan berfungsi sebagai agen kepada PAS menyegarkan kempen pilihan raya dengan bahan yang menarik.

Husam antara lain mencadangkan beberapa idea baru bertujuan memantapkan Harakah sebagai organ terpenting kepada penerangan PAS selain media-media di bawah kumpulan Harakah serta method lain yang digunakan sebagai penerangan parti.

Antaranya Husam melihat peripentingnya Harakah menjadi sumber kepada pembaca, parti lawan dan akhbar lain dalam isu-isu yang membabitkan dasar parti sendiri dan pendedahan yang boleh menyedarkan rakyat.

Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada editorial Harakah membawa arus perubahan untuk dipersembahkan dalam pilihan raya akan datang, setidak-tidaknya Harakah sebagai media suara parti yang menyengat. - mks.-->(Sumber: Harakahdaily Wed Jan 09)

PM : Cegah Jenayah Cuma Dengan 3 Langkah?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan pelaksanaan tiga langkah penting membanteras jenayah dan memantapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

1. Mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan awam dan premis yang dikenal pasti berisiko tinggi.




2. Menyambung perkhidmatan secara kontrak pegawai dan anggota polis yang bakal dan telah bersara di samping penempatan kakitangan awam mengisi jawatan tertentu dalam PDRM yang sebelum ini dijalankan anggota polis seperti tugas-tugas perkeranian.

3. Menyegerakan penambahan balai polis di bandar-bandar baru termasuk menyewa bangunan kedai untuk tujuan itu bagi mengelak tempoh masa lama membina balai baru.

Langkah di atas ada kebaikan nya namun dilihat tidak dapat membenteras jenayah tanpa ada usaha secara ikhlas untuk membentuk masyarakat untuk anti jenayah dan tidak melakukan jenayah. Pintu-pintu maksiat hendaklah disempitkan dan ditutup terus. Contohilah apa yang dilakukan di Kelantan

Kebimbangan dalam batang tubuh pengawal keselamatan apabila bekas ketua polis negara Tan Sri Hanif Omar yang mengatakan 40 % pegawai atas terlibat dengan rasuah. Persoalan ini dulu yang perlu dijawab dan diperbetulkan oleh PM barulah langkah diatas berjaya dilaksanakan.







Parlimen Kuala Kangsar:Anwar Lawan Rafidah

Bekas Pemangku Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim membayangkan hasrat beliau untuk bertanding di Kawasan Parlimen di sini dalam pilihan raya ke-12 akan datang.




"Saya tersangat gembira kiranya dapat bertanding di Kawasan Parlimen Kuala Kangsar nanti bagi mengalahkan Dato' Seri Rafidah Aziz yang telah mengekalkan kemenangannya sebagai Ahli Parlimen di sini sejak sekian lama," katanya sewaktu berceramah di majlis perjumpaan sepetang bersama rakyat selepas Jumaat di Kg. Sayong Lembah dekat sini 4 Januari lalu..

Tegasnya, beliau ingin menjadi calon Kawasan Parlimen di sini adalah untuk melakukan perubahan yang menguntungkan semua rakyat di bandar Diraja itu khasnya dan kemajuan pembangunan negeri Perak serta negara amnya.

Kenyataan Anwar di atas disambut oleh Rafidah ketika berucap merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) kelmarin.

Rafidah Aziz bersedia berdepan dengan bekas ketuanya ,jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu mencabarnya di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Menurutnya, beliau ada mendengar ura- ura Anwar mahu mencabarnya pada pilihan raya umum nanti dan tidak gentar menghadapinya.‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu.

Perkembangan ini sangat menarik bagi penduduk dinegeri perak melihat kepada kerusi Kuala Kangsar yang sangat sinonim dengan Istana Bukit Candan. Sebelum ini Rafidah dicabar beberapa kali oleh pimpinan PAS negeri Perak tetapi gagal ditumbangkan.

Pada tahun 1999, Rafidah di Cabar oleh AJK PAS Pusat yang semasa itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Peguan Asmuni Awi. Rafidah mendapat 12,074 undi dan Asmuni Bin Awi mendapat 9,300.

Pilihanraya ke 11 tahun 2004 Rafidah dicabar oleh Ir. Hj. Nizar Jamaluddin yang pada masa itu merupakan Bandahari PAS Perak. Sekali lagi beliau dapat mempertahan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 5557 undi. Rafidah mendapat 11305 undi dan Nizar mendapat 5748 undi.

09 Januari 2008

Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou VII" akan Dilancarkan Tahun Ini

BEIJING, 7 JAN,-Suruhanjaya Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Negara China memaklumkan wartawan hari ini bahawa kapal angkasa lepas pembawa angkasawan "Shenzhou VII" akan dilancarkan pada tahun ini.





China pernah dua kali menjalankan penerbangan angkasa lepas dengan membawa angkasawan pada tahun 2003 dan 2005. Dalam penerbangan ketiga yang akan diadakan tahun ini, angkasawan China akan berjalan keluar dari kapsul kapal di angkasa lepas buat pertama kali. Ada berita yang lain melaporkan, sekarang kapal itu sedang dijalankan pemerikasaan berkenaan, dan 14 orang angkasawan sedang menerima latihan.

Pada tahun 2007 China berjaya mengorbitkan bulan dengan Satelite Chang'e 1. Setelah itu China telah mengumpulkan 122 pakar untuk mengkaji gambar-gambar permukaan bulan yang dikirim oleh Chang'e 1.

Lelaki Malaysia Penyayang, Pemimpin BN tidak Penyayang

Kajian mendapati lelaki Malaysia dikatakan lebih bersifat penyayang dan sikap itu menjadi sebab terpenting mengapa wanita Indonesia gemar memilih mereka sebagai suami.



Cuma yang tidak penyayang adalah pemimpin BN terutama menteri-menteri yang dilantik untuk menjaga kebajikan rakyat.

Beberapa bukti terakhir menunjukkaan menteri-menteri kabinet yang dilantik PM sangat tidak penyayang. Berita gempar menteri kesihatan dengan skandal seks membuktikan dia tidak penyayang kepada isteri sendiri. Kalau sayang kepada pasangan sendiri mana boleh orang rakam adengan seks dengan bukan isteri sendiri yang memaksa beliau meletakkan semua jawatannya.

Menteri Pelajaran apa kurangnya, Sikap ambil lewa kepada isue yuran sekolah yang meleret-meleret jadinya mengambarkan dia tidak penyayang dan tidak perihatin kepada masaalah ibubapa. Adakah patut cadangan jalan keluar oleh menteri tidak cerdik ini supaya ibubapa pergi ambil balik yuran kalau tidak puas hati. Sedangkan apa yang ditanya rakyat mana yang dikatakan penghapusan yuran yang diwar-warkan selama ini. Hadiah tahun baru 2008 nampaknya kenaikan yuran yang berganda-ganda.

Kenaikan Tol membuktikan Menteri Kerja Raya tidak penyayang kepada rakyat. Yang dia sayangkan adalah kroni dan taukeh lebuhraya. Begitu juga dalam masaalah kekurangan minyak masak namnpaknya menteri tidak sayangkan rakyat. Balik-balik rakyat yang dipersalahkan kononnya membeli dengan panik dan sorok minyak.

PM juga sangat tidak penyayang bila mengatakan dia tidak rasa sedih sedikitpun kalau menggunakan ISA jika perlu. Sedangkan bukan masaalah guna, yang dituntut supaya dimansuhkan kerana undang-undang zalim dan jakun ini betul-betul telah memutuskan kasih sayang antara isteri dengan suami , bapa dan anak-anak tersayang.

Subsidi : Rakyat Di Perbodohkan

Setiap kali berlaku kirisis kenaikan harga barang yang keluar dari mulut kerajaan ialah perkataan "Subsidi". Kononnya kerajaan telah berkorban banyak dengan mengeluarkan banyak subsidi untuk mengelakkan kenaikan harga lebih banyak.

Saya tidak faham sangat dengan gula-gula subsidi yang sering didakwa oleh Menteri BN. Terbaru dalam menengani kekurang bekalan minyak masak kerajaan bersetuju meningkatkan kuota pengeluaran minyak masak bersubsidi dalam tempoh terdekat bagi menangani kekurangan bekalan bahan keperluan itu yang meruncing di pasaran.

Nampaknya BN nampak dengan memberi subsidi sahaja dapat mengawal kenaikan harga barang?

Sekali ini kita diperkenalkan dengan "minyak masak bersubsidi", sebelum ini dikatakan tol bersubsidi, minyak petrol dan diesel bersubsidi, baja subsidi sehingga berok dan gigi pun dikatakan subsidi.

Seakan-akan suatu gambaran Kerajaan BN ini baik sangat dan rakyat Malaysia miskin sangat sehingga semua memerlukan subsidi. Walaupun benar ada unsur subsidi tetapi kita mempertikai kalimat itu yang dijadikan gula-gula berterusan oleh kerajaan. Bukankah ada cara lain untuk kita mengekang kenaikan harga barang. Kalau tidak cukup pakar dalam negara, contoh dari luar negara boleh kita ambil.
Sedangkan walaupun sebanyak mana subsidi yang diberikan ianya berupa hak rakyat yang telah dikembalikan. Ianya bukan hak UMNO atau BN . Semuanya hak rakyat dan wajarlah dikembalikan kepada rakyat.

Kalau begitulah saya cadangkan BN ditukar kepada BS (Barisan Subsidi).

08 Januari 2008

Pilhanraya Bulan Februari ?

GEMPAR. Penulis malam tadi ke Kuala Lumpur, gencar dengan berita dari ibu kota mengatakan PR Umum ke 12 akan diadakan pada bulan Feb selepas Tahun Baru Cina.

Bagi pernulis masakan pokok akan bergoyang kalau tidak ada angin. Kebenarannya ada dengan pelbagai krisis yang melanda batang tubuh Kerajaan BN menyebabkan mereka tidak boleh menunggu lama.

Yang penting kita telah bersedia untuk berlawan walaupun SPR bukan lagi pengadil tetapi telah memakai jersi UMNO. Lawan tetap Lawan.

Krisis Minyak Masak : Rakyat Juga Yang Salah

Apa saja masaalah negara, nampaknya rakyat bawahan yang dipersalahkan. Terbaru dalam krisisi minyak masak nampaknya peniaga kecil dan penyeludup kecil yang diperslahkan.



Utusan Malaysia hari ini sebagai dipetik melaporkan "Pada saat rakyat negara ini gelisah ekoran kekurangan bekalan minyak masak kelapa sawit serta penahanan seorang peniaga yang menyorok bekalan itu di Nilai, Negeri Sembilan, terdapat segelintir pihak sanggup menyeludup barang keperluan tersebut ke Thailand bagi menjualnya pada harga lebih mahal."

Dilaporkan juga, polis marin yang menyerbu sebuah stor di Kampung Tanjung, Pengkalan Kubor dekat sini merampas 209 kotak minyak masak berisi 3,553 kilogram bahan tersebut yang dipercayai hendak diseludup ke negara jiran itu.Pemangku Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor, Asisten Supritendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, nilai rampasannya ialah RM8,778 tetapi penyeludup dipercayai memperoleh keuntungan berlipat kali ganda jika bahan itu berjaya dibawa ke Thailand.

Mustahil dengan sebanyak itu dan banyak lagi pun bekalan minyak menjadi meruncing dan akan dicatu pada minggu depan.

Tolong dedahkan masaalah sebenar dan melalui jalan mana sebenarnya minyak dibawa keluar. Tak kan habis stok minyak kalau sebanyak itu diseludup. Atau cuma ingin burukkan Kelantan. Pintu keluar dan pelabuhan lain macam mana pula. Kita tunggu menteri UMNO yang kononnya cerdik untuk buat laporan.

07 Januari 2008

Mashitah Kena Tanya Kenapa Zina Berleluasa

Kajian perlu dijalankan bagi mencari punca kenapa ramai lelaki Malaysia memilih calon isteri dari Indonesia.Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mashitah Ibrahim berkata, kajian itu perlu kerana bilangan lelaki Malaysia yang memilih wanita Indonesia sebagai isteri semakin meningkat.

Katanya lagi, berdasarkan rekod Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, antara lima hingga 10 pasangan dari kedua-dua negara mendaftar setiap hari untuk bernikah.Ini tidak termasuk mereka yang mendaftarkan perkahwinan di Konsul Malaysia di Medan dan melangsungkan perkahwinan secara rahsia.

Alhamdulillah ramai lagi rakyat Malaysia yang menghindarkan zina dengan bernikah secara sah menurut Islam. Jangan buang masa menyibuk perkara yang halal. Yang Haram lebih banyak lagi yang kamu kena tegur. Jangan jadi seperti bidalan "tutup kepala nampak punggung".

Lebih baik Ummu Hadhari tumpukan masaalah yang lebih besar iaitu maksiat yang berleluasa di negara kita dari orang bawahan hingga atasan. Pendedahan Dr. Chua mengambarkan pemimpim UMNO bukan bersih semuanya.

Jawapannya sudah berada dikepala kamu, jangan buat tidak tahu. Tolong dedahkan dan cari penyelesaian segara kalau berani. Atau berhenti saja dari jadi "pecacai" yang hendak cuci tong tahi dengan kamu sendiri terkena tahi.

Menteri Pelajaran Yang Tidak Cerdik

Berita Tereikini TV 3 petang kelmarin menyiarkan berita yang menunjukkan Menteri Pelajar cuba memperbodohkan rakyat. Hari ini berita tersebut tersiar dalam kebanyakan media arus perdana.



Katanya kalau ibubapa yang tidak berpuas hari dengan bayaran yuran yang dipertikaikan boleh mengambil balik dari sekolah dan kerajaan tidak akan susah kalau sebanyak itu wang yang diambil balik oleh ibu bapa. Itu yang saya faham dari berita yang saya tengok di TV 3 kelmarin.

Sangat tidak bertanggung jawab sekali kenyataan ini, sedangkan sehari sebelum dari itu kebanyakan pemimpin UMNO berjanji untuk meneliti kembali tentang kesusahan rakyat mengenai bebanan yuran sekolah ini.

Sudahlah Rakyat ditipu dengan gula-gula penghapusan yuran . Rupanya cuma RM 4.50 untuk sekolah rendah dan RM 9.00 untuk sekolah menengah yang dihapuskan.

Kelantan Tidak Bina Mesjid Tapi UMNO Robohkan Mesjid

Berita Utusan hari ini melaporkan sebagai dipetik bahawa kelantan tidak pernah bina mesjid selama 18 tahun Kerajaan PAS memerintah Kelantan. Najib Tun Razak, semalam yang kecewa dengan sikap kerajaan Pas Kelantan yang melaung-laungkan slogan Membangun Bersama Islam tetapi gagal membina sebuah masjid di negeri ini.


Persoalannya apa sangat lebih bina mesjid kalau jemaahnya kosong dan tidak ada jemaah. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS ialah memastikan dulu mesjid yang ada sekarang betul-betul dipenuhi oleh jemaah setiap lima waktu. Inilah yang penting sekali.

Samaada sembahyang atau kuliah, Kelantan telah membuktikan mesjid nya penuh dengan jemaah. Siapa tidak kenal dengan Mesjisd Muhammmadi di Kota Bharu yang sentiasa penuh dengan jemaah setiap kali sembahayang 5 waktu.

Selain itu kegiatan kuliah, tazkirah dan sebagainya di Mesjid di Kelantan tidak dihalang malah digalakkkan. Ini kelainan berbanding dengan Mesjid-mesjid Hadhari yang dibina oleh UMNO. Bukan setakat dihalang tetapi ada yang dirobohkan di Terengganu.

Mesjid Kristal di Pulau Duyong yang menelan belanja hampir 1 billion dan menjadi kebangaan Idris Jusoh, kosong dengan jemaah. Suatu pembaziran yang melampau dan tidak masuk akal. Semua penduduk pulau duyong pergi berjemaah pun mungkin tidak penuh.

Tetapi kita berjanji kepada Rakyat kalau kita diberei peluang untuk memerintah Malaysia, dan negeri-negeri lain selain Kelantan. Kita akan pastikan mesjid yang sedia ada penuh dengan kegiatan dan jemaah, tanpa memikirkan untuk membazir duit nak bina yang baru. Kerna Mesjid yang sudah cukup banyak. Faham.......

06 Januari 2008

Angkuhnya Najib

Angkuhnya Najib dalam ucapannya semasa mengadakan lawatan ke Kelantan beberapa hari lepas. Demikanlah ucapan demi ucapan pemimpin UMNO sebelum PR Umum sejak 17 tahun PAS memerintah Kelantan.





Dalam ucapannya yang berapi-api Najib Tun Razak menyeru rakyat Kelantan menjadikan tahun 2008 yang merupakan tahun ke-18 pemerintahan Pas di negeri ini sebagai tahun terakhir parti itu berkuasa. Timbalan Perdana Menteri berkata, sejarah hayat Pas yang bertahan pada angka 18 tahun tidak mustahil boleh ditamatkan, sebagaimana 1978 sekiranya rakyat berani untuk menjadikan tahun ini sebagai tahun perubahan. ‘‘Kerajaan Pas yang ada hari ini juga memasuki usia pemerintahan yang ke-18 pada tahun ini setelah memerintah sejak 1990. Tempoh ini cukup lama dalam politik".


Sebetulnya rakyat sudah bersedia untuk menamatkan usia pemerintahan BN di Malaysia yang telah menjangkau Usia 50 Tahun. Jangan terlalu angkuh berucap tanpa menilai siapakah yang lebih lama, BN atau PAS. Kata perpatah Melayu "Ukur baju di badan sendiri".



Campur Minyak Dengan Air

Malaysia adalah dalam senarai pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia. Malah suatu masa dulu adalah pengeluar no 1. Pandainya kerajaan BN memerintah dan apa sudah jadi sehingga berlaku krisis minyak masak yang meruncing sekarang ini.

Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, pelaksanaan peraturan tersebut akan berdasarkan kaedah catuan gula yang pernah dilakukan semasa krisis kekurangan bahan itu.

Inilah kesan dari mandat haram yang BN dapat dalam PR ke 11 yang lalu. Pelbagai krisis berlaku dan terpaksa ditanggung oleh Rakyat.

Yang diutamakan oleh pemimpin BN ialah nak tersohor dalam macam-macam hal, naik ke angkasalah koridirlah dan macam-macam lagi. Masaalah rakyat bukan masaalah no wahid.
Yang peliknya TPM mengiakan sahaja, yang susah rakyat semuanya.. Katanya langkah kerajaan yang mengehadkan orang ramai membeli minyak masak sebanyak lima kilogram seorang adalah wajar bagi menangani masalah pembelian `luar biasa' di kalangan pengguna.

Soalnya siapakah yang beli dengan kadar luarbiasa. Sedangkan orang kampong nak beli sekilopun kena fikir banyak kali. Mereka pasti beli minyak kalau sudah habis keperluan dan benar-benar perlu. Mustahil orang kampung ada tong drum untuk simpan stok minyak. Itupun kalau beli kadang-kadang setengah kilo saja. Nampaknya rakyat juga dipersalah dan diperbodohkan. Nasib baik Najib tak cadang kita jimatkan minyak dengan campur dengan air.

Persoalannya ke mana minyak kelapa sawit kita, Semuga rakyat menjawab dengan memangkah calon-calon BA dan menolak calon BN yang telah banyak menyusahkan rakyat.

05 Januari 2008

Teladan Dari Ziarah Kematian

Mendengar berita kematian mengejut seorang kawan sekampung bernama Ismail, dia masih sihat, masih muda, seumur dengan isteri dan pernah mereka belajar satu kelas semasa Di Sekolah Menengah Agama Al Falah Parit Tok Ngah....

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Kami suami isteri bergegas menziarahi jenazah Ismail kerana isteri balik dari sekolah sebentar dengan izin pihak pentadbir untuk ziarah kawan sekelasnya itu. Jam 11 pagi ini kami akan sembahyang jenazah beliau di mesjid Parit Tok Ngah. Perginya tidak kembali dalam usia yang agak muda, tepat pada malam tadi iaitu malam jumaat yang mulia. Beliau menghembusklan nafas terakhir sekitar jam 11 malam setelah masuk hospital Parit Buntar apabila mengadu sakit perut disebelah petangnya.

Selama saya berhijrah ke Parit buntar sempat saya kenali Ismail. Dia bukan setakat kawan tetapi murid yang pasti kenal dengan suara gurunya bila disapa. Dari seorang yang terlibat dengan penagihan dadah setelah mengalami kemalangan maut, dia sembuh kembali. Sembuhnya membawa perubahan dalam hidupnya. Dengan matanya yang buta akibat kemalangan ngeri itu Ismail berubah menjadi ahli ibadah dan berjuangan dengan parti Islam.

Setiap ceramah dan kuliah yang berkesempatan dia akan hadir dan duduk di bahagian hadapan. Termasuk Kuliah bulanan saya di markaz Tanjung Piandang sering dihadiri olehnya dan dia pasti akan berada di bahagian hadapan.

Keinsafannya berjuang dengan Islam yang dia kenal setelah kemalangan yang hampir mencabut nyawanya itu sangat menjadi contoh kepada yang lain. Dia bangkit setelah lama dalam alam jahiliyah. kenal Islam setelah terlibat dengan kerja terkutuk dan dibenci Masyarakat. Sedangkan hampir semua kawan-kawan lamanya yang terlibat dengan kerja terkutuk itu masih tidak berubah. Malah ada yang keluar masuk pusat serenti. Allah ternyata sayang kan Ismail. Dia berubah bila kemalangan dan dia disayangi Allah bila dipanggil lebih awal ke alam barzah. Kalaupun tidak dapat menginsafkan dengan segera teman-teman lamanya, diharapkan berita pemergiannya mudah-mudahan menyentuh jiwa.
Dia lebih mulia dari orang lain yang tidak mahu berubah. Mereka yang tetap mahu berjuangan dengan fahaman jahiliyah. Dia lebih mulia dari orang yang lebih tua darinya. Walaupun sudah pergi haji dan umrah berkali-kali lagaknya tetap menentang perjuangan Islam.

Tetapi setelah dia bertaubat dengan penglihatan yang telah hilang, masyartakat tidak membencinya malah menerimanya dengan baik. Kemana dia pergi dengan pakaian berjubah pasti dia dihormati walaupun dulunya dia dibenci. Saya pasti perginya suatu kehilangan kepada keluarga terdekat dan yang mengenali.

Hari ini dia tiada lagi, semuga Allah mencucuri rohnya dan diletakakan dikalangan roh orang-orang yang salih....Al Fatihah

04 Januari 2008

Tahniah Kepada Chua

Tahniah ! ucapan yang paling layak terbit dari semua rakyat Malaysia . Setelah 24 jam memberi kenyataan akhbar dengan pengakuan secara jujur mengenai watak dalam rakaman porno yang tersiar, Dr. Chua telah meletakkan semua jawatan dalam parti, kerajaan dan MP Labis.


Namun begitu sikap beliau ini mestilah menjadi contoh kepada semua pemimpin BN yang lain supaya cepat-cepat berundur dari jawatan yang dipegang sekarang. Skandal demi skandal yang telah mendedahkan pemimpin Melayu khususnya, namun orang terlibat macam tidak bersalah sahaja.


Ingatlah rakaman yang dibuat secara curi hanya oleh manusia dan orang tertentu menyebabkan hilangnya semua jawatan Dr. Chua Soi Lek. Namun sebagai seorang yang beriman kita diajar untuk tahu dan yakin dengan rakaman dan catatan Malaikat Nya kiri dan kanan . Semuanya tidak dapat kita lari dan akan terakam dan tercatat walaupun sebesar zarrah akan dihitung oleh Allah baik atau jahatnya :


Firman Allah SWT ;


فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ


"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya." (Al-Zalzalah:07)


وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرّاً يَرَهُ


"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 08)


Insaflah sebelum waktu terlambat, marilah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, hitunglah amal kita sebelum dihitung dan ditayangkan segala rakaman malaikat dihadapan Allah Rabbul Jalli.