15 April 2008

Himpunan Rakyat , 70,000 penuhi stadium Ipoh

IPOH, 14 April :- Setelah rakyat Perak menunggu untuk masuk ke Stadium Perak selama 50 tahun, malam tadi mencatat sejarah baru dengan kehadiran lebih 70,000 rakyat untuk mendengar amanat dari 5 Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam program Himpunan Rayat yang diadakan disini malam tadi.


Kehadiran pengunjung sebegitu ramai telah dijangkakan oleh pihak penganjur dengan beberapa persiapan awal memaklumkan program tersebut dalam blog-blog utama dan edaran risalah hand bill dan poster.

Pihak penganjur telah membariskan Menteri Besar Perak selaku tuan ramah,YAB Ir. Nizar, Menteri Besar Kedah, YAB. Ust. Azizan Razak, Wakil Menteri Besar Selangor, YB. Dato' Dr. Hassan Ali, Wakil Menteri Besar kelantan, YB. Dato' Husam Musa, dan Wakil Ketua Menteri YB Nga Kor Ming yang juga Exco Kerajaan Perak.

Semua pengunjung telah dihidangkan dengan maklumat terkini dari semua penceramah sehingga jam 11.45. Keadaan hampir 4/5 sesak dengan pengunjung sehingga kebahagian padang yang sebahagian besar dipenuhi oleh pendengar.

MB Kedah dalam ucapannya, mengatakan rakyat telah berjaya mengikis satu kepercayaan karut iaitu hanya BN yang mampu mentadbir negara. sambil berseloroh beliau mengatakan UMNO jenis tidak mahu mengaku kalah, Beliau membuat kiasan macam suami isteri, kedah dah dapat suami baru dan dia sudah bercerai dengan suami lama(UMNO). Katanya "jangan dok perasan nak balik rumah lagi".

Sepanjang program berlangsung yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki, Pengunjung tidak kering gusi dengan selanseli ucapan takbir, Makkal Sakti dan Reformasi.

14 April 2008

Hari ini Pak Lah letak jawatan ?

Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan perjumpaan dengan seluruh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Dipercayai, ia pertemuan tertutup terbesar dalam tempoh lima tahun beliau sebagai Perdana Menteri yang akan disertai semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN.

Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di 140 kawasan Parlimen dan 307 DUN.

Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd. Taib yang mengesahkan pertemuan pada pukul 2.30 petang itu berkata, selaku Pengerusi BN, Abdullah dijangka mendapatkan maklum balas daripada semua pemimpin akar umbi BN mengenai isu-isu semasa yang berlaku.

Persoalannya kenapa perhimpunan ini dikaitkan sebagai perhimpunan terbesar dalam keadaan BN dan UMNO sudah kehilangan 5 negeri dan menjadi enam sekiranya wilayah dikira sama. mana mungkin jadi besar dalam keadaan banyak kerusi dah hilang. Perhimpunan kecil dikata besar. Itu bohong namanya.

Saya meramalkan hari ini adalah hari penting kepada rakyat Malaysia yang akan melihat sesuatu kejutan akan berlaku. Angka 14 tidak digemari oleh orang tertentu! kenapa pula Pak Lah memilih hari ini untuk bertemu dengan orang bawahannya?

Ramalan saya dengan merujuk kepada tekanan yang kuat kepada Pak Lah sehingga ke hari ini, makan dia akan mengumumkan perletakan jawatannya pada pertemuan tersebut. Allahuaklam.....

Kesempatan pemimpin.

“Jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum, maka Allah jadikan pemimpin-pemimpin mereka orang orang yang berakhlak rendah” (HR. Ad Dailami).



Menjadi pemimpin pada dasarnya merupakan kesempatan mendapatkan keuntungan berupa pahala berlimpah dari Allah SWT. Namun syaratnya pemimpin itu hendaklah memiliki akhlak yang baik, adil, bijaksana,mengajak orang untuk meningkatkan keimanan kepada Allah, perihatin dengan masaalah rakyat, dan sebagainya. Seandainya seseorang pemimpin memiliki sifat yang mulia dan diamalkannya, maka pasti damailah hidupnya dunia dan akhirat. Sayangnya, kesempatan itulah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pemimpin.

Tidak sedikit bekas pemimpin masa lampau yang menderita hidupnya di dunia dan di akhirat. Banyak bekas pemimpin yang meringkuk di penjara dunia karena kegagalannya memanfaatkan kesempatan untuk berbuat baik sewaktu memimpin. Itu masih belum cukup, kerana mereka juga akan dipenjara dalam neraka di akhirat kelak karena dosa-dosanya. Selain itu banyak juga yang dicerca dan dihina walaupun mereka sedang digelar pemimpin.

Tentunya kita tidak menginginkan pemimpin kita bernasib buruk. Sebab, apapun alasannya, mereka juga adalah saudara kita. Oleh karena itu, sebaiknya kita menolong pemimpin-pemimpin kita dengan teguran, kritikan, dan peringatan untuk tetap memanfaatkan semua kesempatan untuk melakukan perbuatan baik. Kerana itu seorang pemimpin yang baik akan rela ditegur, dan rela berundur dengan terhormat jika sekiranya sudah tidak mampu memikul amanah yang dipegang.

Lebih penting dari segalanya, dengan baiknya pemimpin, akan baik pula rakyat yang dipimpinnya. Sebab, pemimpin yang baik merupakan pertanda akan baiknya kehidupan rakyat. Sebaliknya, pemimpin yang buruk akan menjadi tanda akan buruknya kehidupan rakyat di bawahnya.

Perlawanan Bola Persahabatan, Perak 3 : Kelantan 3

IPOH, 13 April :- Sempena dengan Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Seminar Wakil Rakyat Parlimen dan DUN esok hari, satu pertandingan bola persahabatan antara pasukan ADUN Perak melawan ADUN dari Kelantan. Perlawanan tersebut belangsung di Stadium Ipoh petang tadi dengan keputusan seri Kelantan 3 ,Perak 3.

Pasukan dari Perak dibarisi oleh ADUN-ADUN dari pakatan Rakyat (PR) dengan memakai jersi berwarna putih, manakala pasukan ADUN Kelantan yang juga dibarisi oleh Ahli Parlimen dan ADUN dengan memakai baju berwarna merah.

Pada separuh masa pertama pasukan Kelantan mendahului 3 gol tanpa balas. Setelah wisel separuh masa kedua berbunyi Perak satu persatu membolosi gol Kelantan sehingga kedudukan seimbang 3 : 3. Salah satu gol adalah hasil tendangan panalti setelah seorang pemain Kelantan cuba menyelamatkan bola dihadapan gol dengan menampannya dengan tangan.

Perlawanan yang dianggap seimbang itu cukup meriah dengan mendapat tepukan dari penyokong kedua-dua belah pihak yang dianggarkan berjumlah sekitar 200 orang.

Mesyuarat AJK Pas Pusat di Ipoh hari ini.

IPOH, 13 April :- Untuk kali yang ketiganya , PAS Perak menjadi tuan rumah untuk mesyuarat AJK Pas pusat. Kali yang pertama pernah diadakan semasa almarhum Ust. Fadzil Nor , kali yang kedua diadakan di Hotel Heritage Ipoh pada 12 Februri 2006. dan untuk kali ketiganya, pada hari ini PAS Perak menjadi tuan rumah dalam keadaan Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan negeri Perak.

Semasa berita ditulis mesyuarat sedang berlangsung di kediaman Resmi Menteri Besar Perak di sini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB. Ust. Nasaruddin Md. Isa. Dimaklumkan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Hj. Abdul Hadi Awang tidak hadir atas sebab-sebab kesihatannya sekarang.

Dipercayai antara agenda penting mesyuarat adalah berkaitan dengan tuan rumah Muktamar Agung yang akan diadakan pada tahun ini. Berkemungkinan besar Perak akan dipilih sebagai tuan rumah untuk kali yang pertama.

sebelum itu suatu jamuan rakyat yang dihadiri oleh semua pemimpin PAS Pusat dan negeri Perak telah diadakan di poerkarangan Pejabat Perhubungan PAS Perak di Bandar Ipoh Raya.

Dijangkakan sekitar 4000 orang pengunjung telah berpusu-pusu hadir untuk menikmati jamuan dan bertemu dengan pemimpin mereka terutamanya MB Perak yang sangat menjadi tumpuan ramai.

13 April 2008

Kenapa Pak Lah mengaku dia lemah.

Abdullah Ahmad Badawi mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas dan disebabkan perkara tersebutlah beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan UMNO.



"Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan UMNO," katanya kepada pemberita di Johor baharu beberapa hari lepas.

Persoalannyanya kenapa Pak Lah seolah-lah sangat panik dan hilang pertimbangan untuk mengatakan sesuatu yang terbenak dalam fikirannya yang hanya Tuhan yang tahu?

pak lah seolah jika dibandingkan dalam sebuah gelangang tinju sedang diasak oleh lawannya sehingga tersandar ke tali. Dia sekarang tidak dapat bergerak lagi dan diasak bertubi oleh tumbukan-tumbukan kiri kanan , malah ada atas dan bawah.

Kerana tidak tahan dengan asakan yang ganas tersebut nampaknya Pak lah pada anggapan saya ingin meraih simpati rakyat supaya memberi peluang lagi untuknya memperbaiki kelemahannya. " poorah.." kata seorang kawan saya, sekarang kita tidak akan bagi peluang lagi, mari kita tumbuk pak lah sampai dia jatuh tersungkur. Mana boleh bagi peluang, kita tumbuk terus. Kerana kalau kita bagi peluang dia akan tumbuk kita semula!

Taktik ini nampaknya makan diri sendiri, kerana dia tidak pernah terfikir bahawa tidak ada yang kesian kepada dia. khairi pun nampaknya sudah senyap macam "tikus'. siapa lagi yang nak kesian padanya melainkan kita cadangkan dia cepat-cepat turun dalam keadaan UMNO yang semakin reput dan ketinggalan zaman.

Pak Lah hampir KO

Desakan baru yang diberikan oleh Mahathir Mohamad agar Pak Lah meletakkan jawatanya sangat terang lagi bersuluh, kali ini beliau mencadangkan peralihan kuasa daripada pucuk kepimpinan tertinggi dilakukan sekarang tanpa perlu menunggu Perhimpunan Agung UMNO, Disember ini.



Senario baru dalam perdebatan tentang perletakan jawatan Pak Lah sebagi Prersiden UMNO dan sekali gus sebagai PM saya lihat sebagai memasuki fasa yang paling menggambar ketidak cerdikan Pak Lah itu sendiri. Setelah dia mengatakan kekalahan BN dalam PR yang lepas adalah berpunca dari kelemahan dirinya sendiri, berarti dia sudah betul-betul terdesak.

Pandangan Mahadhir sekali ini dipecayai sebagai menjawab isu yang hangat diperkatakan kelmarin iaitu Abdullah selaku Presiden akan berbincang dengan Najib mengenai pelan peralihan kuasa.Naib Presiden UMNO,Muhyiddin berkata, Abdullah memberitahu perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO Johor bahawa beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan tersebut dengan Najib.

Bekas Perdana Menteri berkata, proses tersebut perlu berjalan segera supaya peralihan yang telah dirancang berjalan lancar.

Katanya, beliau khuatir sekiranya peralihan kepimpinan dilakukan pada Perhimpunan Agung UMNO, akan ada kumpulan perwakilan yang mendesak Abdullah untuk meletakkan jawatan di pentas perdebatan.

Jika itu berlaku, jelasnya, sudah tentu imej Abdullah akan tercalar dan sekali gus boleh membuatkan ahli-ahli UMNO secara keseluruhannya berasa hilang hormat kepadanya.

''Mesej rakyat dan ahli UMNO sekarang ini cukup jelas. Mereka mahu Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) letak jawatan. Oleh itu, kita tidak mahu beliau turun secara paksaan dan antaranya, melalui desakan-desakan perwakilan ketika Perhimpunan Agung nanti.

''Lebih baik beliau menyerahkan jawatan itu kepada Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sekarang dan itulah yang terbaik. Saya percaya selepas berlaku peralihan itu nanti, situasi akan menjadi bertambah baik,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Krisis Kepimpinan Melayu Pasca PRU-12: Di mana Silapnya?' anjuran Gabungan Cawangan-cawangan UMNO Hulu Langat di kajang kelmarin.

Apa sudah jadi ?

Bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik bersedia menawarkan diri untuk bertanding bagi mana-mana jawatan dalam UMNO termasuk Naib Presiden dalam pemilihan parti, Disember ini.Katanya, dengan pengalaman politik yang ada, beliau akan membantu untuk memperkukuhkan dan membina kekuatan parti itu.

Saya rasa semua bahagian UMNO kena ambil serius dengan tawarannya yang menggambarkan betapa UMNO telah kepupusan pimpinan ? Kalau beginilah orangnya yang akan jagi Naib Presiden, siapa pula yang nak rawarkan diri sebagai Presiden dan timbalan ?

Jawapannya marilah beramai-ramai bersama-sama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Apa lagi yang diharap dari UMNO sampai calon yang menawarkan diri untuk jawatan penting sudah tiada yang wibawa lagi.

Abdullah : Saya adalah penyebab kepada BN kalah

Akhirnya Pak Lah mengaku dan sekali gus pengakuannya itu adalah suatu pengakuan yang tidak cukup setakat itu sahaja melainkan perlu dimenifestasikan dalam tindakannya iaitu meletakkan jawatan sebagainmana yang diminta oleh pelbagai pihak dan peringkat dalam batang tubuh UMNO itu sendiri.

Umumnya mengetahui desakan supaya beliau meletakkan jawatan bukan secara senyap-senyap atau melalui sindirin lagi. Namun ianya secara terang-terang dan dalam majlis yang besar-besar dan oleh orang-orang besar juga. Dari mantan PM, Tun Dr. mahadhir sehinggalah kepada Ketua cawangan mendesak Pak Lah berundur.

Abdullah setelah hampir sebulan PR ke 12 berlangsung, mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata, disebabkan perkara tersebut beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan UMNO.

"Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan UMNO," katanya kepada pemberita di Johor Baharu.

MB Perak gesa kakitangan awam bersikap amanah

IPOH 11 April - Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa beramanah dalam melaksanakan tugas kerana kita akan dipertanyakan kelak dengan tanggung jawab yang dilaksanakan di dunia ini. Selain itu beliau menggesa kakitangan awam di negeri ini menjalankan tugas mereka dengan profesional dan tidak berpihak kepada parti-parti politik termasuk pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang membentuk kerajaan ketika ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri tidak akan memberi tekanan terhadap penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka jika ia dilaksanakan secara profesional.

Sekali lagi dalam ucapannya beliau menegaskan beliau bukan MB untuk mana-mana puak, bangsa dan parti, namun beliau adalah Menteri Besar untuk semua rakyat Perak.

Ir. Nizar juga berharap semua peringkat dapat menerima takdir dan ketentuan dari Allah yang memenangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Tegasnya walaupun didalam parti DAP yang terdapt 3 wanita dan 15 lelaki dan disana juga terdapat berbagai bangsa dan agama, selain itu PKR juga terdiri dari berbagai bangsa, termasuklah Pas 6 orang seorang daripadanya berbangsa cina, namun kita diamanahkan untuk memerintah Perak. Beliau menegaskan ini adalah kuasa Tuhan yang mengangkat dan menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak akan memanggil pihak luar bagi menjalankan siasatan untuk mengenalpasti kemungkinan wujud penyelewengan di kalangan penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

''Jika ada penjawat awam yang mungkin membuat sesuatu perkara tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan, kita memberi peluang kepada mereka untuk mengaudit dan membuat analisis serta kembali ke jalan yang betul.

''Kita memberi peluang dan ruang yang luas. Kita tidak akan memanggil agensi tertentu untuk membuat siasatan," katanya ketika berucap pada perhimpunan kakitangan awam di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Lebih 2,000 penjawat awam dari jabatan negeri dan persekutuan di seluruh Perak menghadiri majlis tersebut. Kehadiran Executive Talk siri 2/2008, menurut pihak penganjur adalah yang teramai kehadiran berbanding dengan sebelum dari ini.

Sejak awal lagi dewan penuh dengan pengunjung dan melimpah sehingga memenuhi bahagian luar sehingga ditangga. Kehadiran ini dipercayai dengan keinginan para pegawai kerajaan untuk mendengan ucapan sulong dari Menteri Besar Perak itu.

Mohammad Nizar bagaimanapun merayu semua penjawat awam di negeri ini agar memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan campuran dalam melaksanakan pelbagai dasar bagi mentadbir negeri ini.

Katanya, jika pelaksanaan pelbagai dasar itu mampu memberi manfaat kepada rakyat Perak, maka adalah wajar mereka memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar tersebut.

Menurutnya, kerajaan negeri juga bersikap terbuka dalam menerima teguran dan nasihat daripada kakitangan kerajaan.

''Sekiranya kami tidak melaksanakan tugasan dengan baik, tegur dan nasihati kami kerana pintu-pintu pejabat kami sentiasa terbuka untuk menerima nasihat," katanya.

11 April 2008

Ir. Nizar : Wakil Rakyat mesti ada anjakan paradigma.

IPOH, 10 April:-Semua wakil rakyat diseru supaya mengadakan anjakan paradigma kearah memantapkan lagi pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Demikan antara ucapan Menteri Besar Perak, YAB. Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa meresmikan Kursus Protokol dan Etika Istana anjuran Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Perak di sini pada hari ini.


Kursus sehari itu yang dihadiri oleh sebahagian besar ADUN Perak dan isteri masing-masing merupakan suatu program bagi mendedahkan semua wakil rakyat berkaitan Sistem Beraja dan orang Besar Perak serta Tata Adab di Istana. Ia juga memberi kefahaman tentang teori, amalan tertib makan Majlis Resmi serta menambah keyakinan kepada amalan protokol secara umum.

Sebanyak 3 pembentang kertas kerja telah diundang iaitu Setiausaha Dewan Negara Perak Darul Ridzuan,Y.D.H. Toh Amar DiRaja Dato' Ayob bin Hashim, dengan kertas kerja bertajuk : Adat Istiadat Istana. Pembentang ke dua ialah Dato Pengelola Bijaya Di Raja Perak, Y.M. Raya Dato' Seri Mansor bin Raja Razman dengan kertas kerjanya : Adab-adab makan Di Istana Dan Kertas kerja 3 oleh : Orang Besar Jajahan Manjung, Y.D.H. Toh Muda Orang Kaya-kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Ab. Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan bertajuk :Pakaian Di dalam pelbagai Itiadat dan Majlis.

Ir. Nizar juga menegaskan dalam ucapan bahawa bukan sahaja makan , minum dan berpakaian ada tatacaranya, namun dalam soal pengurusan negeri ada juga peraturan-peraturan dan peradabannya.

Tegasnya dengan pendedahan yang diberikan oleh penceramah pada hari ini akan melahirkan rasa hormat kepada budaya dan adat istiadat orang-orang terdahulu.

Beliau tidak lupa juga mengucapkan ucapan terimakasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah mengatur progran sedemikian rupa khusus bagi mendidik semua wakil rakyat untuk berbudaya pakaian dan makan cara yang lebih baik.

Tegas beliau seminar hari ini adalah suatu proses pembelajaran, khususnya dalam usaha untuk membuang sikap-sikap yang tidak baik dari diri kita. Katanya "pendedahan bukan perkara yang mudah diperolihi". Sambil beranggapan semua ilmu yang diperolihi pastinya berguna bila semua wakil rakyat menerima tamu-tamu dari negera luar yang datang untuk melabur di Perak, sekaligus akan memberi imej yang baik kepada Negeri Perak.

Ingatan MB Perak dalam ucapanya meliputi soal pengorbanan yang perlu ada dalam membuang tabiat dan budaya lama yang dianggap telah" Out Dated".

Penghujung progran Ir. Nizar yang diiringi oleh Setiausaha kerajaan Negeri perak, Y.B. Dato' Dr. Abdul Rahman bin Hashim telah menyampai sijil kepada semua peserta kursus.

Kesihatan Presiden PAS tidak membimbangkan

KUALA TERENGGANU, 10 April (Hrkh) - Ahli dan penyokong PAS diminta bertenang serta tidak bimbang dengan tahap kesihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 7.20 pagi tadi setelah disyaki terkena tanda-tanda awal penyakit stroke dan dinasihatkan oleh doktor agar berehat secukupnya.

Harakah dimaklumkan, Tuan Guru Abdul Hadi menyedari kesihatannya terganggu ketika bangun untuk bersahur jam 5.00 pagi tadi dan dibawa ke HSNZ oleh ahli keluarga pada jam 7.30 pagi.

Anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, 31, menafikan laporan media mengatakan Presiden PAS itu dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung.

"Kami (keluarga) hendak nafikan ada laporan media hari ini kata Dato? Seri Abdul Hadi masuk hospital kerana serangan jantung.

"Dia (ayah) bukan sakit jantung tetapi 'stroke ringan' dan tanda-tanda awal ke arah terkena penyakit stoke (angin ahmar)," ujarnya pada sidang akhbar di HSNZ, hari ini.

Katanya, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pihak doktor menunjukkan tekanan darah dan jantung berkeadaan baik dan stabil.

Menurut Khalil, doktor menasihatkan Tuan Guru agar banyak berehat kerana masih berada dalam pengawasannya.

Sehubungan itu, kata beliau ayahnya (Presiden PAS) meminta agar ahli serta para penyokong PAS di seluruh negara bertenang kerana tidak membimbangkan.

"Ayah (Abdul Hadi) pesan kepada semua ahli dan penyokong PAS supaya tidak bimbang dengan tahap kesihatannya dan mendoakan supaya cepat sembuh.

"Dia (ayah) mahu cepat sembuh dan untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara," ujarnya.

Antara pimpinan PAS negeri yang melawat Dato' Seri Abdul Hadi adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Adun Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.

Manakala, pimpinan PAS Pusat iaitu Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob.

Sebelum itu, Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Said turut melawat Presiden PAS itu sebelum berangkat ke Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, Ustaz Hadi perlu berehat dengan cukup dan pihak hospital perlu mengawasi agar dapat menghadkan kunjungan pelawat.

Manakala, sebelah petang pula bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Abdul Rahman Bakar kelihatan turut melawat Presiden PAS itu

10 April 2008

Semuga rakyat dapat menilai.....

Kenyataan Kerajaan Negeri Selangor mengenai projek ternakan babi

Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu. Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Dato' Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.


Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.


Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut. Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming. Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.


Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar 'one stop' yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.


Kenyataan Bekas Menteri Besar Selangor dalam isu yang sama


Kerajaan negeri sekarang yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, boleh mengkaji semula untuk membatalkan projek ternakan babi moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat, jika benar-benar mahu berbuat demikian.


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegaskan tidak sepatutnya kerajaan negeri yang berkuasa ketika ini mengaitkan keputusan melulus kan projek itu pada 2 April lalu, dengan apa yang diluluskan oleh pentadbirannya pada 30 Januari lepas.
''Ini kerana kita (kerajaan negeri dahulu) hanya baru membuat perbincangan awal tetapi tidak ada kata mukta mad, kita setuju projek itu untuk skala kecil sahaja, tidak sampai RM100 juta, Selangor tidak perlu projek penterna kan babi bernilai sebanyak itu,’’ katanya

Isu Ketua Kampung, Muhammad Taib 'tidak siuman'?

TAIPING, 9 April (Hrkh) :- Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa membantah sekeras-kerasnya di atas tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang telah melakukan majlis pelantikan semula Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Seri Iskandar, Perak baru-baru ini.

"Perbuatan sedemikian adalah perbuatan seorang kurang akal atau pun tidak siuman sahaja kerana pada bila masanya pula bahawa mereka yang berkenaan itu telah meletakkan jawatan? Kerana dari maklumat yang saya tahu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah memaksa mereka untuk meletakkan jawatan sehingga tamat tempoh kontraknya pada 31 Disember tahun ini nanti,"katanya di ceramah perdana, Tapak Pasar Malam, Kamunting dekat sini malam tadi.


Tegasnya, "setahu saya, hanya seorang Penghulu sahaja telah meletak jawatan dengan menunjukkan surat bersedia untuk berhenti di Majlis Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berjumpa Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak, Ipoh 20, Mac lalu.


"Saya tidak sangka seorang Bekas Menteri Besar Selangor dan pernah popular di suatu ketika di zaman Tun Dr Mahathir dahulu sanggup buat kerja seperti perbuatan budak-budak kerana apa hak dia hendak campur urusan negeri Perak. Ini bukan di bawah Umno-BN lagi tetapi telah beralih kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang diperkenankan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah," tegasnya.


Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional menegaskan bahawa segala urusan mengenai Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK adalah di dalam kuasa kerajaan negeri Perak maka dan orang luar tidak boleh campur tangan atau tiada hak langsung ke atas perkara tersebut sama sekali.


"Ingin saya mengulangi lagi kenyataan Menteri Besar Perak, katanya, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah dan belum lagi memaksa sesiapa dari mereka untuk meletak jawatan kerana mereka boleh meneruskan kerja sehingga 31, Disember depan. Juga mereka boleh meneruskan kerja jika ada keserasian untuk bersama-sama membangunkan kerajaan yang ada sekarang,"tambahnya.


Tegasnya,"jika terdapat kekosongan nanti, maka Menteri Besar Perak telah menyatakan banyak kali iaitu caranya untuk memilih jawatan-jawatan berkenaan adalah dilakukan dari pemilihan penduduk kampung tempatan itu sendiri dengan cara demokrasi dan seadilnya. Untuk mengelakkan daripada berlakunya orang yang dilantik itu nanti tidak disukai oleh masyarakat tempatan."

09 April 2008

Lima Menteri Besar bakal gegarkan Stadium Perak

IPOH, 8 April (Hrkh) - Stadium Perak yang selama ini digegarkan sorakan 'Kejo Yop Kejo' pada setiap kali pertandingan bolasepak Liga Super, buat pertama kalinya stadium ini akan digegarkan oleh puluhan ribu rakyat negeri Perak dengan laungan takbir, reformasi dan 'makkal sakti' apabila lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat berpidato pada 14 April ini bermula jam 8.30 malam.


Lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu Menteri Besar Kelantan,Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan berpidato di hadapan puluhan ribu sempena Himpunan Rakyat Negeri Perak anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di pejabatnya sebentar tadi.

"Seluruh rakyat diminta hadir untuk mendengar amanat daripada lima orang Menteri Besar, inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Stadium Perak akan bakal menyaksikan himpunan puluhan ribu atas nama pakatan rakyat," katanya lagi.

Acara dimulakan dengan solat Isyak, diikuti dengan solat hajat, selepas itu pidato lima Menteri Besar akan bermula dan orang ramai yang hendak hadir dinasihatkan membawa sejadah.

"Kalau di Stadium Melawati,Shah Alam, Selangor himpunan seumpama itu dihadiri lebih kurang 30,000 orang, insya-Allah puluhan ribu juga akan hadir di Stadium Perak bagi mendengar pidato lima Menteri Besar," katanya.