IPOH, 19 Jun :- Seramai 44 orang rombongan dari UPU Gondang Parlimen Ketereh Kelantan yang diketui oleh Hj. Muhammad Yussof bekas ADUN di kawasan itu telah diraikan oleh Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Perak, Ust. Zukifli Ibrahim dan Pengerusi BBC , YB. Drs. Khalil idham Lim di sini pagi tadi.20 Jun 2008
Pengerusi BBC raikan rombongan dari Kelantan di Pejabat MB
IPOH, 19 Jun :- Seramai 44 orang rombongan dari UPU Gondang Parlimen Ketereh Kelantan yang diketui oleh Hj. Muhammad Yussof bekas ADUN di kawasan itu telah diraikan oleh Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Perak, Ust. Zukifli Ibrahim dan Pengerusi BBC , YB. Drs. Khalil idham Lim di sini pagi tadi.Siapa kacang lupakan kulit ?
Tidak reda dengan masaalah lama, muncul lagi masalah baru dan ternyata ini lah zaman gelap bagi sebuah negara yang memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyelamatkan negara tercinta ini.Dewan Tertinggi BN hanya kutuk tindakan Presiden SAPP
KUALA LUMPUR, 19 Jun :- Tindakan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) hanya akan diputuskan selepas mendengar penjelasan daripada Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, demikian keputusan yang dibuat pada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), petang ini.Mesin ATM dipecah, RM350,000 dilarikan perompak
BANGI: Sekumpulan perompak melarikan wang tunai RM350,000 selepas memecah mesih ATM di bangunan Koperasi UNIKEB, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, awal pagi ini. Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, perompak berkenaan dipercayai warga asing turut mengikat tangan, menutup mata dan mengurung tiga orang pengawal keselamatan, seorang tukang masak kafeteria dan suaminya.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood, berkata perompak yang berusia antara 20 dan 40 tahun itu, memasuki bangunan berkenaan melalui pintu utama. “Rompakan ini dirancang dengan teliti memandangkan mereka tahu di mana pengawal keselamatan itu tidur dan arif mengenai kedudukan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di situ. “Setelah memasuki bangunan itu, perompak berkenaan mengikat tangan dan menutup mata pengawal keselamatan bangunan itu, sebelum mengikat dua lagi pengawal keselamatan yang sedang tidur di tingkat atas,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Tok Guru : Titik pertemuan SAPP dengan pembangkang
KOTA BHARU, 19 Jun :- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tindakan “titik pertemuan” SAPP dengan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat.19 Jun 2008
Pemilihan Ketua Kampung di Parit Buntar berjalan lancar.
PARIT BUNTAR, 18 Jun :- Pemilihan ketua kampung pada hari ini adalah satu usaha yang murni untuk memilih seorang wakil bagi membantu sebuah kerajaan yang sah dan telah dipilih oleh rakyat dalam Pilihanraya ke 12 yang akan datang. Demikian antara ucapan Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong dalam program taklimat sebelum pemilihan Ketua Kampung Denistown disini hari ini. Pemilihan Mendengar taklimat sebelum pemilihan
Pemilihan pada hari ini adalah yang pertama dalam DUN Titi Serong dengan menggunakan kaedah pengundian yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang baru.
Bagi pemilihan Kampung Denisstown ini terapat 4 calon yang bertanding iaitu Hj, Mohd. shafeie Rejab (63) seorang pesara guru dari Taman Kerian. Hj. ahmad Abd. Hamid (62), Bilala Mesjid dari Kg. Perak. Aslan bin Jamil (43) yang berkerja sendiri dari Denisstown, dan Ust. Ahmad Ismail (66), Pesara guru dari Tmn. Kerian Tambahan.
Drs. Khalil memberi ucapan.ADUN Titi Serong dengan seorang pimilih Toinghua.
Proses pemilihan dikendalikan oleh pihak pejabat Penghulu Mukim Simpang 3dan pejabat Tabah Daerah. En Mohd Sharin Nasriddi bin Mohd Yusuf, penghulu Mukin Sinpang 3 bertindak sebagai Pengurus pemilihan, dan En Shamsul Hazman b. Mohd Salleh mewakili Pegawai Daerah kerian brtindak sebagai Pegawai Penimbang Cara.
SAPP isytihar hilang kepercayaan kepimpinan Abdullah
KOTA KINABALU, 18 Jun :- Komponen Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Presidennya Datuk Yong Teck Lee berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) lewat menyelesaikan semua isu-isu membabitkan Sabah.
SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak genap 100 hari
IPOH, 18 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengisytiharkan bahawa usia Kerajaan Pakatan Rakyat sudah memasuki 100 hari semalam. Namun demikian dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Menteri Besar di sini semalam beliau berkata, bahawa jika mengikut tarikh angkat sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak (Exco) di Istana Iskandariah pada 17 Mac lalu, kerajaan negeri itu baru berusia 90 hari.
"Kalau hendak dikira genap 100 hari, ianya pada awal Julai nanti. Walau bagaimanapun hari ini merupakan sambutan simbolik 100 hari tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakayat ini," katanya kepada semua wakil media kecuali Utusan Melayu.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri akan mengadakan sidang akhbar lain tepat 100 hari pemerintahan pada awal bulan depan.
Dalam penerangan mengenai pembangunan kerajaannya, beliau menyatakan bahawa rakyat Perak tidak perlu bimbang mengenai keadaan ekonomi dan pembangunan negeri Perak kerana kerajaan mempunyai wang tunai bagi tujuan tersebut.
Beliau menyatakan, wang berkenaan itu adalah dari sumber cukai rakyat dan dari hasil pendapatan pelaburan luar dan dalam negeri.
Untuk itu tegasnya, Kerajaan Perak mampu melaksanakan pembangunan untuk rakyat dan bantuan kepada golongan miskin.
Tetapi kerajaan terpaksa berhati-hati menggunakan wang supaya tidak membazir, katanya.
Menteri Besar itu turut menyatakan rasa terharunya atas sambutan rakyat terdiri daripada pelbagai kaum, yang datang datang mendapatkan pertolongan dan bantuan daripada kerajaan negeri.
"Kerajaan Pakatan Rakyat sangat mengalu-alukan kedatangan mereka dan kerajaan sentiasa menanti dengan tangan terbuka untuk membantu mengikut kemampuan," ujarnya.
Mahkamah putus kerusi DUN Sanglang dikosongkan
KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lalu, dikosongkan selepas mahkamah menerima permohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi berkenaan. Keputusan itu bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memilih wakil rakyat baru kawasan DUN berkenaan.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani ketika membuat keputusan itu bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi kawasan berkenaan.
Mahkamah bagaimanapun meyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan bila pilihan raya kecil akan diadakan.
Sebelum ini, ADUN Sanglang, Abdullah Hassan, dari BN memohon supaya mahkamah memerintahkan pilihan raya semula bagi menyelesaikan pertikaian itu manakala Hashim pula mahu beliau diisytiharkan menang.
Hashim tewas kepada Abdullah dengan perbezaan 149 undi.
Abdullah diwakili peguam K Jegathesan.
Kenyataan Pak Lah disanggah oleh banyak pihak
Minggu lepas PM mengumumkan bermula ogos akan datang kakitangan kerajaan akan dibayar gaji 2 kali ansuran sebulan. Pengumuman tersebut pada pandangan saya dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan.Presiden Ceupac memberi respon awal dasar tersebut tidak memberi apa-apa kesan malah menimbulkan masalah kepada kakitangan kerajaan.
Sesudah itu media Arus Perdana menjadi medan perdebatan terbuka memberi sikap pro dan kontra mengenai dasar tersebut. Satu sudut ini menggambarkan bertapa pengumumam seorang ketua kerajaan yang tidak dihormati oleh pegawainya.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam kelmarin telah memberikan kenyataan yang bercanggah dengan kehendak dan dasar kerajaan, katanya Kerajaan sedia mengkaji semula pembayaran gaji dua kali sebulan jika pelaksanaannya tidak disenangi kakitangan awam.
"Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan oleh Kabinet jika pekerja rasa pembayaran itu membawa lebih banyak kesusahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Latihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Ipoh semalam.
18 Jun 2008
Drs. Khalil : Carilah berita alternatif yang melaporkan berita Perak.
KUALA KANGSAR, 17 Jun :- Menteri Besar Perak tidak mendapat pemberitaan yang adil dari semua media termasuk RTM Ipoh, pemberitaan untuk Perak perlu dicari dari pelbagai sumber lain yang banyak seperti dalam akhbar alternatif dan blog-blog khususnya blog pemimpin PAS. Demikianlah antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.Ceramah yang diadakan di Arena Square Kuala Kangsar sepatutnya menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Hj. Mahfuz Omar dan EXCO Kerajaan Perak, YB Nga Kor Ming. Tapi keduanya berhalangan untuk hadir dan diganti oleh ADUN Titi Serong dan Ustaz Sidek Nor.

Drs. Khalil Idham Lim juga mengatakan orang-orang Cina yang tidak menyokong calon-calon dari Pakatan Rakyat dianggap aneh oleh kaum sebangsanya, soal beliau kepada yang hadir adalah lebih aneh orang-orang melayu yang tidak menyokong Pakatan Rakyat.
Harga minyak Malaysia kedua tertinggi

Adakah mereka ini macam cerita si luncai yang terjun dari perahu raja dan terlepas dari maut, sedangkan pengawal hanya ditipu dengan katanya "biarkan, biarkan........"
17 Jun 2008
Akhirat lebih utama
“Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui” (QS. Al Ankabut: 64).Tempoh Sebulan yang Akan Tercatat dalam Sejarah
12 Jun, 2008. Genap sebulan sejak gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter berlaku di Wenchuan, Provinsi Sichuan China. Sehingga pukul 12.00 tengah hari semalam, bencana itu telah mengorbankan 69,146 nyawa, lebih 370 ribu orang cedera dan lebih 17 ribu orang masih hilang. Selepas gempa bumi Wenchuan berlaku, Agensi Berita Rusia menerbitkan rencana yang menyebut, China pernah mengalami banyak kesengsaraan, akan tetapi, orang China tidak pernah tewas oleh kesengsaraan. Sebulan selepas gempa bumi, kita boleh berkata, China telah mencapai kejayaan awal dalam usaha menyelamat dan bantuan bencana. Kini, kehidupan di kawasan bencana stabil, dan mangsa-mangsa bencana dapat ditempatkan dengan sempurna. Ini terbukti, China sekali lagi berjaya menempuh cabaran alam. Semua yang berlaku dalam tempoh sebulan ini di China akan tercatat dalam sejarah.
"Saya yakin, apa-apa kesengsaraan pun tidak dapat melemahkan orang China yang berani!"
Ini petikan ucapan Presiden Hu Jintao semasa meninjau mangsa bencana dan pasukan penyelamat di bandar Shifang, Sichuan. Baik pemimpin negara mahupun pegawai peringkat akar umbi, semuanya bersungguh-sungguh dalam usaha menyelamat. Operasi menyelamat dan bantuan yang melibatkan tentera, sumber masyarakat dan pelbagai jabatan kerajaan dilaksanakan dengan cergas, teratur dan berkesan. Ini dapat mengurangkan kerugian kerana gempa ke tahap yang minimum. Usaha-usaha kerajaan China itu akan tercatat dalam sejarah.
Rakaman tadi direkod ketika satu pasukan tentera sedang menyelamatkan mangsa yang masih hidup di bandar Shifang. Selepas gempa bumi Sichuan berlaku, tentera China menghantar lebih 100 ribu askar tentera, polis tentera militia dan tentera simpanan untuk menyertai operasi menyelamat dan bantuan bencana. Mereka sentiasa berada di mana-mana tempat yang paling bahaya. Keberanian mereka mengharukan setiap orang. Sumbangan tentera China ini akan tercatat dalam sejarah.
"Semasa saya berkhidmat dalam tentera, saya pernah menyertai pelbagai usaha menyelamat. Dengan adanya kemudahan profesional tambah pengalaman saya, kami dapat menghasilkan rancangan yang paling sesuai untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan."
Demikian dikatakan oleh Cheng Yan, seorang sukarelawan dari Provinsi Guangdong. Selepas gempa bumi berlaku, pelbagai sektor sedaya-upaya menyokong usaha menyelamat. Sukarelawan, doktor, jururawat, anggota pasukan mencari dan menyelamat dan wakil yang menghantar barang bantuan semua berada di kawasan bencana. Mereka datang dari seluruh China, termasuk Hong Kong, Makau dan Taiwan. Mereka membantu merawat orang cedera, membaiki jalan raya dan mengangkut barang bantuan. Sumbangan mereka ini akan tercatat dalam sejarah.
"Kita semua tahu, bencana alam seperti gempa bumi kali ini tidak dapat dielakkan bagi negara dan rakyatnya. Tetapi, dengan perpaduan, kita pasti dapat mengurangkan kesannya hingga ke tahap yang minimum. Kami sentiasa bersama dengan rakyat China."
Naib Ketua Pasukan Perubatan Rusia, Ivanius Alexander berkata demikian sebelum beliau meninggalkan China. Dalam menghadapi malapetaka ini, masyarakat antarabangsa turut menghulurkan bantuan. Rusia, Jepun, Republik Korea dan Singapura menghantar segera pasukan penyelamat antarabangsa. Jerman, Perancis, Itali, Cuba, Rusia dan Jepun pula menghantar pasukan perubatan. Mereka berhadapan dengan ancaman berlakunya gegaran susulan, tetapi tetap memberikan bantuan tanpa menghiraukan ancaman terhadap diri sendiri. Tindakan mereka mengutamakan mangsa kawasan bencana, mendapat penilaian yang tinggi. Sejarah akan mengingati bantuan mereka terhadap China.
"Kami akan berusaha untuk membangunkan semula Dujiangyan".
Mangsa bencana di pusat penempatan "Kampung Mesra" di Dujiangyan, Sichuan menyatakan demikian untuk menyampaikan keazaman membangun semula kampung halaman mereka. Kini, mereka sedang berusaha memulihkan kehidupan. Kanak-kanak pula mencari buku untuk dibawa ke sekolah sementara. Ketabahan mereka dikagumi oleh umum. Sejarah akan mengingati kegigihan mangsa kawasan bencana.
Kita percaya, dengan usaha kerajaan dan rakyat China serta sokongan masyarakat antarabangsa, China pasti akan menyelesaikan kerja-kerja penyelamatan dan pembangunan semula dengan jayanya. Kecekapan yang tinggi, perpaduan, kegigihan dan kesediaan saling membantu masyarakat China dan antarabangsa yang dilihat dalam pengendalian bencana ini juga akan tercatat dalam sejarah.
Nik Aziz sedia bermuzakarah
KOTA BHARU 16 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan pemimpin utama Melayu terutamanya UMNO bagi membincangkan kepentingan masa depan umat Islam.Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia boleh menjadi kenyataan dengan syarat pemimpin UMNO terutamanya benar-benar menunjukkan keikhlasan.
Nik Abdul Aziz tidak mahu UMNO menjadikan perbincangan itu kelak kerana terdesak kerana mahu mencaturkan semula politik akibat kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu.
“Perkara muzakarah ini dah lama kita timbulkan dulu tetapi UMNO tidak menerimanya dan apabila ditanya adakah Pas setuju, ia tidak menjadi isu kerana kita memang dah lama bersedia, cuma saya mahu UMNO ikhlas.
“Tetapi saya yakin UMNO sukar untuk bertindak ikhlas kerana dalam amalan kebangsaan ia tidak mengajar keikhlasan melainkan parti ini kembali kepada Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kelab Tabung Haji (TaHa) peringkat Kelantan dan majlis perletakan batu asas asrama Ma‘ahad Muhammadi lelaki di sini hari ini.
Hadir sama, Pengurus Besar Kanan (Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi) Lembaga Tabung Haji, Kamarudin Mat Ali.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas rayuan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau sendiri duduk semeja.